♥ King and Queen :

Monday, October 31, 2011

Bila nak marah ... !!

..dengar lagu, bila dengar lagu nangis, nangis pasai pa? pasai sedih nak mampos sebab terPlay lagu jiwa-jiwa cehh! Bila nangis sedu sedan bagai nak gila, pasai pa? Pasai geram tak dapat tumbok sepak terajang muka asbestos yang buat kepala bengang. Bila penat sedu sedan buat pa? Tidurrr bertemankan air mata selori ! berkerak-kerak pipi dek linangan air mata sedih tu kan. Padahal tengah marah bukan tengah sedih kan? Kenapa jadi macam tu? Sebab sindrom! Marah paling susah nak lepas. Tak macam kentut! Sekali teran berkali-kali pulak dia keluar kan? Kalau marah kat barang boleh campak barang tu. Kalau marah kat orang? Nak campak orang tu boleh tak?? Phuleaseee >,< ! Herghhh ... tak mampu ! Bila marah nak cerita kat orang tak? Nooo.. tak payahhh ! Jawabnya lagi binasa seriuss tak tipu. Melainkan kalau orang yang kita cerita tu seorang kaunselor @ ustazah haa.. insya-Allah laa reda amarah tu. Mama kata bila marah jangan nangis! Amik wuduk solat! (makan dalam 7hari 7malam ^_^) adoi laa mama itu saya tahu ~,~ ! Selain tu ?? Pergi berkumpul dengan keluarga ramai-ramai. Huhaa dengan dorang sampai subuh ! Aku dah try yeahh .. hasilnya?? Sangattt berhasil kehkehkeh .. dah lupa pon apa yang dimarahkan.. BERJAYA !! 

 Cousin :  budak nie kecik tapi kepala otak & percakapan 
dia macam sebaya haku cett .. dia terapi saya ^_^

Thursday, October 27, 2011

Ibadah Korban : Fahami ertinya.

Salam Ukhwah,

Entri pagi wah wah. Kemain semangat update. Bila ingat balik masa kecik, paling suka tengok ibadah korban tiap kali raya haji. Paling best  kalau dapat balik kampung macam dulu. Sanggup bangun pagi-pagi subuh sebab takut terlepas hehe. Time tu macam-macam lah soalan timbul sampai pening kepala mama. Mama pernah cakap, kalau apa yang kita makan jangan cakap 'kesian' nanti kita dah tak boleh makan. Disebabkan aku memang dari kecil suka daging. Tak kira daging apa. (yg halal la!) Terus tanam tekad takmo dah kesian kat mana-mana haiwan yang boleh dimakan sebab nanti tak dapat makan rugiii tehehe. (wallahualam bissawab)

Haa.. ada jugak segelintir orang yang sampai sekarang still tak tahu kenapa mesti korban? Macam mana nak agihkkan daging korban? Boleh agih suka suka ke? Boleh ke simpan lama-lama dalam fridge? Atau buang atau kasi orang? Sadis kan.. bila yg bertanya tu sebenarnya seorang muslim yang dah akil baliqh dah pun. Bukan nak kata aku pandai, tidak! dan bukan nak megutuk sesama islam. Cuma rasa macam pelik kenapa mesti langsung tak tau satu apa pun? Sesungguhnya aku sendiri pun tak dalam mana ilmu agama yang ada,tapi jangan lah sampai kita langsung tak tau. Jom kita kongsi sama-sama =)



"Cara menyembelih binatang korban itu ialah dengan memotong kesemua halqum dan mari’ sehingga putus dengan alat yang tajam seperti pisau (bukan tulang atau kuku). Halqum itu ialah tempat keluar masuk nafas dan urat mari’ itu pula ialah tempat laluan makanan dan minuman yang terletak di bawah halqum..." - selebihnya kita sambung DISINI




Monday, October 24, 2011

Keluarga Berbilang kaum : Seronok !


