♥ King and Queen :

Friday, April 29, 2011

Korang..cepat!! Beberapa jam sahaja lagi .. HURRY UP!!


WaNt sOmE gOoD sTuFf
WitH JaW-dRoPpiNg
pRiCeS ????

-COME & JOIN US-

Hey! Korang .. apa lagi?? Dah gaji kan?? Pegi pakai baju, sarung capal,start enjin then sila lah berdesup 
sambil mengunjungi mane2 stesen minyak @ bank2 yang berdekatan yea ; ) 
Bukan apa themuks cadangkan korang pi withdraw duit gaji korang awal2 utk bertandang
ke GARAGE SALE  esok! Hehehe ;D

* 30 April 2011 : Sabtu (ESOK!!)
* Taman Tasik Titiwangsa, KL.
* Start dari 11.00am - 6.00pm

Macam-macam barangan menarik dijual dengan harga yang berpatutan uols..
Kawan themuks cek QilaraBoutique pon ade open satu garage disana : )
(opkos lerr themuks pon kena hadir utk menolong & mempromote barangan beliau ok!)

*sudi-sudilah datang yea .. bershopping sambil bersedeqah.. murah rezeki korang.. Amin~

Wednesday, April 27, 2011

ALERT!! Akademi Fantasia 9 di rombak semula???

Salam Ukhwah semua ...

Dah breakfast? Fuhh perut themuks makin maju kehadapan la kalau tiap pagi balun nasi lemak! Start esok makan sandwich yoo muks ;D (dan dan je..hampehh!)

Malam tadi melepak dengan kakak kat our room. Saja melepak ber-gossiping plus ber-tenet. Before that we all layan Astro dulu cerita pasal Kenangan Pak Nil sepamjang bersama AF. Seronok gila tengok gelagat pelajar-pelajar AF dari yang pertama sampai ke 4 tu. Nampak tau kesungguhan dorang belajar & bersaing cara sihat! Even ada gak yang gedik & manja, tapi sekurang-kurangnya dorang manfaatkan sepenuhnya ilmu & peluang yang diberi. Main-main jugak tapi tak ada macam AF zaman sekarang nie.. (ecehh, macam dah tua plak!) AF dulu walaupun dorang ada gak main-main nya tapi sampai ke konsert dorang akan bagi all out tau! Tak hambar pon...

Paling paberet AF 1&2 !! Weee... penuh dengan segalanya. Kelakar, air mata and yang penting konsert sentiasa best.. sampai rebut remote dengan adik sebab themuks and nenek asyik tengok konsert yang diulang tayang. Nampak kan betapa bersungguhnya persembahan dorang dulu. Kira tak jemu pon tengok konsert ulangan : ) Nenek themuks undi Zahid Si Mamat orange tu sampai melanbung bill HP dia tau .. HaHaHa!
Kehadiran Pak Nil pon sentiasa buat pelajar-pelajar lebih happy + bersemangat! Cayalah Pak Nil : )
(semoga Pak Nil sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia..amin)


Themuks sangat sangat lah setuju bila Astro adakan Operasi Pengguguran Pelajar yang teruk membuat persembahan. Memang lah kalau nak di ikutkan tak adil! Tapi cuba korang pikir perkara sedikit sebanyak akan memberi pengajaran kepada yang masih kekal bukan? Lagi pun Hazama & Fina terang-terang lebih ada bakat dari yang lain. Ini kan AF 9 yang terakhir, mestilah Astro nak grade kan bakal-bakal pelajar yang akan keluar dari Akademi dengan penuh bangga dan penuh ilmu di dada. Huh .. memebebel sudaaa! Jom lah kita check it out sedutan-sedutan kenangan AF 1 & 2 :


*Wahh! see tak boleh ke AF 9 semangat mcm dorang ekk??


