♥ King and Queen :

Thursday, May 17, 2012

Talked less and listened more.

Memang fitrah kita manusia yang sukakan kebaikan dan kesucian, kerana asal usul kita pun dari Syurga, tempat paling suci. - Farah Lee.


Cuba describe sendiri kata-kata Farah tu yaa -.-'


Bukan main Minah Salleh tajuk tapi huraian in Malay. Geli kejap. Feeling blogger termuka sebentar alaahh. Korang tahu tak pertengkaran nie kadang-kadang mematangkan diri tanpa kita sedar? Kita bertengkar, kita cakap banyak, marah banyak, maki bersepah-sepah ya tak? Ada segelintir rasa puas. Ada jugak yang rasa regret. Maksudnya, penyesalan setelah menghembur segala amarah. Dan itu adalah aku! Orang selalu salah paham, kata aku nie bila dah maki hamun tak sampai lima minit acah-acah suci. Bukan sebab tu bodoh. Memang jenis berperasaan macam tu. Lumrah. Aku pemarah, sangat pemarah. Aku juga mudah sejuk dengan sendirinya. Bila perbuatan tu terjadi, aku regret! Bosann kan? Menyesal tapi sukar untuk memaafkan. Macam mana? Sedangkan kalau kita susah maafkan orang hati kita akan jadi hitam hitam dan terus gelap. Takut. Cuba cari saki baki kemaafan walaupun orang tak minta dimaafkan. Kucing bawah rumah tu kalau gaduh rebut ikan sure bercakaran. Lepas tu tak sampai 1 minit dorang dah gesel-gesel balik. Kan best kalau manusia pun gitu ya tak? o.0 hemm...

Makin lama makin sedar yg diri makin besar. Bukan setakat kepala otak, tapi badan pun dah macam tongdram membesar dengan jayanya tanpa segan silu haihhh =.=' Kalau dulu gaduh nangis. Sekarang tidak lagi. Neyhee ! Baru sedar jugak yg pergaduhan nie bila banyak berkata-kata memang akan di salah erti dan disalahkan oleh pelbagai pihak yg cuba nak menjadi hero, uhhh. Macam Farah cakap la fitrah manusia memang sukakan kebaikan dan kesucian. Bukan cuma suci dari segi maruah tapi selalu je manusia nie feeling feeling sikap dan perbuatan mereka sesuci embun pagi atau suci dalam debu herkk?! Bergaduh dengan budak bawah umur terasa diri bodoh. Bergaduh dgn wanita umur atasan terasa pulak mereka yg lebih bodoh dari kita hiewhiew. Sebab bodoh lah melayan kita kan? Kata awak tu wanita... bukan remaja ya dak wakaka :D 

Pandang balik kat sudut positif setelah penat meng-negatif-kan diri. Alahaii rupanya kita jugak sedang membodohkan diri. Penat je cakap banyak tapi tak dapat jugak raih kepercayaan orang keliling kan? Bila pihak lawan pakai cara kotor kita yang acah-acah innocent nie surrender lah sebab yang salah memang selalu di menangkan dulu. Yang betul pulak akan susul tunjuk diri bila dah lama nanti. Lumrah hidup. Lepas nie kalau terjadi lagi anasir jahat yg datang singgah. Gunakan slogan ini ya kawan-kawan : Kurangkan bercakap dan banyak kan mendengar. Biarkan mereka terus menegakkan benang yg basah. Nanti kalau tak tegak jugak benang tu kita tolong keringkan guna hair dryer neneks aku siap! >,< 


:' )


"Kau lahirkan kami sbgai saudara sedarah kerana ingin kami melengkapi antra 1 sama lain, jadi Ya'Allah beri kami jalan terbaik agar kami tidak saling menyakiti.."

2 comments:

aindzaya said...

betul3!!
kita yg mmg ofsem matured nie, terus teruskan hidup dgn tenang yer..dan biarkan lah mereka tu buat pe yg mereka suka..lama2 nanti da boring..senyap la tu..

"Ooo.macam ni rupanya lelaki...gurlish sekalian sila berhati hati!".

αяfaekα αямαɴd said...

Agreed ! Mulut org kan bukan nya computer, kalau tak boleh picit button shut down ek haha :D