Happy Deepavali kepada masyarakat Malaysia 
yang beragama Hindu : )

Semperna deepavali nie just nak sharing beberapa perkara tentang adanya keluarga berbilang kaum. Mak Long aku yang kitorang panggil Mummy, berkahwin dengan Pak Long (Daddy) yang dulunya beragama hindu. So secara automatiknya 3 orang cousin aku berdarah mix. Malay + Indian. Disebalik salasiah keluarga sebelah daddy pulak ada juga campuran Indian + Chinese. So relation antara keluarga besar aku dengan keluarga Daddy sangat lah rapat. Seronok bila 3 perayaan nie kami kongsi bersama. Hari Raya, Deepavali dan Raya Cina :) Kedua-dua pihak yang non-muslim sangat menghormati kami serta 1 sama lain. Apa jenis perayaan @ majlis perkahwinan, mereka akan jadi salah satu daripada tetamu yang wajib ada. Dulu mendiang Tata (atuk) selalu masak masakan yang sedap sedap tiap kali menjelang deepavali. Tapi cuma tinggal pati/patty (nenek) je sekarang. Keluarga dorang lain. Kalau ada yang kata tak suka india. Bagi aku tidak. Sebab tak semua indian tu sama. Tengok jugak dari segi sesuatu keluarga tu. Macam keluarga daddy dorang tak ubah macam cara hidup Melayu. Apa yang tak patut dorang tegah daripada lakukan @ sentuh. Dari segi masakan pun macam tu. Dorang sangat memahami budaya Melayu. Itu yang penting! Proud to be part of this family =)


*Harap dapat datang untuk Deepavali tahun nie ^_^ 

Saturday, October 22, 2011

Lelaki ber-blog, maskulin atau tidak ?



Kenapa dia? Sebab dia Josh Duhamel ! Kenapa Josh? Sebab aku suka dia la iskk >,< Maskulin kan dia? Dia ada blog tak? ^_^ Tehehe.. Okay, kenapa kaitkan blogger lelaki dengan maskulin? Kalau ber-blog maknanya lelaki tu APON ek? Ke pak gayah yang kepochi? Segala gossip retis , luar dan dalam negara dorang nak terjah. Gitu? Yang blogger wanita sebuk kupas pasal fesyen & kecantikan. Yang blogger tua pulak sebok gali pasal politik? gitu ke? Mereka yang silent reader tu seronok buat kajian sendiri yang konon nya meluat tengok blogger lelaki yang sebok cerita pasal dunia retiss ! Tak pasal pasal beautifulnara kena canang. Apee daaa ??!! Dah kata dunia & kehidupan, pernah ke lekang dengan segala macamcerita?? Tidak bukan?? Blogger yang rajin buat segmen pon kena gak dengki khianat.  Dorang buat segmen tu sama erti dengan aktiviti sihat dikalangan blogger tau dak?? Tak ada pulak blogspot nie kata dunia blog hanya untuk wanita. Geram je bila dengar orang mengata beria pasal blogger lelaki haishh! Beben buat segmen dulu pon kena gak ngata. Tapi beben tu dia pedulik hapa.. yang penting apa yang dia buat bukan keje haramm.. ye dakk?? ^_^ Tengok beben tu badan macam the hulk tapi berblog tau huhu.. fofulerr lagi =D Haaa.. tak cukup maskulin ke tu ?? Tehehe .. Kadang-kadang idea kaum adam dalam berblog lebih bernas berbanding kaum hawa. Lepas tu sharing. Lepas tu sama-sama dapat ilmu baru. Silaturahim bukan? So, apa salahnya lelaki ber-blog ???


*lama tak join segmen kan ^_^ kak senduk yang separa maskulin tu ngetoppp what kehkehkeh =DD

Friday, October 21, 2011

SUSAH !!!!


  • SUSAH bila tak ada duit !
  • SUSAH bila tak ada kereta !
  • SUSAH bila tak ada gaji beribu !
  • SUSAH bila tak ada rupa cantik !
  • SUSAH bila tak ada gaya !
  • SUSAH bila tak ada pelajaran !
  • SUSAH bila blog tak fofuler ... herkkk?? <--- tak ada kaitan. sekian! 