* AF2 !!!! thumbs up semua... dorang paling best!!! 



i think the lyrics totally suit her..after being dump from AF, she really show ppl, she can survive, while one by one of her colleague fall down... n the performance also very energetic n meaningful. she really have it...
*fave. concert yg themuks sangat2 suka! perhatikan cikgu siti hajar =")


*Rosma!!! Time dia baru umur 18 tahun olss .. tapi her voice mmg best w0w!!
Cuma Mestro je yg tak nak cuba naik kan rosma dulu..huh~


Pak Nil : Ayah & Ibu 
*konsert nie la yang buat orang rindu sangat nak tengok AF gempark mcm dulu .. Huuu~
*sedih nya tengok Aswad ='(

So, pelajar-pelajar AF9 tolong la jadi sebagus senior-senior korang okay.. Baru lah tak sia-sia Akademi tu di tubuhkan selama hampir 9 siri kottt ... orang lain kat luar tu rebut-rebut tau nak masuk... Kredit to Pak Nil yang sentiasa cuba sedaya upaya utk menceriakan & memeriahkan konsert selama ni.. 

We love you PAK NIL !!! 

Tuesday, April 26, 2011

Ashraf Muslim & Noor Dayana Lokman : Tahniah !



Klik SINI  untuk saksikan acara pertunangan mereka : )
*Jangan lupa LIKE dulu FB CST Production tu yea ; )

Salam Ukhwah ... 

Alhamdulillah .. akhirnya Ashraf Muslim kini dah jadi tunangan kepada Dayana yea. Kepada peminat-peminat dia tu tak mau lah frust menonggeng tertonggek pulak yea. Itu lah yang dinamakan bertuah badan Cik Dayana kita nie : ) Dah tengok tak rakaman dari CST Production sepanjang majlis besar-besaran pertunangan mereka tu? Kelasss gitu! Ashraf bukan saja-saja nak show off lah doink.. Ashraf kata majlis tu 2 dalam 1 okay. Pertunangan plus pembukaan Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah. Alhamdulillah tak sia-sia Ashraf belajar Ilmu perubatan cara Islam selama ini. Semoga hajat mereka untuk melangsungkan acara akad nikah pada 30 Ogos 2011semperna 1 Syawal (Hari Raya Puasa) di Mekah akan di permudahkan oleh-Nya Amin.. Sama-sama kita doakan kebahagiaan mereka okay : ) 

*"Andai baik budi pekerti kita,sikap kita,ilmu kita dan amalan kita...maka baik lah jodoh yang dipertemukan Oleh-Nya ... Insya-Allah.." - Ustaz Amirul.


Ijab & Qabul Perkara Mulia.

 Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

PEMINANGAN
Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminangmerupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangansahaja.
Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang:
"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)

Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:
"Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia(membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim(Asy-Syaikhan))

NIKAH

Rukun nikah


WALI

Syarat wali

  • Islam, bukan kafir dan murtad
  • Lelaki dan bukannya perempuan
  • Baligh
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak fasik
  • Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya
  • Merdeka
  • Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya
Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali.Sekiranya syarat2 wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu.Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal2 yag wajib seperti ini.Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.

Jenis-jenis wali

  • Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
  • Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali
  • Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.
  • Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu.


Sebab haram nikah

  • Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”:
    • Ibu
    • Nenek sebelah ibu mahupun bapa
    • Anak perempuan & keturunannya
    • Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu
    • Anak perempuan kepada adik-beradik lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak saudara perempuan
    • Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)
    • Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)
  • Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:
    • Ibu susuan
    • Nenek dari sebelah ibu susuan
    • Adik-beradik perempuan susuan
    • Anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan
    • Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan
  • Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:
    • Ibu mentua dan ke atas
    • Ibu tiri
    • Nenek tiri
    • Menantu perempuan
    • Anak tiri perempuan dan keturunannya
    • Adik ipar perempuan dan keturunannya
    • Emak saudara kepada isteri
  • Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya

Hikmah perkahwinan

  • Cara yang halal untuk menyalurkanm nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.
  • Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
  • Memelihara kesucian diri
  • Melaksanakan tuntutan syariat
  • Menjaga keturunan
  • Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
  • Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
  • Dapat mengeratkan silaturahim.

*Sumber Asli : Wikipedia*


Monday, April 25, 2011

Siti Musliha 2011 - Masih Kental Jiwanya !


Akak Siti Musliha.
28 Tahun.
(gambar terbaru 2011)

Hujan Air Mata (1995)


Mendung berarak

Dalam hidupku
Tak siapa tahu
Derita kalbu

Tiap jelmaan

Malam dan siang

Airmataku bagaikan hujan

Usahlah diri ini dibezakan

Usahlah diri ini disisihkan
Kita semua
Di pentas dunia
Yang sama

Ku sedar diri serba kekurangan

Meratap dan mencari perlindungan
Darimu insan
Ku gantung setinggi harapan

 Pada mereka yang membantu

Redhakanlah aku
Setiap budi yang diberi
Ku bawa ke mati
Terima kasih

Padamu teman

Selamat tinggal
Aku ucapkan
Di malam sunyi
Yang memisahkan
Airmataku
Bagaikan hujan


Lagu: Adnan Abu Hassan

Lirik: Amran Omar


Salam Ukhwah ...

