♥ King and Queen :

Friday, November 23, 2012

Tak Perlu Dipersoalkan. Tak Perlu Berdebat.



Salam Ukhwah & Salam Jumaat Blogger,

Isu terkini. Semua pun tahu. Semua pun baca, tatap, tonton dan dengar tentang keganasan itu. Kesedihan itu. Rintihan itu. Sebagai saudara seagama. Kita paham apa itu jihad, apa itu syurga, apa itu pengorbanan. Jiwa islam, ke arah barat mana pun pemakaian, cara hidup dan tingkah laku. Tak kan lari dari sejenis perasaan yang satu tu. Perasaan belas kasihan umat Muhammad s.a.w tak kan mampu ditandingi kaum lain. Akuilah.. utk apa hidup dengan cara barat kalau hati kita masih penuh dengan kasih sayang sesama kita?

Ada yg menentang segelintir kawan-kawan mereka yg asyik bercakap tentang kesedihan mereka berkenaan GAZA. Tak kurang juga yang perlekeh sesama sendiri bila berbicara mengenai keprihatinan mereka tentang anak-anak Palestin. Ya, kami salah kerana masih tidak bertudung. Tapi tak layak ke utk mereka meluahkan rasa belas kasihan tu? Siapa kamu utk menghukum?!! Berdo'a lah... sememangnya hanya itu yg mampu kita sedeqahkan dalam setiap rakaat kita. Tak perlu dipersoal tak perlu berdebat. Pandanglah langit, mata-mata anak kecil tu amat menharapkan do'a kita.. do'a kalian..

Adik, 
Sesungguh sakit yang adik tanggung terlalu sakit utk di tatap,
Air mata adik jadi kekuatan kami disini utk perkukuhkan lagi do'a kami,
Bertahanlah adik.. Bertahanlah saudara seagamaku... #Do'a  #PrayFor Gaza

Sesiapa yang sibuk dok berdebat tentang macam mana dan bila bermulanya kekejaman Israel laknatullah tu boleh klik SINI utk malumat lanjut, sejarah, cara menderma dan macam-macam info tentang AMAN PALESTIN. 



Petikan dari page Aman Palestin : 

JANGAN MENYERAH PALESTINA


Sepi
tiba-tiba berdentum dan
tangisan mengalir
di celah-celah rekahan
menitis
di selitan dedaun kering
teriakan
pecah bertaburan

Menyala semangatmu
Langsung Tiada Gentar !

Walau darah merah pantas membuak
walau remuk redam hati dihimpit kebinasaan
walau letupan menerpa tak menentu
engkau tetap di situ
tiada berganjak , tiada beralih
bangkit sebagai pejuang Islam
bangkit !

Aku terlalu merinduimu wahai syabab
engkau teguh melawan rejim laknatullah
dengan hanya berbekalkan
seketul batu
lemparan itu membawa sejuta makna
kental sungguh dirimu
aku terkesima , menangis sendiri
mengenangkan syahidnya dirimu
Faris Audah
kerana keyakinanmu
menyemai benih Hasan al-Banna

Suasana dingin yang tenang
hilang keindahannya , direntap
peluru itu membunuhmu !
dari udara , tak terlihat
yang tinggal hanya kenanganmu
Essam al-Batsh , kau gagah
Sobhi al-Batsh , kau tidak menyerah
wahai dua bersaudara
dunia membunuhmu syuhada' !
tapi kau tetap hidup , mekar mewangi
dalam qalbu dan air mata
para pendamba syahid

Teruskan perjuanganmu Palestina
Jangan Pernah Mengalah ! see more >>


Thursday, November 8, 2012

eBR1M2.0 : Pemohon 21 tahun ke atas sila ambil perhatian. [PENTING]

Salam Ukhwah Blogger,

Semua pun dah tau kan hari nie LHDN dah start agih manual form BR1M2.0? Mana yang 24jam kerja ngadap PC/Laptop tu silalah buat permohonan secara online kat sini ya --> eBR1M2.0 Kalau tak tau macam mana nak isi sangat-sangat dialukan korang rujuk sini dulu --> Panduan Sistem Talian jangan jadi macam kita! Nyesal tak sudah =.='

Bukan main excited sebab dah jumpa website online, tangan nie kemain laju dok submit tanpa fikir panjang cehh. Rupa-rupanya salah! Dah laa mohon online cuma boleh sekali je huwaaa.

PENTING UTK PEMOHON BR1M (RM250).

  •  Borang sama macam pemohon RM500. So jangan keliru. 
  • Pemohon yang belajar  tak layak memohon.
  • Dah habis belajar tapi still TAK KERJA dan TIADA TANGGUNGAN sahaja yang layak.
  • Juga PEKERJA yang TIADA TANGGUNGAN sahaja yang layak. *ini penting waktu isi borang online
  • Dekat ruangan TANGGUNGAN kita kena letak '0' tau ingat !! Sebab kelayakan RM250 memang tak dibenarkan ada tanggungan.
  • Kalau SALAH ?? Anda dipersilakan menapak ke mana-mana cawangan LHDN berhampiran utk kemas kini, online tak kan layan sebarang pembetulan. ( macam saya ! herghh T_T )

#Siapa yang salah isi tu, cawangan LHDN area lembah kelang berdekatan dengan WANGSAWALK WangsaMaju >,< Kbye ~


Monday, November 5, 2012

Malay Baked Chili Cheese Fries | Thank You Hanis Zalikha.

Salam Ukhwah Blogger !

Gila lama tak update blog. Weekend hari tu spend time with Ummie and Nenda. Packing baju bawak diri pi rumah nenek. Layan nenek tengok astro record dia. Bukan main terror lagi Kak Jem dok record sana sini. Habis semua sinetron dia record and to be honest aku sendiri pon haram jadah tak reti nak tekan remote tu utk belajar record drama tau cehh. Banyak nya perkataan 'record' =.='

Lepas setengah hari teman Ummie cari kain area KL, semua jadi pening nak masak apa utk tedarah. Mata dah juleng dok belek kain sampai nak makan pon hilang idea. Tetiba tekak macam teringin nak try resepi Hanis Zalikha jejengggg >,< !