Susah kan .. yeke susah?? Sebenarnya tak susah bila dari awal lagi kita tak pernah ada pon semua kat atas tu. Tapi bila kita pernah ada then kita kehilangan semua tu dalam 1 masa. Sure kita akan rasa betapa susahnya hidup nie. So, lebih baik tak ada,  daripada ada. Tapi kalau pernah ada tu hargai la seadanya yerr.. Seriously, rindu gile nak ada kehidupan dulu. Kiranya pernah diberi peluang merasa bergaji sedap dan berharta even sementara kan =D hehehe.. Percaya pada 1 perkara : Tak semua yang kita miliki kekal =) Sekurang-kurangnya pernah jugak merasa nikmat dunia .. Cewahhhh ! Lepas tu sebab tak jaga-jaga + tak bersyukur.. kejap jea Tuhan nak tarik semula kan? Alhamdulilah .. kesusahan sekarang mengajar tentang segalanya. Kita bergaul dengan orang senang, tak bermakna kita senang kan? Tak nak terlalu regret dengan kegagalan yang pernah kita rasa .. tak salah happy kan diri asalkan berpada-pada. Bersosial secara sihat pun bukan kesalahan jugak kan?

 SCC nak buat list apa yang SCC rindu tentang kehidupan dulu :
  • Jadi driver untuk kawan-kawan & keluarga : SCC suka drive !! 
  • Hujung minggu pegi cuci baby vee !!
  • Hang out dengan bestie & baby vee !!
  • Bawak family pegi rumah nenek !!
  • Belanja kawan-kawan pegi makan ramai-ramai. : Even tak selalu tapi pernah, sekarang?? 
  • Berjam-jam lepak kat pusat service kereta dok tunggu baby vee check up ^_^


Terima kasih Tuhan  =')

Mama.. kakak nie mesti gila seks kan? --> Gulpppp !!!!

Salam Ukhwah,

Dok tersengih-sengih aku menatap quotes about life dari abam google tetiba macam nak tersembam depan laptop! Datang sorang budak lari-lari kat hall koperasi tentera nie haa.. tetiba datang dekat aku terus tilik tangan aku. Haikkk?? Apa yang menariknya dek oii?? Baru nak senyum sambil meramahkan mulut tetiba budak tu buat statement : "Mama.. kakak nie mesti gila seks kan maa.." Haippppp Caitttt !! Umur kau berapa dek oii.. tinggi paras pinggan aku je haa dah pandai cakap pasal tu hamboihhh .. terkesima kejap! Bukan main loudspeaker lagi suara kau dek haihhh =.=' Gila blushing laa kat sini.. kelam kabut mak dia pang mulut mungil budak tu alahaii.. Borak borak dengan Puan Askar tu dia kata sejak anak dia masuk taska memang macam macam benda jahat keluar dari mulut dia. Nak-nak budak kan, cepat tangkap & ingat apa yang orang cakap. Walhal mereka tak tau pun apa yang mereka cakap. Nak marah kesian. Tapi perlu jugak di ajar. Nanti orang salahkan mak bapak lagi malu kan? Entah laa.. bila jadi macam nie tak tau nak salahkan sapa? Budak tu baru nak didedahkan dengan persekitaran luar. Sebab tu la mama dia hantar taska. Tapi tup tup ajaran lain lak anak dia dapat aduyaiii ...



Haaa. nie la dia faktor yang menyebabkan budak tu kata aku nie Gila Seks! Padan la dia tilik tangan aku kemain. Ingatkan nak bermanja ke, kurang kasih sayang ke budak nie kann.. Mama dia kata ada sorang kawan taska anak dia dok ketawakan cikgu taska dia banyak bulu tangan.. Kata budak nakal tu, abang nie bagitau kalau banyak bulu tangan tu maknanya gila seks..herkkk!! Asbestos betol abang budak tu.. Apa kejadahnya kau ajar adik kau yang kecik tu ngokkk .. macam macam ! Semua tu mitos jea.. banyak bulu kat tangan dada n kaki tu tak silap aku sebab hormon kan.. Haishhh ~


*harap maklum gambar tu ehsan dari Abam google eh bukan tangan aku! Chupp chupp beruk kat zoo tu gila seks tak?? kehkehkeh  ~,~ 







Monday, October 17, 2011

Hutang budi, Bayar Body .. Boleh??

Salam Ukhwah...

TL twitter aku penuh dengan Monday Blues. Asal monday je ngantuk. Asal monday je kepala hotak dah melayang pikir katil kat rumah. Asal monday je moody. Apesal ??!! Dulu kat Kem PLKN hari minggu adalah hari Jumaat & Sabtu. Kelate kan.. so hari blues kami adalah Sunday Blues ekekek.. So Monday tu bagi kami biasa jek..

