Salam Ukhwah,
Entri pagi wah wah. Kemain semangat update. Bila ingat balik masa kecik, paling suka tengok ibadah korban tiap kali raya haji. Paling best kalau dapat balik kampung macam dulu. Sanggup bangun pagi-pagi subuh sebab takut terlepas hehe. Time tu macam-macam lah soalan timbul sampai pening kepala mama. Mama pernah cakap, kalau apa yang kita makan jangan cakap 'kesian' nanti kita dah tak boleh makan. Disebabkan aku memang dari kecil suka daging. Tak kira daging apa. (yg halal la!) Terus tanam tekad takmo dah kesian kat mana-mana haiwan yang boleh dimakan sebab nanti tak dapat makan rugiii tehehe. (wallahualam bissawab)
Haa.. ada jugak segelintir orang yang sampai sekarang still tak tahu kenapa mesti korban? Macam mana nak agihkkan daging korban? Boleh agih suka suka ke? Boleh ke simpan lama-lama dalam fridge? Atau buang atau kasi orang? Sadis kan.. bila yg bertanya tu sebenarnya seorang muslim yang dah akil baliqh dah pun. Bukan nak kata aku pandai, tidak! dan bukan nak megutuk sesama islam. Cuma rasa macam pelik kenapa mesti langsung tak tau satu apa pun? Sesungguhnya aku sendiri pun tak dalam mana ilmu agama yang ada,tapi jangan lah sampai kita langsung tak tau. Jom kita kongsi sama-sama =)
"Cara menyembelih binatang korban itu ialah dengan memotong kesemua halqum dan mari’ sehingga putus dengan alat yang tajam seperti pisau (bukan tulang atau kuku). Halqum itu ialah tempat keluar masuk nafas dan urat mari’ itu pula ialah tempat laluan makanan dan minuman yang terletak di bawah halqum..." - selebihnya kita sambung DISINI.
No comments:
Post a Comment