(click title atas nie utk original resepi)

BEFORE

AFTER

*Hanis pinjam gambar kejap yerr >,<


Malay Baked Chili Cheese Fries versi EYKA

BEFORE
AFTER

Serious sedappp! Yang sambal tengah tu kalau korang pakar tumis-tumis nie lagi lah ohsem. Eyka tak berapa pakar nak menumis takut cili tak masak. So, cara mudah Eyka cuma letak Spaghetti Sos haha. Pemalas punya gemok :D Hidangan nie kalau utk breakfast macam berat sangat kot tak? So sesuai jugak utk minum petang sambil borak-borak gosip-gosip dengan family and friend kat laman kosong yg disertai dengan deruan air terjun buatan serta.... dah mok dah nampak nau menipu! Tapi best la memang best. Fyi, cousin dengan auntie kita ngapp sampai licinnnn. Kbye~ 

Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday. #Danbo






Credit to : Ariff Lee  (Owner Si Danbo)
Location : Putrajaya. 

*Thanks Arep pinjamkan aku Mr. Donbo kau. #JatuhChenta ~,~' 

Tuesday, October 16, 2012

Yang Kita Harapkan.




Yang Kita Harapkan : 
Agar langit Tuhan ini akan sentiasa cerah. Walaupun kita tahu, ada kala cerahnya langit itu tak akan sampai ke petang atau tidak kah kita tahu bahawa turunnya hujan itu menandakan Rahmat Tuhan?

Yang Kita Harapkan :
Kehidupan yang penuh dengan imaginasi kita yang dari  kecil kita corakkan. Limpah dengan kemewahan. Kasih sayang dan kebahagiaan. Hinggakan kita lupa apa pula harapan bagi mereka yang daif diluar sana? Apa imaginasi mereka? Apa misi kehidupan yang mereka kehendaki?

Yang Kita Harapkan :
Kekasih sejati, yang boleh menjadi halal untuk kita sentuh. Imam dalam setiap sujud kita pada-Nya. Ketua untuk kita bina sebuah keluarga bahagia. Ya Tuhan.. nikmatnya setiap susunan kehidupan yang kau cipta.

Yang Kita Harapkan :
Penghijarahan seorang wanita biasa yang cetek iman nya untuk berubah menjadi seorang muslimah. HIJRAH! Saban hari. Perkataan itu bermain diruang minda. Kadang-kadang, dalam sujud mata menangis tanpa tahu kenapa? Kenapa menangis wahai mata?

Yang AKU Harapkan :
Agar terkumpul 1000 kekuatan diri untuk aku terus sahut permintaan nurani. Bayangkan, setiap malam. Aku bergelut resah untuk lena. Dingin malam, masih tak mampu keringkan peluh yang resah. Kenapa? Puas berpusing, fikiran ligat melayang, apa yang tak kena? Tak semena-mena yang terpandang hanya lah sehelai tikar suci itu. Ya Allah... apa sedang kau cuba tunjuk kan. Andai ini permulaan bagi ku laksanakan permintaan hati. Berilah aku kekuatan untuk terus sahut seruan Mu Ya Tuhan. Dalam resah, dalam takut. Aku ingin terus dekat. Hapuskan yang silam dan serahkan segalanya pada-Mu pencipta ku. Beri aku masa.

#Disini aku pilih untuk suarakan resah ini. Terlerai rasa takut. Lega untuk beberapa ketika. Bimbinglah.

Wednesday, September 26, 2012

Dear Hater, You keep me motivated.


  Siapa kata hater wujud dikalangan artis dan orang ternama je? Hater wujud dalam semua hubungan. Semuaa. Kenapa nak sedih bila tau wujudnya hater dalam kehidupan kita? Best tau. Hater nie banyak pekdah nya uolls. Ada yang tahu, ada juga yang langsung tak tahu bahawasanya diri dia sebenarnya mempunyai hater. Ehh baik lah macam mana pun. Lemah gemalai lah macam mana pun, hater wujud dalam pelbagai gaya, bentuk dan rupa tau! Haaa.. scary kau dah macam tagline mahkluk haloss..

  Mula-mula bila tau diri kita ada pembenci tegar. Kita sedih. Kita dah start kusut dok pikir tang mana lah yang di bencinya diri kita ni ek? Macam pakai perfume, kita selalu rasa tak cukup wangi. Tapi sebenarnya orang yang lalu lalang bau kemain selori baunya. Macam tu diri kita. Kita tak nampak kekurangan kita, kesalahan kita, yang kita rasa kita dah cukup okay. Walhal, orang sana, orang sinun, still kata kita nie macam bagus lah, kolot lah, cranky lah (cia suka cakap aku camni hiewhiew!) eh macam-macam lah yang negative. 

  Tak suka kan? Rasa geram, marah nak melenting. Tapi percayalahhh, semua tu bagus! Mula-mula je rasa aok sikit kena cop macam-macam. Lama-lama sendiri akan berubah sikit-sikit berdasarkan anasir-anasir negative dari hater tu. (Banyak nau kata ganda!) Susah nak jumpa orang yang betul-betul kenal kita and terima keburukan kita wei. Susah! Kau kawan lah, bercintan lah, doblas tahun pon still ada je bayang-bayang hater belakang kau. Nak buat acane? Itulah hidop. (memang suka guna O sebab sama dgn intonasi sewaktu menyebutnya ;p) Nanti lama-lama kan kita mesti berubah, cuma cepat dengan lambat je. 