Ingat lagi tak Siti Musliha? seorang anak kecil yang kental jiwanya walaupun dilahirkan serba kekurangan di bumi Tuhan ini. Masa kecil dulu mama & babah yang selalu ceritakan pasal Siti Musliha. Tak sangka dah mencecah 28 tahun usia kak Siti Musliha sekarang dan masih seorang yang kental jiwanya serta sentiasa ucapakan "Alhamdulillah" dan "Syukur" ke hadrat Ilahi kerana beliau masih berpeluang untuk merasai nikmat hidup walaupun tanpa kesempurnaan yang hakiki. Sebak dengan lagu dia :


Eh ! Tak pernah sekolah ke?!!


Budak : "Tak paham la apa awak cakap????" 

Salam Ukhwah...

Aishh ... macam lama je tak meng-update blog nie. Hari ISNIN hari yang sangat-sangat-sangat lah malas ok! Huh .. segala benda nak buat macam penat and berat je.. Haduiii di tambah pulak dengan mood yang entah apa-apa ni aishhh!

Eh! Korang ada adik tak? Atau anak-anak jiran yang still remaja tu? Actually aku lepak dengan opismate aku and dia pun meluahkan pandangan dia pasal budak-budak sekarang nie (Iskhh, macam dah tua sangat..makk muda lagi nokk!) Dia curi-curi ambil hp adik dia yang baru umur 15 tahun tu. Dah pandai bercinta katanya. Tapi pelik sebab sepatah haram pon dia tak paham butir-butir massage tu??? Check it out :

B : Yunk nga uat pe too? Indu I ta?
Bby : ta de uat pe2.. I bawu pash amm lha.. yuu dha amm kew bie?
B : elom ageh.. B amm bat ket bub mama nga macak.. ta uar ew bby?
Bby : ta uar pown bub I anyak teje na uat.. ta uke aw teacher uhh uke ageh anyak2 teje..
B : ta pewh lha..yuu uat lu ampai beshh otee bby yunk.. t b kring2 bby ote.. i lurve yuuu!

HaHaHaHaHaHa ;DDD komen member aku lak :

S (bukan nama sebenar) : Macam harammm adik aku nie !!! Meluat lak aku konon2 pelat.. nak kate tak sekolah rasanya mak aku elok je sekolahkan semua.. Haishhh~ 




Wednesday, April 20, 2011

Tolong Jangan Ambil Dia ...

Salam Ukhwah ...

TheMuks menaip lagi. Akibat tragedi semalam. Mood kerja yang langsung tak mampu utk di seimbangkan dengan senyuman! Senyum yg kelat + entah apa-apa. Gile tak ikhlas! Sebab memang tak nak senyum pun..

Sis kata nak start pindah keluar dalam bulan Jun ni (-__-) dia terpaksa pindah dulu before kahwin. Mula-mula dengar tentu-tentulah aku dah terasa sikit-sikit kesedihan nya kan! Memang lah always gaduh + tak sependapat. Tapi air kan ... cincang pakai pisau rembo pon tak kan putus! Kau try lah kerat 18 sekali pun huh.. mak dah confirm awal-awal lah  memang tak kan putus! (apa pun tak boley ;p) Haa.. gitu la dia rasa nya sekarang nie! Hadoii .. cek kak oii aku belum ready kau tau tak ??? Perkara kedua yang amat-amat menyedihkan daku!!! Woowoowoo ='( Kakak kata nak bawak COCO sekali ???? I'm begging you sis .. dun take him away from me... Memang lah nak ikutkan awak yang ambil dia dari kawan awak. Tapi kan kita pon jaga dia jugak?? Kita dah jarang lepak pon sebab kita seronok dengan dia. Kita dah sayang dia (T_T)


- Tiap pagi before pergi kerja, ada dia ...
- Tiap petang after work, mesti panggil dia ...
- Tiap 2 minggu sekali mandikan dia ...
- Tiap kali hujung minggu bersihkan cage dia ...
- Lepaskan dia, ajar dia berani even adik & babah selalu marah-marah dia ..