Kenapa cerita pasal Monday? Apa kena mengena dengan title entry? Saja memulakan permulaan kata dengan sesuatu yang entah hapa hapa. Barulah annoying ye dak? Haha ^_^ ! Blog aku kan penuh dengan entry annoying?? Ada orang benci, tapi sebok klik. Kau sekodeng diam diam kau ingat kau paparazi amerika? Pastu budget orang cerita pasal kau? Gelimatt !

Pernah alami tak : Bila kita terhutang budi kat seseorang tu, Sure kita akan rasa macam nak turuti je segala kehendak dia. Sebab takot kena label 'lupa daratan' @ 'kacang lupakan kulit' ! Hati sakit bagai nak gila pon senyum je sebab hutang budi punya pasal. Memang kena macam tu ke? Herdik suka hati, marah suka hati, maki suka hati. Macam tu?? Jawapan aku : M.A.N.U.S.I.A =.=' Ke nak aku bayar dengan BODY? Body aku macam bola bowling mau??? !!!

Kenapa entry nie wujud? Sebab aku rasa nak marah ! Kenapa lepas kat blog? Sebab blog aku bukan blog kau ! Entry nie bukan utk kau.. entry nie utk kera .. kera yang berlagak. kera yang lupa asal usul ! kera yang tak pernah nampak cacat kat diri sendiri ! kera yang !@#$%^&* lantakk kau ~

Thursday, October 13, 2011

Spontaneous Thursday @ Wordless Wednesday ???



"Steve Jobs berbakti pada dunia dengan hasil teknologi beliau. Tak salah menghargai tetapi yang dah pergi tetap pergi.."


You can also bank-in your donations to our Maybank (5621 4270 8704) or CIMB account (1259 0000 804 058), and fax to us the bank-in receipts to our fax number (03-8948 7339) or e-mail the receipt to info@irmblog.org

Wednesday, October 12, 2011

Disebalik Air Mata Wanita ...

Nisah Haji Masud : Mama :')

Jamelah Musah : Nenek :')


"Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”





Sumber :  Halaqah

Khairunnisa Izzatie Binti Noor Azmi !

Salam Ukhwah ...

Kakak.. sebut nama tu, teringat gelak dia, senyum dia & segala telatah dia. Bantal busuk, benda yang paling dia tak boleh berenggang. Tak kan lena tidur dia tanpa bantal tu. Kalau dibasuh meradang la dia. Sejak dia lahir macam ada sesuatu yang istimewa tentang dia. Sejak dia lahir juga, Tuhan sudah mula meguji. Dia sakit, dia perlu untuk makan beberapa jenis ubat untuk sepanjang hidup. Tak siapa pun tahu, dugaan yang Tuhan turunkan pada bayi kecil itu adalah satu tanda yang Kakak hanya dipinjam pada kami untuk tempoh yang singkat. Apa aku akan buat kalau aku terpilih untuk diberi tahu tentang perkara itu? Aku akan tangkap gambar kakak setiap pergerakan dia! Aku akan record video dan suara kakak setiap percakapan dan gelak tawa dia. Aku akan selalu duduk sebelah dia supaya akan datang aku tak terkilan rindukan dia. Aku akan peluk dia selalu dan cium bau harum dia! Tapi aku tau aku tak mampu.. sebab tanda yang Tuhan bagi terlalu halus! Mungkin juga aku leka sampai tak sedar segala petunjuk-Nya..... 

Dia cuma dipinjam pada kami sampai umur dia 9 tahun.  Dia memang isrimewa. Dia lah kesayangan semua makcik pakcik dan sepupu-sepupu. Kakak buat lah perangai macam mana pun. Kami tak pernah jemu melayan. Dari kecil kakak dah ada lagak ala-ala tomboy. Dia sukakan kan bola. Dia hafal semua lagu Awie, dia minat sangat Awie! Kalau minta pakai skirt @ dress dia mesti mengamuk! Semakin lama kakak membesar dah nampak ciri-ciri gegirl pada dia. Dia minta pakai baju ladies. Jeans ladies. Colour pink jadi pilihan dia. Waktu tu kami semua suka main teka-teka. Macam mana kakak dah anak dara nanti kan? Tak sabar nak tengok kakak naik sekolah menengah nanti ! Dah besar kakak mesti cantik !