  Macam aku sekarang, tengah cuba hidop berdasarkan kebencian si hater. Baru jugak lah aku dapat tangkap satu satu hater kat belakang aku, yang rapat yang jauh. Adaaa je tau haa. Handle with care mok! Rupanya orang dekat dengan kita tak semestinya dorang suka. So benda nie kena chill. Layankan je dengan cara buat tak tau, buat tak paham keadaan yang berlaku. Melainkan dah serious tu sila-sila lah berambos! Jangan pelik bila hari nie korang bukan main bersuka ria, bergurau senda. Tiba-tiba esok lusa korang tak bertegur sapa. Diamkan, tak payah bakar. Biar si hater layan emosi. Pastu lama-lama bila bertembung tegur je lah kan? Macam tak ada apape jadi antara korang semalam. Hikhik >,<

  Banyak boleh belajar dari hater wei. Eh aku tak kata aku cool.  Aku sendiri kaki emosi. Sekarang nie je tengah cuba tukar angin, tukar perangai. Nak layan sedih sampai mampos tak habis kan? Biar lah orang kata annoyed  pon yang penting ada usaha cari salah diri melalui kebencian si pembenci. Kbye~

Tuesday, September 25, 2012

Otot punggung hilang digigit anjing. Lumpuh serta merta dan mati.

Pukul 9.00 pagi, 20 Disember 2011. Saya tidak akan lupa tarikh dan masa itu.  Ketika menyidai baju diampaian, terdengar perbualan dua jiran.  

  Salah seorang memberitahu ada seekor kucing ditepi jalan, didepan rumah besar. Menurut perbualan kucing yang dimaksudkan mungkin digigit anjing. (pembela kucing sesungguhnya kita tahu apa rasanya)
Mendengar perbualan jiran tentu kucing yang dimaksudkan sudah menjadi mangsa. Saya bergegas menuju ke tempat yang dimaksudkan dengan motor. Sebuah beg kertas turut saya bawa. 

  Saya mengelilingi kawasan perumahan sebanyak dua kali. Pandangan saya tertancap seekor kucing berbulu kelabu asap dipinggir jalan yang berlumpur hitam. Saya tidak dapat lupa pandangan kucing itu. Dia mengiau apabila saya hampiri. Saya hanya melihat luka pada bahagian kemaluan itu. Ada najis disisinya. 

   Tentu semalaman dia disitu. Tentu perit sekali digigit anjing dan terbiar kedinginan sepanjang malam dipinggir jalan itu. Saya segera memasukan kucing berbulu tebal itu ke dalam beg kertas dan membawanya pulang. Botol minyak gamat, kapas dan air saya ambil segera. Saya percaya pada keajaiban minyak gamat. Kucing saya bernama Adik Ceri, juga seekor kucing jalanan yang saya ambil, mengalami luka besar hingga menampakkan tulang dan daging dibelakang badan. Syukur dengan sapu minyak gamat secara tekal pada bagaian luka selama sebulan, luka adik Ceri hilang tanpa sebarang parut. 

  Perlahan-lahan saya menyapu minyak gamat pada bahagian luka kucing tersebut. Dia mengiau lemah, tentu kerana sakit. Saya memakai plastik sebagai alas tangan kerana takut kuman air liur yang tersisa ditubuh kucing itu merebak. Picagari saya ambil didapur, air saya masukkan ke dalam mulut kucing itu melalui sisi mulut agar tidak masuk ke paru-paru. 

  Saya nekad untuk membawa kucing itu ke klinik haiwan di Bandar Baru Selayang. Saya tawakal dengan membawa si comel ke klinik menaiki motor. Saya tahu kucing itu sakit dan temtunya tidak selesa di dalam beg kertas sepanjang perjalanan selama 15 minit itu. Tiba di klinik doktor terus mengangkat bendera putih. Menurut doktor, luka si comel terlalu serius dan memerlukan rawatan rapi. Kata doktor juga, Si Comel tiada harapan lagi. Setelah bulu dibahagian pinggul dicukur, barulah saya dapat melihat betapa besar luka kucing tanpa nama itu. Seluruh tisu (kulit) pinggul sudah tiada malah salur usus juga sudah kelihatan.

  Saya bawa perlu Si Comel ke Hospital Veterinar Gasing, di Petaling Jaya. Sebelum itu doktor memberi suntikan sedatif, suntikan separuh diberi agar si comel dapat bertahan daripada sakit. Ketika saya mahu membuat pembayaran, seorang wanita berambut perang masuk bersama anak kecil. Dia terkejut melihat keadaan si comel. Wanita itu murah hati membayarkan kos perubatan si comel, syukur Alhamdulillah, rasa kasihan kita pada makhluk lain dapat dirasai bersama. 

  Sepanjang perjalanan hampir 40minit dari Selayang ke Petaling Jaya, Si Comel terus diam. Dia yang saya letak didalam beg sandang tergantung baik dibahagian depan tubuh. Air mata saya mengalir sepanjang perjalanan. Sesekali berhenti dilampu isyarat merah, saya mengusap lembut kepala Si Comel yang memandang saya. Sayu pandangannya. Wajah dan pandangan Si Comel tidak akan saya lupakan. Pandangan yang sarat rasa sakit dan lemah. Luluh hati mendengar Si comel megiau sakit, seakan-akan sedang menangis seperti anak kecil. Kalau manusia pun sakit menanggung derita, apatah lagi Si Comel yang tidak tahu apa-apa. Dalam hati saya berdoa agar Allah swt ringankan sakit Si Comel. 

  Di Hospital Gasing, Si Comel mendapat perhatian Dr. Prem dengan segera. Doktor memeriksa nadi Si Comel dari wajahnya saya tahu Si Comel benar-benar kritikal. "Oh he's so critical." keluh Doktor Prem. Ekor Si Comel diangkat, Tiada reaksi. Dr. Prem mengetuk kaki Si Comel dengan tukul, juga tiada reaksi. 

  "Awak lihat disini, semua muscle nya sudah tiada. His colon is okay but dia punya muscle semua dah tak ada. Kalau dia sedar dan masih tidak boleh gerakan kaki itu tandanya dia sudah lumpuh sebab sudah hilang muscle.." Saya bersandar pada dinding, terasa pitam. Dr. Prem segera memegang tangan saya. Doktor Prem mecukur bulu ditangan kanan dan memasukan air ke dalam badan Si Comel.. "Tak apa doktor rawat dia" tegas saya. Kata doktor kalau Si Comel hidup pun dia tak kan mampu uruskan dirinya. Najis nya juga akan keluar sepanjang masa tanpa dapat dikawal tubuh. Kos rawatan hayatnya juga sangat tinggi. Kucing yang kena gigit anjing selalunya akan mati, kerana enzim dalam air liur anjing yang masuk ke dalam saraf akan menyebabkan kucing mati dalam masa dua atau tiga hari. Waktu itu kami hanya berserah.