* boleh bayangkan tak kalau kita dah sayang .. tiba-tiba kita dipisahkan ...
Tolong Jangan Ambil Dia !!!

Tuesday, April 19, 2011

Setiap pagi aku harus ambil GANJA !

Salam Ukhwah ...

Macam manusia biasa, aku pon ada habit buruk aku jugak. Jangan lah salahkan aku sebab aku tak pernah minta di jadikan ketagih sebegini rupa ='( memang ramai dah yg nasihatkan aku. Aku tahu tu, tapi aku tak mampu berdiri tanpa GANJA! 


Setiap pagi aku bangun, mandi, bersiap.. macam manusia biasa. Rutin orang-orang Malaysia nak pergi kerja. Sama je aku dan mereka. Dijemput oleh Mr.Bie untuk dihantar ke kantorr. Lesu..lemah tak bermaya! Setiap pagi sampai je office Bie akan drop aku and chow kejap untuk belikan aku GANJA! Pernah sekali tu Bie lupa bawak wallet and tak dapat belikan 'bahan' aku tu. Aku dah macam orang gila yang langsung tak bermaya utk bekerja. Berdiri pun sebelah kaki. Kejap-kejap tukar kaki tau! Pendek kata, tak larat langsung lah nak stand dua-dua belah kaki nie! Sepanjang 8 jam tu muka aku macam tempoyak basi berkulat busokk nak mampos..fuhh! Hodoh bebenorr! Sejak pada tu aku  dah warning Bie supaya jangan pernah tinggal wallet lagi! Sebab aku memang tak kan pakai dit aku utk beli 'bahan' aku tu. Membazirrr! (Citt! tau membazir!)

Tiba-tiba satu pagi aku terbaca 1 artikal tentang bahaya ketagih 'bahan' tersebut!! Oh Maiii ... macam mana nak stop nie?!! Sumpah aku takut sebenarnya. Hari yg sama gak habis semua info kat internet aku korek,gali,cangkul dan pahat!! (Pinjam ayat kak ogy jap!) Danggg! So sekarang seriously aku tengah takut =,=' Bahan tersebut dah sebati plus dah jadi darah daging taik kencing dh pongggg??? Bie kata 1 cara je, kurangkan.. Adohh, lagi mau suruh kurangkan ke? Org dah cakap org ketagih nie tau tak?!!! Terpaksa lah aku paksa tekak aku nie tiap-tiap pagi minum air mineral office nie haa .. Waaa, rasa macam kena clash jea taw!!



Wahai Nescafe ku sayang!! Kau buat hidup aku merana tau tak!! 
Orang amik ganja pon tak ketagih macam nie tahu (+_+)

Monday, April 18, 2011

Scha Si Gedik ?? Ouchh ~

YES!! TheMuks TAK SUKA itu PEREMPUAN !! 
So.. what??!! 

Uncle dia memang sangat BEST okee >,<
Tapi dia : G.E.D.I.K yaww ~ 

*Jom CheckItOut FUHH! nie.. Hos pong boyfie dia kan kan 
patut pong gediks nak m****s =,=' 



*Rasa macam nak cop jea kaki busuk Nurul Shakila kat muka dia !

Saturday, April 16, 2011

Anti-Sosial !

Salam Ukhwah Ols ...

Hunga! hunga! Entah apesal lah lately ni aku macam
seorang yang anti-sosial?? Why duu? Gf ajak lepaking pon keikhlasan nie dah tak macam dolu-dolu kala. Terperap dalam bilik, ngadap lappy tak kelip-kelip (tipu r tu!) sampai dah tak tau nak buat apa lagi dengan lappy & tenet nie =,=' Apesal lah kurang aktif sangat ni haa?!! Sampaikan makan pon dalam bilik? What the hell muks! Kau dah macam orang kena trauma tahu?!!! Adoyaiii .. Korang tau, hari ni baru aku sedar yang aku nie dh macam anti-sosial dan automatik menjadi makhluk yg sangat membosankan!
Bukan apa, kewangan lately nie langsung tak mengizinkan aku utk keluar bersosial larhhh! Lololooo... bayangkan lah dah berbulan weyh aku nie tak bershopping, tak merayap tiap-tiap minggu dengan gf macma dulu.. Woaaaa! Rindunya nak bersosial (T_T) Gf (bestie aku ya! Sy bkn lesbo) aku cakap tak semestinya keluar mesti bawak cash??? What the fishh babes, cash itu HARUS lah darling weyhh.. kan tak lengkap bila keluar bawak perot sahaja. Aku lama gile tak usha movie tau ='( orang kat opis tu sebok dok plan nak pegi usha movie baru-baru weekend nie.. yg aku nie dok pekak kan telinga jea! Picnic juga amat dirinduiii!!! Aduii..takpe-takpe dalam sebulan dua nie insya-Allah kewangan akan kukuh kembali.. jeng jeng jeng! Ang saba no.. check balunn habess nanti >,< ngeh ngeh! What to do ... sabau je larhhh ~,~