 How deeply we miss you kakak (T_T) 
-Al-fatihah-



"..tak tertanggung rindu, mendengar suara mu.. tawa pengusik jiwa.."




Tuesday, October 11, 2011

Nenek Tua 65 Tahun Lahir Anak ....



Seorang nenek tua berusia 65 tahun melahirkan 3 orang anak kembar. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut. Nenek itu berkata : "Nanti dulu!" .
Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata : "Nanti dulu!" . 

Akhirnya mereka bertanya : "Bila kami boleh melihat bayi engkau?!!!" 

Nenek : "Bila mereka menangis.."  jawab nenek tua dengan slumber.

"Kenapa kami harus tunggu sampai mereka menangis?" 

"Sebabnya aku lupa dimana aku letak bayi-bayiku tadi ???" (@,@)


- Dangggg!!! Kalau dah 3 kembar ntah mana-mana laa dia letak tu ehh =D Nenek pelupa ~

Gulpp .. Anti-Blogger pon ada ke ??


Salam Ukhwah ...

Pandangan masyarakat terhadap kaki blog? Kemain pandangan lagi lah. Dah macam masalah sosial remaja sekolah pulak blogger nie eh? Rimas kan dengan orang yang suka membencikan diri terhadap blogger nie! Dorang kata blogger nie annoying. Walhal sikap negatif dorang tu yang lebih annoying ye dak? Alah.. tak semua blogger tu kaki gosip retiss. Bukan ke blog terbahagi banyak kategori? Ada yang cuba nak jadi sehebat BA. Secantik Keknis dan Semantap RedMummy. Ada jugak pilih blog untuk peribadi. Salah jugak ke? Kalau meluat kenapa klik? Tapi biasanya mulut kata meluat tapi dalam diam diam jadi SR kat blog orang kan? Macam macam lah .. Ada jugak yang pajak konon konon siapa yang ada blog nie merupakan golongan yang suka berjiwa jiwa & ada masalah hati? What the hekkk ? Dann.. yang cakap macam tu pon biasanya ada masalah  keyakinan diri yang terover doss! tu pasal laa asyik nak kondem orang jea. Terasa diri dah hebat sangat lettew cettt !

Monday, October 10, 2011

Tegur lah ...

Salam Ukhwah ...

A : Jogging la gemok ! Gemok sangat tau tak dah boleh boleh dah diet !
B : Eh makan banyak sikit la ! Kuros sangat! Pakai apa semua jatuh! Longgar! Reti tak!
C : Jangan terkinja-kinja sangat boleh tak! Macam perempuan hape je!
D : Kau nie bercakap tu logik laa sikit ! Macam orang bodoh je !
E : Jangan beli macam nie la ! Nampak sangat benda murah !

Pernah mengalami tak? Sound system macam filem seram kan? Rasa nak terajang je bila kena herdik macam tu..  Agak-agak touching tak kena tegur macam tu? Gile.. ayam pakdon je tak tau terasa kalau kena macam tu dol ! Sedih menyelubungi tak terkata bila kena sound sebegitu rupa ya dak?? Tapi tu lah kawan.. Ada ke kawan yang korang kenal sejam lepas tetiba cakap kat korang macam tu? Sure ada kan.. tapi respon yang korang bagi haruslahh unfriend kau terus dari depan mata aku asbestos bethol! Kann =D 

Susah.. nak terasa lebih lebih pun tak boleh jugak .. Sebab 99.9% daripada apa yang kawan tegur tu betul cuma cara teguran jerr yang macam seru kayu jati lekat kat mulut naaa .. tersirappp! Nak tak nak terpaksa buat muka kiut begini ^_^ ! Aduyaiiii kawan ~ 

Shiro pon setuju !

- Yg pasti segala dialog kat atas tu memang curik dialog kawan kawan hahahaha ... Larikkkkkkk !!! 

Psst Psst .. sesambil tu jom follow mellow si kecil molekk  nie ehh :

Klik headers Pinky tu utk ke blog beliau = )

Thursday, October 6, 2011

Bukan telanjang betul betul lah ....



Hahaha.. entah apa apa la yang korang search tu oii (0,o) 

Keknis yang sangat COOL ^_^

Salam Ukhwah ...