  Satu malam Doktor Prem sms saya memberitahu keadaan Si Comel yang semakin lemah. Suntikan telah diberi dan Si Comel menemui ajal dalam keadaan yang menderita sakit. Selasa 21.12.2011, saya tiba di hospital gasing untuk mengambil jasad Si Comel. "Do you want to take back the cat or just let us handle?" tanya Dr. Prem. "Kalau disini dia akan ditanam?" tanya saya. "No. Kami bakar." "Oh! tak apalah saya bawa balik dia dan tanam." 

  Seorang pekerja membawa saya ke belakang.Si Comel sudah di dalam peti beku. Hati saya runtun. Rasa sangat pilu saya gagal bantu dia! Saya tekenang detik pertama melihat dia, wajahnya yang comel suara yang penuh rasa sakit. Bercucuran air mata saat saya sendiri yang menggali pusaranya. 

  Jujur, saya tak akan melupakan Si Comel tanpa nama. Saya sayang padanya. Saya mohon maaf kerana tidak dapat membantu dirinya yang sakit. Namun dia sudah menjadi sebahagian daripada pengalaman saya. Semoga Si Comel aman disisi-Nya. Sungguh, saya terlalu menyayangi kucing itu walaupun hanya seketika pertemuan kami. Semoga Si Comel tahu saya benar-benar mengasihinya.. :'( 

Penulisan : Wardah Munirah (MASTIKA)

Bulatan merah : Separuh kemaluan dan punggungnya
digigit anjing :'(
Bulatan merah : Sayu wajah Si Comel menahan sakit.

Thursday, September 20, 2012

Tahniah : Shila Amzah at Asian Wave.

声动亚洲 Asian Wave 20120913 - Forever Love - 茜拉 Shila Amzah

Set Fire To The Rain - Adele (Shila Amzah perfomes on stage Asian Wave)

Wan Ying - 声动亚洲 20120905 - 刘婉滢 (Bukan Cinta Biasa).mp4

Tak kisah lah menang ke tak yang penting Shila Amzah dah berjaya buat juri meremang bulu roma time dia balun lagu chinese Forever Love tu. Nampak tak betapa terujanya bangsa mereka bila kita yang bangsa lain boleh perform lagu bahasa mereka dengan lunaknya. Cewahhh! Dah usha dua performance  Shila tu? Jangn lupa play jugak Bukan Cinta Biasa by Wan Ying iaitu pserta dari China. Aku pon jadi terpegun jugak bila dengar bangsa China yang pior  tu dok syahdu balun lagu Dato' Siti tu. Mantapp even sebutan dia berdegung hikhik. Go Shila !!! 

Tuesday, September 18, 2012

Random Entry.



Dah niat dalam hati tak nak layan rasa terguris dengan kepetahan & kepedihan mulut mulut orang keliling. Dah niat lama dah sebelum raya lagi. Dah janji dengan diri supaya diam je jangan bangkang apape walaupun sebenarnya itu tindakan super duper bodoh, bodoh nak mampos..kalau terus diam! Dah sedar umur makin meningkat, sifat terasa pun bakal menebal. Tapi dah janji pidon dengan diri sendiri depan cermin.. jangan tarik muka! jangan emo! jangan sedih! jangannnnnn~

Sekarang dah rasa macam nak pukol diri sendiri! nak maki diri sendiri sebab berani-berani janji pidon serta membiarkan perkara-perkara lama jadi lagi. Malas nak sentap sebab tau sure kena bahan. Tapi nak buat acane dah memang semulajadi macam nie. Eh penat lah nak fake! Aku nie nak bukak kitab kekurangan orang memang banyak tersimpan kat hati kat kepala otak yg dah tersepit lemak nie tau. Tapi pikir seratos lapan puluh empat kali, tak nak cakap sebab tau benda benda mcm nie boleh jadi perangggg. Boleh guris hati orang! Astagarfirullahalzim.. tolong laa jaga hati masing-masing korang. Benda kalau beli nak tahan lama, kena jaga elok elok wei bukan campak campak. Macam tu jugak relation. Tak kira ahh relation apa! Nie lepas nie memang sure kena bahan dah tau dah. Sebab dalam diam makwe makwe aku nie jadi silent reader kat blog nie haaa!

Yang FM macam nie yang gundik macam nie. Orang orang yang kita sayang nie tak tau kita sayang dorang sangat sangat. Tapi dorang slumber je buat kita terasa hati, sedih kan? Kbye~

Friday, September 14, 2012

Adam & Hawa : Lagi hebat dari Vanila Coklat dan Ombak Rindu.


Judul: Adam & Hawa

Pengarang: Aisya Sofea
Harga: RM 19.90

ISBN: 983-124-216-5
Halaman: ~512
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 450 gram
Tarikh Terbit: 23 Nov 2005

Kategori: Novel

Tak Usah Diucap, Tak Usah Dilafaz,

Aku Dah Mengerti Bahasa Cintamu


AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi... 


p/s : Drama adaptasi Adam & Hawa tengah trending kat twitter + rating tinggi kat Astro Mustika HD. 
Nadiya Nissa & Aaron Aziz ! Thumbs up !!

Wednesday, August 15, 2012

# Wordless Wednesday : Gaduh Itu Manes.


Wordless Wednesday !