Friday, April 15, 2011

Blogger VS Blogger

Salam Ukhwah ...

Entri kali ni tak ada sebarang gambar rajah. Hehehe! Impian aku nak jugak jadi seorang blogger yang tegar macam blogger-blogger yang aku minat nie BEN ASHAARI , MELL AZIZ , BANGKU KOSONG . 
Tersangatlah suka menerjah blog dorang : ) Kadang-kadang tu timbul la jugak rasa jeles bila tengok followers dorang yang setia tu hehehee! Tapi tak apa sebab ada orang tu dah hampir bertahun blogging tapi baru tahun nie blog dia naik dengan jayanya! (Syabas!!) Iya.. follower aku memang sikit la kan. Tentu-tentulah seciput je pong. Kesah pula aku orang nak kata apa kan kan? Sekurang-kurangnya ada lah jugak follower daripada telor ayam!


Taraaa!!! Lihatlah dunia (dushh..dushh!) 43 je kotttt ; ) Tapi tak apa saya bersyukur okay sebab mereka sudi follow. Sama ada yang terpaksa atau dipaksa? Korang nilailah sendiri yoo ;D Mak tak kesahh pong! Bak kata sorang blogger tu, kadang-kadang yg tak best tu lama-lama akan jadi best ; ) Geram gak aku bila baca entri separa berlagak sesetengah blogger tu. mentang-mentanglah follower dia ramai plus entri dia sentiasa akan di comment.. dia pun mula lah nak kondem blogger-blogger lain.. huh! Kalau ya pon nak nasihat atau bagi tips tu biarlah kena dengan skema ayat yang indah. Hurmmm ~

Thursday, April 14, 2011

Melayu : Kemana Hilangnya ??

Salam Ukhwah : )
Comel kan monkey sebelah ni? Dia malu seyhhh ;D
Hehekk.. Monkey pun tahu malu tahu ...
Kita bukan nak sentuh pasal aurat atau pun keagamaan,
kita cuma nak menulis tentang etika. Agak-agak korang
lah kan.. kemana hilangnya sikap & semangat kerjasama diantara kita orang Melayu ya?? Themuks bukan nak menjatuhkan martabat orang Melayu okay! Cuma rasa macam perlu utk buka satu entri kudusan tentang mereka. Itu pun berdasarkan pengalaman sendiri yup!


Korang ... persaingan tu perlu kan dalam sesi pembelajaran/pekerjaan. Tapi biarlah persaingan yang sehat. Hey! dikalangan blogger-blogger pun wujud juga persaingan tau. Contohnya, berebut-rebut nak mencantikan blog masing-masing. Berlumba gak nak join macam-macam contest menarik. Tak kurang juga yang sebuk dok mencapap kat dalam blog demi menaikkan traffic blog mereka. (aku pon pernah gak mcm tu dulu ;D) Semua tu pon di panggil persaingan bukan? Persaingan sehat ke tak sehat, korang nilai lah sendiri ; ) Themuks juga merupakan seorang pekerja. Heehehee. Iskhh.. sedih plus sakit hati yang tak boleh nak diluah! sebab persaingan yang aku dapat ni kira kategori yang agak menyirap lah jugak! Baru genap 1 tahun aku jadi warga dotdotdot nie :) for sure lah aku memerlukan tunjuk ajar & teguran kalau aku buat silap.. betul tak?? Aku juga jalankan tugas aku berpandukan etika-etika kerja yang telah pun aku tandatangan. Kiranya aku ni straight girder lah. (haha,ngaku pong!) So bub-bub nak menyeleweng a.k.a hentam kebaboom nie sememangnya aku liat.. aiyakkk! Sampaikan aku dipijak & ditindas oleh bangsa sendiri tahu?? (Woowoowoo,sampai hati!) keluar dah madah pujangga.. Dah lah kedekut ilmu, penindas tegar pula tu :'( kalau macam ni macam mana bangsa kita nak naik makcik pakcik sekalian??? Stop lah pandang negatif dan tindas menindas bangsa kita sendiri. Malu tau sebab yang kritik sikap mereka tu merupakan bangsa yang bukan beragama islam, atau lebih tepat bukan 'orang' kita. Aku yang menghadap kritikan dorang tu tebalkan muka je ='( Ada la juga rasa nak tampar sekor-sekor. Tapi apa yang dorang kritik tu adalah fakta dan bukan auta! Kerja mestilah nak seronok bukan sedih. Padahal aku nie kemain lah bangga kebabeng menjadi anak Melayu tau.. Tapi .... Huuu ~

