♥ King and Queen :

Wednesday, October 12, 2011

Khairunnisa Izzatie Binti Noor Azmi !

Salam Ukhwah ...

Kakak.. sebut nama tu, teringat gelak dia, senyum dia & segala telatah dia. Bantal busuk, benda yang paling dia tak boleh berenggang. Tak kan lena tidur dia tanpa bantal tu. Kalau dibasuh meradang la dia. Sejak dia lahir macam ada sesuatu yang istimewa tentang dia. Sejak dia lahir juga, Tuhan sudah mula meguji. Dia sakit, dia perlu untuk makan beberapa jenis ubat untuk sepanjang hidup. Tak siapa pun tahu, dugaan yang Tuhan turunkan pada bayi kecil itu adalah satu tanda yang Kakak hanya dipinjam pada kami untuk tempoh yang singkat. Apa aku akan buat kalau aku terpilih untuk diberi tahu tentang perkara itu? Aku akan tangkap gambar kakak setiap pergerakan dia! Aku akan record video dan suara kakak setiap percakapan dan gelak tawa dia. Aku akan selalu duduk sebelah dia supaya akan datang aku tak terkilan rindukan dia. Aku akan peluk dia selalu dan cium bau harum dia! Tapi aku tau aku tak mampu.. sebab tanda yang Tuhan bagi terlalu halus! Mungkin juga aku leka sampai tak sedar segala petunjuk-Nya..... 

Dia cuma dipinjam pada kami sampai umur dia 9 tahun.  Dia memang isrimewa. Dia lah kesayangan semua makcik pakcik dan sepupu-sepupu. Kakak buat lah perangai macam mana pun. Kami tak pernah jemu melayan. Dari kecil kakak dah ada lagak ala-ala tomboy. Dia sukakan kan bola. Dia hafal semua lagu Awie, dia minat sangat Awie! Kalau minta pakai skirt @ dress dia mesti mengamuk! Semakin lama kakak membesar dah nampak ciri-ciri gegirl pada dia. Dia minta pakai baju ladies. Jeans ladies. Colour pink jadi pilihan dia. Waktu tu kami semua suka main teka-teka. Macam mana kakak dah anak dara nanti kan? Tak sabar nak tengok kakak naik sekolah menengah nanti ! Dah besar kakak mesti cantik !

 How deeply we miss you kakak (T_T) 
-Al-fatihah-



"..tak tertanggung rindu, mendengar suara mu.. tawa pengusik jiwa.."




2 comments:

amy syifa said...

al fatihah..tabahkan hati mu..

TheMuks [SCC] said...

insya-Allah .. thanks amy :')