Lama gila tak buat entri Rabuuuuu. Macam biasa wordless kita memang tak berapa nak less lah kan hiks! Berbulan masam muka dengan dua orang budak buragas yg free hair tu haa, bukanlah perkara yang seronok okay. Macam macam kan. Tapi mana mana relation pon sama jea. Gaduh tukan manes ;'D 

Di kesempatan ini jugak kita nak mohon sepuluh jari andai ada terluka hati mana-mana blogger dengan penulis kita selama kita berblog nie yerr. Korang yg drive balik kampung tu please pastikan kereta dah service cukup before bertolak. Yang dapat cuti awal minggu nie tu.. tahniah lah yerrr! (jeless!) ! Makan jugak berpada-pada, jangan sampai yg semput lupa diri, yg kencing manis buat-buat sehat pulak eh! Haaa..dah cakap kan Wordless Wednesday kita tak berapa nak less haha. Kbai~


Thursday, August 9, 2012

Iftar : Mandi Mandi, Tamarind Spring.

Sesi Berbuka Puasa dengan The Girls

Lama gila tak post entri. Kelembapan internet membuatkan mood blogging saya turn off -.-"
Sekarang nie pun tengah tahan sabar jea. Hishh. Tak banyak yang nak kita sharing. Cuma pengalaman iftar dengan gadis gadis kesayangan yang memang TAK AKAN DILUPA ! Kenapa? Meh usha gambar dulu :

Our starter food. Awesome !
Taraa! Muka lapar sebenarnya >,<
After buka. Snap 3 4 keping.
S.A.H.A.B.A.T
Dangggg!!! Gulp.. nak sendawa pon sayang oii ! 

Gambar juadah santapan lain tak sempat nak snap sebab semua pun dah bergendang perut. Gembira bergelak ketawa. Sekali datang bill. Amik kau. Hahaha funny tau moment tu . Tapi tak apa lah di sebabkan masing-masing pun jarang dapat meet up macam nie apa salahnya sumbat tekak and kepala otak dengan suasana nyaman plus makanan yg sedap macam gitu ye dak? Kbai~

Wednesday, July 4, 2012

Suka Yang Keras Keras.


"Perempuan nie macam kerak nasi. Kalau direndam lama, lambat laun lembut juga.."

Salam Ukhwah. Dah lama rasanya tak post entry annoying haha. Ya lah bak kata blogger serious kan, menyampah baca blog peribadi. Whatevahh >,< Bila dah appears kat entry bukanlah peribadi namanya. Mungkin itu cara sesetengah insan mengosongkan kesemakan kepala. Mungkin? Dan aku, tergolong diantara mereka. Okay diam! 

Perempuan, be original. Se-original mungkin sudah dicuba. Tapi lelaki nak apa? Macam mana? Apa lagi? Si hawa sempoi dikatanya tomboy. Si hawa gemalai, dikatanya buang tebiat. Apak aku pernah ceramah, zaman duduk flat jelatek. (kena bagitau eh? feeling feeling!) Kata babah : Percintaan mana mana usia, 6 bulan pertama, kau lah madu. kau lah racun. Kentot kau bau petai pon Si Adam sudi hidu. Wangi amat katanya. Pesan Si Adam, "dinda bercinta dgn kanda cukup jadi diri sendiri ya." Jangan keliru! Itu hanya nota kecil yg ditampal kat hati kita sepanjang tempoh 6 bulan pertama. Ingat satu je, usia perhubungan memang tak ada expired date kecuali mampus. Tapi usia perangai pasangan memang wujud expired date. Hari nie kau kata lain. Esok kau mintak lain. Hari nie kau kata jadi diri sendiri. Esok lusa dah kau mintak pulak jadi macammmmm Izara Aishah. (contoh je gila!) Kaki nak? 3 tahun try jadi lembut ala-ala pasha sandha. Tup tup laa nie pulak kau kata suka yang macam keras keras (sempoi sempoi lettew). Kau sehat ke tak bang? Halahhh lelaki kehendak kau kalah puteri gunung ledang. Kenapa kau tak mintak je hati kutu 100 dulang dengan jambatan pulau pinang salut cokelat? Senang sikit aku nak duku kan apa yang patut. Emm emm. Tuhan..peluklah hati ini walaupun untuk sementara. Sob sob (T_T) Kbai~




Tuesday, June 12, 2012

Friends Uplift The Soul.


Berkenalan dgn yg baru. Tempat baru, suasana baru. Macam macam perangai. Ada yg baik, ada yg suka menolong, ada yg lemah lembut, yg kasar dan yg biadap! Semua ada, tapi sayang... sorang pun diantara mereka tak ada yg lucu :) Se-lucu teman lama. Kebanyakan mereka tak faham gurauan yg cuba disampaikan. Bergaul dgn yg baru, perlu banyak berhati-hati. Bimbang ada hati yg terasa. Tak gelak puas mcm selalu takut ada yg tak biasa. Kalau dulu HAHAHAHA kini hanya KUIKUKUI :) Sebab apa? Sebab banyak hati yg perlu dijaga. Risau.. sangat risau. Perkenalan perlu dijalin bertahun lamanya, baru akan wujud erti PERSAHABATAN. Mcm hubungan dgn teman lama kat sana, bertahun.. lamanya. Teman lama sikapnya begini : 

A friend is someone who can see the truth and pain in you even when you are fooling everyone else.


A friend is someone who knows the song in your heart and can sing it back to you when you have forgotten the words.


Sometimes in life, you find a special friend. Someone who changes your life just by being part of it. Someone who makes you laugh until you can't stop. Someone who makes you believe that there really is good in the world. Someone who convinces you that there really is an unlocked door just waiting for you to open it. This is forever friendship. When you're down and the world seems dark and empty, your forever friend lifts you up in spirit and makes that dark and empty world suddenly seem bright and full. Your forever friend gets you through the hard times, the sad times an dthe confused times. If you turn and walk away, your forever friend follows. If you lose your way, your forever friend guides you and cheers you on. Your forever friend hold your hand and tells you that everything is going to be okay. And if you find such a friend, you feel happy and complete because you need not worry. You have a forever friend, and forever has no end.


REMEMBER THIS :- Our New Year Trip | Sunway Lagoon Trip | Birthday Party Celebration :)


Monday, June 11, 2012

Bagaimana ?