Wednesday, April 13, 2011

3 Garis, 3号线, पंक्ति 3, 3 Line ??


Salam Ukhwah : )

Boleh tak kalau istilah 3 line tu di simpul-simpulkan macam gambar rajah di atas tu?? Der der & Ter ter sila jangan nak emo lebih yea sbb entri nie bukan lah utk ngutuk korang okay ; ) So, PEACE NO WAR ! Lu tenanggg setenang itik berenang okay .. Wa nak bebel nie ;D (Erkkk bapak poyo !!!)

Seperti yang disedia maklum lah kan.. mereka mereka yang terlibat dalam group tu amat memerlukan kerjasama dan attitute yang bertanggungjawab sesama mereka rite?? Sampaikan ada satu masa tu mereka terpaksa dulu kan 'adik-beradik' mereka terlebih dahulu.. Lihat! betapa setia nya mereka : ) Memang lah bagus semua tu lebih lebih lagi yang betul betul mengikut arah dan landasan yang betul kan.. Tapi ada jugak di antara nya yang agak menyakitkan hati tahu?!! Contohnya :

- Family dah planing lama dah nie utk vacation, tapi bila tiba hari dan waktu nya .. mereka terpaksa terkecuali sebab terikat dengan 'perjumpaan kecemasan'  @ komitmen yang datang secara tidak langsung ~ 


- Husband call set date dengan wife, konon nak bawak wife pegi dating & makan makan ... yang cek wife pon melompat riang lah berdandan bagai .. tiba tiba .... perjumpaan?? Dangggg ~ 

Hello!! Saya menulis tanpa sempadan.. Saya juga menulis berdasarkan pengalaman si polan dan si polan okay! Saya bukan hentam kebaboom sesuka suki.. So, tak payah nak meng-negatif-kan fikiran dan melenting   tak tentu pasal yea braderrr ; ) Senyum ...

Ermm, just imagine kalau lah aku kat tempat mereka?? Meletop sajee lah mak nokk!! Sebab aku tersangat lah benci bila perancangan murni Qu terhenti di tengah jalan!! (woahh!) rasanya kebanyakan perempuan pun tak suka rite?? Tak salah selagi korang berada di landasan yang suci murni derr .. tapi sekali sekala tu biarlah perjumpaan korang dirancang dengan teratur.. bila wife/couple dah terlalu touching lama lama meletop gak kan? Pastu mula lah si jejaka kata si gadis nie tak memahami lah apa lah?? Semua tu mendatangkan pergaduhan bukan?? Aduyaiiii ~

Tuesday, April 12, 2011

Entri Kebaboommm !!!


:: MY PINKY ::

Fuhh!! Masuk nie tak tau la dah berapa kali Entri pasal phone yg telah ku post kan =,=' Dulu elok2 pakai E72 gatal pegi tukar Sony Eric. Sekarang tak pasal2 kekal bersama smart phone tercanggih dari zaman ke zaman .. Danggg!!! Shantek tak pinky phone kite??? Ngeee tu je lah tinggal harta yang masih tidak 
berwaris -__-! Huuu ... lambat lagi la gamaknya nak tukar yea .. sebab banyak lagi benda yg harus & wajib..  Phone2 nie consider perkara sunat hehehehe ;DD Tapi dlm hati meronta gak tu nak tukar!! Waaa ... I want a new phone!!! My God .. show thy servant with thy light and guidance .. Amin ~

Minggu Ini Aku Dinodai !