Khamis nie mood berbelog menjelma kembali. Horeyyy ! Syabas wahai nafsu ! Semalam dok sekodeng belog Si Hamis kuikui sorry hanis ^_^ layan entri pasal Kepentingan Bestfriend. Entri yang cool dan sangat dipersetujui oleh ramai blogger. Eh, beliau sangat cool laa kan. Selalu masa rajin bw dulu tak sampai 5 blog mata dah macam sumbat syabu. Keje nak pejam! Maybe sebab time tu tak perasan kewujudan Keknis kutt? =D padahal orang tu dah pemes lama dah mokk, kau je yang slowding halah ! ~,~

Follow beliau dah lama dahh, cuma sekarang baru rajin stalk belog dan page beliau Ehek. Member kita pon suka beliau. Dorang pon rajin gak jadi SR kat belog Keknis. (Kau panggil dia keknis macam kau muda habiss) Panggilan tu shomel laa doink =D Dua perkara yang aku paling suka tentang keknis, 1) cara penlisan beliau dan :


Taraaa ! 2) Kulit keknis yang macam whiteboard, rasa nak conteng buat graphic disitu ^_^
Ahah gurau lah =D Kulit dia shantek laa .. 
(Keknis kita curik gambar jap yerr)  

Wednesday, October 5, 2011

Kalau tinggalkan blog lebih dari 44hari, blog akan ada 'penunggu' .....

Salam Ukhwah Bloggers ... (buat muka paling nice)

Haihhh rindu siut trademark itu !!! Lama bethol tak update kan? Typical Malay selalu mengatakan, rumah yang ditinggalkan lebih daripada 44hari berpotensi dihuni oleh penunggu tak bertauliah. Kalau gitu blog aku nie agak agak ada tak penghuni yang sudi menyinggah? Eheh .. *RUMAH je lah gemokkk ! Apa jadahkan blog kusam kau nie!  ^_^ kuikuikui ~


Konon konon busy raya la kan. Padahal busy merayap plus nafsu serakah terhadap lappy langsung tak naik hampir 1 bulan lebih nie. Tak tau la kenapa?! Mungkin juga sebab lappy nie hodoh ek?? Tak pun lappy nie tongong sebab langsung tak tau nak goda aku kan?? Ke aku yang tongong?? Ke korang yang.... dah dah ! Sebenarnya after raya tu aku teruskan lagi sesi mem-busy-kan diri berjimba mamba dengan kawan kawan puleks ^_^ maknanya disitu memang aku tak lekat rumah lerr.. komputer bimbit pon dijajah dengan buasnya oleh adik-adik yang memang tak ada mulut utk minta izin ! Alhamdulillah dah genap sebulan pun aku buat part time key in caruman pekerja kat Perkeso Ampang nun .. Ihikk, nampak tak ciri-ciri anak mithali & bakal isteri yang tak kenal erti penat?? Nampak ke tidokk?!! *Padahal nangis nangis sebab 1st time rasa penattt ngehehehe ;D Time keje full time pulak saja je tak nak lekatkan mata kat blog sebab nanti susah nak berganjak. Jadi, nampak lah di situ yang aku nie tengah dalam proses nak berubah menjadi seorang yang cool dalam hidupnya kannnn ^_^ *tapi status twitter & fb macam orang meroyan kan?? Hahahahahahahaha!!! Konon tahan tangan update blog la .. hambik kau tweet jadi mangsa .. Lalalalalala sing a happy song ;DD Alaa.. chill la! Tweet tu bukan tempat untuk men-serius-kan diri la doink ! Social network nie tempat utk merepek barulah happening kehkehkeh *ye ke tidokkk ?? =p

Sekarang nie pon aku tengah merepek kan? Barulah freedom hidup nie.. menyampah yang teramat sangat bila semua yang kita buat kena tegur.. memang laa boleh tegur sapa kata tak boleh ye dok?? Tapi jangan laa sampai kawan kau minat mana-mana artis tu pon kau nak kondem kan.. padahal kau minat azwan ali & rosnah mat aris tu aku diam je kan?? Toksah gitu laa .. suka hati laa aku nak suka sapa ekk .. dah terminat mana boleh tarik balik hahahaha.. sebab tu laa tetiba status fb & tweet aku ada je pasal si JB & SG tu haa ^_^ kesahhhh haaa ~

*Hug & kisses kat blog titew nie laa .. indu angattt muackkk ! (bahasa budak bodoh!) ;DD