Lyrics By : Selena Gomez. Edited By : Me. Pic By : Pakcik Google ^_^

Bagaimana? Macam mana? Selalu takut bila nak berdepan dengan orang ramai. Risau diri kena tenung sinis. Kena perli cara pemakaian. Kena marah cara berjalan & kena maki cara bercakap/perangai. Langsung tak ada keyakinan. Ditambah! dengan keadaan fizikal yg separa sempurna. Yes! separa bukan kurang. Dulu bila the girls selalu kat sisi, muka hodoh pon terasa cantek. Wahh kau. Sebab apa? Sebab kawan-kawan tak lekang buat kita rasa comfortable! Buat kita rasa kita terlebih yakin and yeahh, kadang-kadang ter-over acting haha. Normal lah! Tapi since kita jauh dengan the girls semuanya dah makin merosot! Mcm examination chart pulak. Pasang surut. Macam mana nak survive tanpa mereka? Macam mana nak tampil kat public dgn keyakinan yg dulu? Rasanya hampir 3 bulan nie pikir benda yg sama. Tapi bila dikira balik, bukan susah :) Bawak semangat & nasihat dorang sama-sama dgn kita tak kira mana pon kita pegi. Tau tak, bila nak langkah keluar rumah kita asyik runsing bertanya ok tak, ok tak kat family. Sampai satu masa sendiri give up. Sampai bila? Sekarang dah ada balik confidence tu yaaayyy ! Kekalkan lagak semulajadi tak kira dari segi penampilan @ perangai. Itu je motivasi yg mampu buat kita tampil terlebih perasan in public even sarung baju kaftan je punssss >,< Kbai~

Friday, June 8, 2012

Dari mana punca wujudnya STATUS/ENTRI merepek ?


Dah start dah habit lama. Tiap kali update entry ada je kidnap gambar pakcik google. Gambar kat atas nie motiff sannggat! Tak kena dgn tajuk tapi sangat kena dgn mood mata aku yg dah layu mcm baru lepas sedot ganja sepam dua cehh >,< Main gila sambil pejam dok naip naip nie! (naip? haha mcm bahasa makcik2)


Cekedauttt bak kata Lisa SuriRumah hikhiks :D Mana datangnya status fb / twitter / blog yg kadang kala kandungan nya lebih kepada repekan (apa repekan? phm sendiri dah la!) Status fb tu haa.. selalu dua lalu, bila hari dah makin petang, mulalah geng geng dok update status bodo-bodo yg kadang kala tak ada motif kan? Jgn geleng! Kita semua pernah buat haippp! (termasuk aku lettew) tweet apatah lagi. Blog? Huh jgn ditanya! Lagi hampeh, tak larat mata kau nak telaah isi kandungan yg mcm mengundang kaki ku di laptop mu tu. Tajuk gempak, sekali layan isi! Cisss burgerdel bethol ! (Haaa..part nie aku pon pernah lakukannya khehehe) siul-siulan :) Tau tak puncanya kenapa? Bila mata dah ngantuk, kerja dah siap, kepala otak dah serong ingat katil empuk, tunggu train/bus lama nau, naik train tak ada kawan, atau orang sebelah annoying. Nampak tak bold?! Tang bold tu lah hakuuu haha :D tangan mula laa nak update mcm mcm kan? Tak pon paling bodoh pon dok check-in 48jam. Hadoihh mampos -__-' See, aku dah hilang ngantuk jyeahhh !!! Berjaya !! Jelas tak bahawasanya akulah salah seorang insan tak guna yg aku repekkan kat entri nie? Jelas tak? Haha :D Ngakulah korang memang tu je cara buat hilang tensi dan mengantuk tahap gaban nie kan.. Kbai~

Tuesday, May 22, 2012

Assalamualaikum Rejab (2012)

"Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Nabi, Ramadhan bulan kita semua.."


  Selasa, 22 Mei 2012 bersamaan 1 Rejab Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar. Umat Islam digalakkan supaya berdoa Istighfar pada malam 1 Rejab. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa  dan juga makbulkan doa pada malam tersebut :) 

  Indahnya Islam kan. Sejuk, mudah dan kebenaran. Walaupun masih belum sempurna luaran mahupun dalaman, tapi kita bersyukur sangat dilahirkan sebagai Islam. Janganlah dikeji mereka yg sedang mencari 'jalan'. Asal dengar kawan tu nak turut berpuasa dalam bulan-bulan indah tertentu. Ada je kawan lain yang cuba jadi pematah semangat. Kenapa? Kan sama-sama Islam? Sahutlah. Mungkin bermula dari hari tu lah kawan kita rupanya dikurniakan Hidayah. Siapa tahu? Secara spontan kita sebagai kawan pulak ada sebagai pembakar semangat. Ya tak? Siapa yang tak nak kan hijrah? Tanya semua kaum Hawa terutamanya. Semua nak kan 1 penghijrahan kekal dalam hidup masing-masing kan? Nak nak bila hati makin dekat rasa nak diperisterikan. Insya-Allah saya juga sedang mencuba :') 




* Sure ramai yang berpuasa hari nie kan? Alhamdulillah, sama-sama kita yaa : )


Thursday, May 17, 2012

Talked less and listened more.

Memang fitrah kita manusia yang sukakan kebaikan dan kesucian, kerana asal usul kita pun dari Syurga, tempat paling suci. - Farah Lee.