Salam Ukhwah ...
Minggu yang penuh mencabar! Siapa sangka minggu ni aku dinoda!
Sakit nya Tuhan saja yang tahu ='( Mana tak nya dinodai oleh 3 perkara
yang langsung aku tak duga akan terjadi ??? Diharap segalanya ada hikmah ...






Episode 1 :

Gastric pain, fever, flu, headache !! Arghhh! binawe punya perut! Dah lah tak
berapa nak kempis! pastu boleh pulak bantai buat hal pukul 3pagi.. Tak pasal2 masuk emergency kat HKL plus kena masuk air and tidur wad selama 2 jam!







Episode 2 :
Hey! Minggu nie should be the most spirit week for me ok! Just because the symptoms hit me, it was a bleak week for me taw ='( Waa.. sebab sekarang nie pun I was attacked by a bad tooth pain pulak weyhh!! Dugaann ~





Episode 3 :
Si Jantung hati boleh pulak buat aku tamper bagai nak gile! Yes .. life is full of trials!! Rasa macam dah kena tendang masuk goal pon ya gak nie -__- Huuu! Time2 aku sakit time tu 
gak lah kau nak berdebat pasal terasa hati lah hape lah! Hoishhh doinkk! are you blind??







Episode 4 :
The week of temper !! Yeahhh .. abes semua aku marah termasuk la kucing Qu Coco'Jelly!
Shian makhluk tu.. kecut telinga dia kena marah sajee.. Sorry sayanggg : ( Kakak mu 
tidak sehat T_T ! Harap maklom ~







Last Episode :

Aku dah sebijik macam insomnia disease sufferers huwaaa!!! Sakit yang
melanda membuatkan aku payah untuk beraduuuu !!! Ku turutkan sajee dugaan ini ... 
I hope next week is more meaningful than everrrrr .... Amin ~



p/s : betul lah! aku dinoda what?!! aku telah dinodai oleh dugaan pelbagai
 penyakit yg melanda taw! huh =,='

Monday, April 11, 2011

H A R U A N !


Salam Ukhwah ...

Woah.. lama gila tak update blog kudus ini yaww! Ermm .. yeke?? (berpandukan gambar rajah di atas) tak kot?? Bila orang lain sebok berbaik-baik. Aku lah pulak yang bergaduh-gaduhan... Aduyaiiii! Dulu kata biadap? Lepas tu suruh open minded pulak tu?? Lepas tu sekarang dah lain pulak?? Lahanatttt tahu ... huh kambeng betol la kau neh lelaki ... Tah hape2 tah perangai tu ... Jangan sampai dari cuma rasa SAKIT HATI terus bertukar jadi MELUAT okay !!! 



In love with you, just like I'm in love with the stupid haruan .. 
that's the last word from me! -Sigh-

Wednesday, April 6, 2011

Dialog tanpa TAPISAN sepanjang ABPH !

GAMBAR IHSAN DARI : OH! MEDIA : )

CHECK IT OUT !!!! 


*Iskhh .. Si kacak nie, tau lah menang ;) x mau la sampai 
korek hidung guna mike abang ! 


*Sampai hati , focus kat Zizie jea?? Sian abang bong di kaburkan ;D


*Lihat ! ABPH jemput STAR WAR okeyy.. Kelas gitu ;D


*Aduii .. hari tu TERtunjuk kopek , nie TERtunjuk belakang pulee 0,o 


*Adesss.. Kak tali tu nak pegi mane???? 


*Erkkk .... tercekik atau di cekik ??? ;D



*Dek make up tak kena dgn umuq =,= kening Fuhhh ~


*Omak kauuu!!! Hantu Kak Ella Balik Kampung ;DD


*Uhhhhh 0,o ~


*Itu hidung ka jambu air ??? Confiusss ;D


*Keti hitammmm !!! 


*Alamak kak! Telinga pegi dulu lah pulakk ;p


*Muka mintak tapak kaki saiz 10 =,= !!


Jeng Jeng!! Adik Mia gak paling shantekkk ~


PERFECT  !!! 

p/s : Terima kasih buat Oh! Media. Sesungguhnya dialog2 yang tertera bukan dari TheMuks okay! 
SHARING is CARING Dadadaaa~

Tunaikan.. Sebelum Terlambat !

