♥ King and Queen :

Monday, April 9, 2012

Second time 'buat projek' before kahwin. Perghhh !


Dulu time kecik tak pernah terpikir akan terlibat dengan projek-projek nie. Cuba-cuba pernah jugak. Nak rasa best ke ek? Jiran sebelah ajak cuba masa umur 5 tahun dulu. Wuuuu seronok rupanya. Maknanya aku dah kira legend sebab kecik-kecik dah pandai projek. Dulu rumah flat betul-betul tepi tangga. Keluar masuk senyap-senyap tanpa pengetahuan Mama yang tengah leka menjahit. Bawak keluar bantal dari hall slow slow. Alaa jalan slow slow macam gaya pink panther tu lah iskhh! Dapat menyelinap kat tangga atas, member dah standby nak teruskan projek yang seterusnya. Dah kata masa kecik kan, agak bebal la jugak. Sebab bengong pegi projek kat tangga dekat dengan rumah buat hapa?!! Memang kantoi la ceritanya. Alahaiii. Tengah seronok dok tersipu-sipu dengan member, layan projek tetiba Mama datang entah dari Mana sergah sekuat hati ! "Hoiii ! Nak kena potong ke konek tu ! Kecik kecik dah pandai ! Pergi balik sekarang kang makcik bagitahu bapak kau ! Gatal yea!! " Makk datuk yang member aku dah lari lintang pukang, yang aku kena tarik telinga sampai terkangkang-kangkang. Mana tak mengamuk orang tua tu. Bantal kecik yg hias sofa tu aku jadikan alas time projek. Dia beli kat banggali kapet kot, tak habis bayar lagi katanya :D Habis berterabur beras campur daun pandan campur basah dek renjisan air. Kenapa time projek ada semua tu? Ihikkk.. sebab kita projek main sanding-sanding tepi tangga laa awak >,< !! Bantal? Bantal tu kan alas peha nak tepung tawar kihkih.. Gatal tau mok! Masa first time tak kantoi, tapi second time kantoi sebab Mama baru perasan daun pandan dia togel HAHA. Larikkkkk ~

#Motip gambar : Nak tunjuk kat korang gambar tu unik. Entah anak sapa la lahir gitu ^_^

1 comment:

azam said...

hehehe...tajuk DANGER semacam...hahaha