Cuba describe sendiri kata-kata Farah tu yaa -.-'


Bukan main Minah Salleh tajuk tapi huraian in Malay. Geli kejap. Feeling blogger termuka sebentar alaahh. Korang tahu tak pertengkaran nie kadang-kadang mematangkan diri tanpa kita sedar? Kita bertengkar, kita cakap banyak, marah banyak, maki bersepah-sepah ya tak? Ada segelintir rasa puas. Ada jugak yang rasa regret. Maksudnya, penyesalan setelah menghembur segala amarah. Dan itu adalah aku! Orang selalu salah paham, kata aku nie bila dah maki hamun tak sampai lima minit acah-acah suci. Bukan sebab tu bodoh. Memang jenis berperasaan macam tu. Lumrah. Aku pemarah, sangat pemarah. Aku juga mudah sejuk dengan sendirinya. Bila perbuatan tu terjadi, aku regret! Bosann kan? Menyesal tapi sukar untuk memaafkan. Macam mana? Sedangkan kalau kita susah maafkan orang hati kita akan jadi hitam hitam dan terus gelap. Takut. Cuba cari saki baki kemaafan walaupun orang tak minta dimaafkan. Kucing bawah rumah tu kalau gaduh rebut ikan sure bercakaran. Lepas tu tak sampai 1 minit dorang dah gesel-gesel balik. Kan best kalau manusia pun gitu ya tak? o.0 hemm...

Makin lama makin sedar yg diri makin besar. Bukan setakat kepala otak, tapi badan pun dah macam tongdram membesar dengan jayanya tanpa segan silu haihhh =.=' Kalau dulu gaduh nangis. Sekarang tidak lagi. Neyhee ! Baru sedar jugak yg pergaduhan nie bila banyak berkata-kata memang akan di salah erti dan disalahkan oleh pelbagai pihak yg cuba nak menjadi hero, uhhh. Macam Farah cakap la fitrah manusia memang sukakan kebaikan dan kesucian. Bukan cuma suci dari segi maruah tapi selalu je manusia nie feeling feeling sikap dan perbuatan mereka sesuci embun pagi atau suci dalam debu herkk?! Bergaduh dengan budak bawah umur terasa diri bodoh. Bergaduh dgn wanita umur atasan terasa pulak mereka yg lebih bodoh dari kita hiewhiew. Sebab bodoh lah melayan kita kan? Kata awak tu wanita... bukan remaja ya dak wakaka :D 

Pandang balik kat sudut positif setelah penat meng-negatif-kan diri. Alahaii rupanya kita jugak sedang membodohkan diri. Penat je cakap banyak tapi tak dapat jugak raih kepercayaan orang keliling kan? Bila pihak lawan pakai cara kotor kita yang acah-acah innocent nie surrender lah sebab yang salah memang selalu di menangkan dulu. Yang betul pulak akan susul tunjuk diri bila dah lama nanti. Lumrah hidup. Lepas nie kalau terjadi lagi anasir jahat yg datang singgah. Gunakan slogan ini ya kawan-kawan : Kurangkan bercakap dan banyak kan mendengar. Biarkan mereka terus menegakkan benang yg basah. Nanti kalau tak tegak jugak benang tu kita tolong keringkan guna hair dryer neneks aku siap! >,< 


:' )


"Kau lahirkan kami sbgai saudara sedarah kerana ingin kami melengkapi antra 1 sama lain, jadi Ya'Allah beri kami jalan terbaik agar kami tidak saling menyakiti.."

Friday, May 4, 2012

Itu Kerja Allah s.w.t




"Kalau sekarang kamu sedang memperbaiki diri, insya Allah jodohmu juga sedang memperbaiki diri dan kalau sekarang kamu sedang menjaga hati, dia juga sedang menjaga hati.."


Friday, April 27, 2012

Entri Berdesupp : TARIKH BAIK UTK NIKAH/TUNANG.


01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir. -tarikh bertunang

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat. - tarikh berkahwin

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.

Selain tu, jika bulan Islam pulak hanya bulan Muharram sahaj yang dilarang dari melakukan sebarang kerja2 pernikahan sebab bulan Muharram adalah bulan kesedihan.



#Korang macam mana pulak? Semoga segala niat baik kita tercapai dengan keredhaan-Nya, Amin!

Thursday, April 26, 2012

Kalau Hidup Tanpa Sosial Network?




  Setiap pagi harung naik train pegi kerja. Balik juga begitu. Kalau dulu time aku sekolah, trend bawak hp pergi sekolah dah wujud dah. Eihhh ingat zaman sekolah aku cikai ke cehh. Tapi brand famous time tu cuma Nokia and Sony Ericsson. Pegi sekolah naik bus INTERAKOTA yang dah tukar nama kepada RapidKL sekarang nie. Asal naik bus je kawan-kawan sekolah lain tengah leka termenung dalam bus sambil sumbat telinga dengan earphone. Zaman tu fon Nokia macam-macam gelaran ada, nokia SABUN, nokia JAMBAN, nokia TELUR, nokia DAUN, Haha! Menjadi kegilaan time tu phone Sabun. Korang pegi search google type 'nokia sabun' tersembul laa rupa hp tu. Canggih betul time tu. Sebab boleh masukkan macam-macam lagu dan video music kegemaran. Tapi masing-masing nak masuk kan lagu pegi pasar malam haha. Kenangan betul laa. 5 lagu RM10. Siapa-siapa yang ada kawan kaki IT untung lah. Kirim hp kat kawan suruh masuk lagu, caj agak berpatutan. Belanja makan time rehat kat kantin sekolah. Wohooo! 

  Tapi laa nie naik je public transport semua manusia macam kena pukau dengan hp sendiri. Mana taknya, masing2 tunduk je macam dalam train tu wujud dia sorang je. Masih sumbat telinga dengan earphone, tapi extra-nya mata focus dengan fb, twitter, whatsapp, bbm. Tambah lagi game-game canggih yang makin galak wujud. Perghhhh! Baru laa aku sedar betapa membangunnya dunia sekarang kan? Kalau tak start naik public transport maybe aku still manusia kuno. Hiewhiew kuno laa sangat!! Kadang-kadang terpikir macam mana la agaknya dorang nie kalau Malaysia bubarkan penggunaan laman sesawang yg berleluasa? No online game, no sosial network. Acane?!!! Hurmmm, meraung Kak Bedah tak dapat nak 'check-in' , Pak Meon bungkam tak boleh BBM aweks, Ah Cai bingaii tak boleh buat Angry Bird lompat-lompat! ^_^ Duniaaa~

Monday, April 23, 2012

Anasir Jahat. Elakkan sebelum terlambat.