Salam Ukhwah ...

Hurmm, hari yang tak berapa nak indah ='( bila apa yang di ingini still belum dikecapi (tak boleh blahh!). Sekarang dah bulan April kan? Tahu tak bahawasanya bulan depan adalah bulan Mei? Bulan yang sangat penting tahu! Dan korang-korang semua mesti mula highlight kan calender korang pada tarikh 20 Mei 2011. Sila tanda dengan mengggunakan Stabilo Boss Original Highlight okay!

Peringatan khas buat 3 orang manusia : 


NURUL SHAKILA
AIEN ASIAH
KHAIRUL AZHAR



SAYA MAHU INI !!!!!!!!

 Dorothy Perkins jea .. Coach jea !!!
(Muahhhhh kat korang..)

DAN INI !!!!!

Fossil jea..!!!
(flying kiss tok korang fuuufuu..)

: D ; D TheMuks !!!

Tuesday, April 5, 2011

too many fights ... kenapa ?


 
Some Day You'll Cry For Me
Like I Cried For You,
Some Day You'll Miss Me
Like I Missed You,
Some Day You'll Need Me
Like I Needed You.. 
 
If You Really Love Something Set It Free.
If It Comes Back It's Yours,
If Not It Wasn't Meant To Be...
 
Forget who hurt you yesterday,
But don't forget who loves you tenderly today..
 
Relationship problems
could be as complicated as math,
but every one of us has to
create our own method to solve them..

SCREAMING !!!!!!!!!!
 

Monday, April 4, 2011

Puas hati dengan mereka bertiga !



Salam Ukhwah semua : )


Shaheizy Sam
Wah! Stil senyum lagi bila ingat balik gelagat Bintang Paling Popular kita tu kan ?? ; D 
Dia memang sempoi ! ; ) Mummy dia pun boleh tahan jugak kegilaan dia kan kan? Tapi kalau 
Zizie (kakak Sam) pun naik sekali mesti lagi Havoc weii ! Apa-apa pun nampak tak 
yang segala usaha lakonan Sam sentiasa mendapat tempat di hati penonton yang tak
 jemu layan watak-watak Sam dalam semua drama / filem lakonan beliau kan??
Dia jugak kaya dengan pelbagai dialog pasar dan trademark yang sering jadi ikutan 
anak-anak kecil sampai lah yang dah berumur : ) You rock Sam!!! Congrats Dude ~ 

p/s : Malam tadi macam nak PITAM tengok wajah kacak Si Sam nie! Gile cute dia
 dgn fashion rambut tu weii !!!

Lisa Surihani
Wow!! Gamat twitter semalam dengan ucapan-ucapan yang tak putus-putus buat Lisa : ) 
Si shantek manis ...Kebanyakan artis wanita kita semua menggelarkan Lisa Surihani sebagai
 'Baby Girl' tau.. Auwww, swettt kan ...Memang sesuaiii la dengan rupa paras Lisa yang 
comel & cantik tu yea : ) Lisa sangat-sangat simple & menarik malam tadi kan.. 
Tak ada pun menggelupur macam artis-artis yang lain tu.. Di temani bonda tercinta, saat nama
dia di umumkan, tak lepas dia cium bonda dia kan .. Ohhhh kamu sangat sweet lah Kak Lisa! 
 Congrats Baby Girl~

p/s : Lisa sentiasa tenang & tak menggedik and over macam si baju merah menyala tuu .. Upsss !  

Zizan
Zizan in da house yawww!!! Caya lah Zizan!!! Melompat aku time Zizan menang ... fuhhh, naseb tak roboh
pondok usang aku tu ; D Kelakar betul bila tengok first time muka Zizan sedih & terharu dengan undian 
penonton yang pilih Zizan sebagai pemenang. Lagi pun berbaloi sebab sekarang Zizan dah makin maju 
ke hadapan dengan pengacaraan, lakonan dan yang terbaru nyanyian beliau .. rappers gituuu ;D 
Semoga dia terus maju dan berjaya .. Congrats Zizan~

p/s: Si anak ganu yang serba boleh ... makin lama makin hencem lak si zizan nie ekkk ;p

* sangat berpuas hati dengan kemenangan mereka bertiga nie..
 yang tu tak kisahh punnn ~,~  Huuu !