Tak ada angin, tak ada ribut datang lagi anasir-anasir jahat yang memang dari dulu tak sudah-sudah berdrama tak kira tempat dan waktu. Memang spesis yang tak tau rehat gamaknya. Pandai cakap org acting lebih walhal spender sendiri koyak rabak pun tak nampak sebab hidup terlalu busy huru-hara kan org keliling. Fuhhhhh, kasi tiup jauh-jauh. Bahaya! Orang kata, umur kecik ke, umur besau ke, perlu hormat. Diulangi perlu! Macam tu jugak dengah marah. Kalau dah privacy diceroboh tambah pulak disembur secara sinis atau pendek kata KURANG AJAR perlu hormat lagi tak agak-agak?  Kalau HORMAT tak kira usia, MARAH pun tak kira usia boleh paham?! Tua ke, muda ke, kalau dah suka suka gelar org itu ini tanpa tau hujung pangkal, memang pulangan dia 'gelaran' kurang elok jugak lah yg diterima okay tak? Seriously, aku paling paling paling benci manusia yg terasa diri dia perunding masalah paling masyurr di abad ini. Herkkk (#,#) tolonglah! Sendiri TERASA tak bertempat sendiri main jauh-jauh kenn. Bagus, sebab memudahkan kerja aku dan sekaligus membuatkan kehidupan aku kat sosial network tu aman damai tanpa anasir-anasir jahat syohhhh >,< ! Terasa lagi tak yg entri nie untuk kau?! Chill lah, macam tak biasa. Selalu pun ada je puak-puak kau yg RAJIN gila siap buat entri KHAS untuk org yg konon2 tak disukai tu ken? Sekarang aku lak yg ikut perangai BODOH tu, okay tak? Nak kasi kau rasa sikit yg perangai tak sudah kau tu dah habis limit hormat paham. Bagi betis, nak peha, kaki cagu nak?! Tebuan tengah riang ria gembira kau cuit-cuit apesal herghh! Longkang tak longkang lah. Tapi harum lagi dari najes ! Boleh? 

Nie tips elak kan diri dari orang kurang siuman : 
  1. Jgn sekali-kali buat baik sebab nanti dia balas tahikk!
  2. Bila dia ajak gossip better busykan diri, nanti jadi mangsa.
  3. Tegur, bercakap,bergurau mcm biasa, tapi pastikan ada hadnya. diulangi BAHAYA!
  4. Bila dia cuba buat baik, jgn cepat terpedaya. Diulangi, kau bakal jd MANGSA!
  5. Bila dia bercakap apapa, yg mendengar nie, diam je. nanti penat dia pulak diam kehkeh :D
  6. Kalau dia bujet bagos, lantak pi diaa sebab dia memang begitu. Tak boleh dibendung ;)
  7. Jgn share apape masalah dgn dia sebab nanti dia bukak pekung korang kat org lain.
  8. Last, kenapa aku cakap mcm nie? Sebab aku dah kena. Mangsa keadaan huh !

#Joget joget goyang bontot >,< Trololo~

Friday, April 20, 2012

Oh Yeke?!

OH YEKE?!

  Pernah alami situasi berikut tak? Pagi aku baru dihidangkan dengan something yang tersangatlah erghhh! Rasa nak lempang muka kau pepagi nie kak oi. Sampai opis terus sorok sarapan yg ditapau takut kena cantas! Macam biasa switch on plug-bukak lappy-setting printer-online our official website-tak lupa juga selit new tab untuk fb and twitter yeahh >,< pekerja yg berwibawa setiap hari hiew hiew~

  Setiap kali sampai opis ada je burung kakak tua (BKT) yg keje nak menyinggah. Hari nie Jumaat, mood agak kelaut sebab tettt. So, tekad buat tak tahu akan kewujudan si BKT. Tapi tapi tapi... dia nak jugak singgah walaupun aku dah buat muka paling maksima punya TAK BERMINAT okay haihhh! Pujuk hati, layankan jela Eyka hurmmm. Ceritanya, awak yg sebok bertenggek kat sarang orang then terus propa kebaboom itu ini pastu xpax yg aku berminat ke utk mendengarnya? Memang takkk lah kak oi. Segala cerita yg dia propa memang dapat feedback lah dari aku. Aku tak reti nak diam membisu tanpa sebarang anggukan atau sampuk kan bila org kusyuk bercerita nie. Tapi pagi nie betul betul 'total lost' hiewhiew. Nak angguk pun tak larat. Tongkat dagu dan menjadi seorang pendengar yg tak berapa nak setia herghhhh =.=' 

  Sepanjang dia bercerita semuanya aku bagi feedback dengan dua patah perkataan sahaja iaitu Ooo Yeke? Then dia sambung lagi respon aku masih Ooo Yeke? sambung lagi tu, masih juga bertahan dengan respon paling malas  Ooo Yeke? Last last dia bengang sendiri dan berlalu pergi seperti halilintar kuikui. Sebelum blah dia sempat mengomel, "Ooo yeke! Ooo yeke! Buat penat je jadi orang kalau cuma tau cakap dua patah perkataan tu je dek hishhh.." Tiba tiba berdekah dekah aku gelak macam opis tu apaks haku yang punya. Bukan aku je, Akak yg lain pun dengar and join aku gelakk. Hishhh terasa kejam kejap. Tapi still nak gelak. Aduhaii BKT statement sangatttt!  ^_^ Mahap lerr kak saya period pain nie haaa :DDD 


Thursday, April 12, 2012

Menyimpang.

Pertama : Bontot berbulu eeyarkkk (o,0) bukan, ini siku cousin hiewhiew >,<


Kedua : Long stick candy nie ohsemm! Terasa diri keanak-anakan :D


Ketiga : The doorgift ! 


Dan yang terakhir : Perkahwinan yg bakal berlangsung minggu ini yaayy !

So apa yang menyimpang? Entri untuk #WordlessWednesday ini ku kirim pada hari Khamis.
Sangatt menyimpang ^_^