♥ King and Queen :

Friday, November 23, 2012

Tak Perlu Dipersoalkan. Tak Perlu Berdebat.



Salam Ukhwah & Salam Jumaat Blogger,

Isu terkini. Semua pun tahu. Semua pun baca, tatap, tonton dan dengar tentang keganasan itu. Kesedihan itu. Rintihan itu. Sebagai saudara seagama. Kita paham apa itu jihad, apa itu syurga, apa itu pengorbanan. Jiwa islam, ke arah barat mana pun pemakaian, cara hidup dan tingkah laku. Tak kan lari dari sejenis perasaan yang satu tu. Perasaan belas kasihan umat Muhammad s.a.w tak kan mampu ditandingi kaum lain. Akuilah.. utk apa hidup dengan cara barat kalau hati kita masih penuh dengan kasih sayang sesama kita?

Ada yg menentang segelintir kawan-kawan mereka yg asyik bercakap tentang kesedihan mereka berkenaan GAZA. Tak kurang juga yang perlekeh sesama sendiri bila berbicara mengenai keprihatinan mereka tentang anak-anak Palestin. Ya, kami salah kerana masih tidak bertudung. Tapi tak layak ke utk mereka meluahkan rasa belas kasihan tu? Siapa kamu utk menghukum?!! Berdo'a lah... sememangnya hanya itu yg mampu kita sedeqahkan dalam setiap rakaat kita. Tak perlu dipersoal tak perlu berdebat. Pandanglah langit, mata-mata anak kecil tu amat menharapkan do'a kita.. do'a kalian..

Adik, 
Sesungguh sakit yang adik tanggung terlalu sakit utk di tatap,
Air mata adik jadi kekuatan kami disini utk perkukuhkan lagi do'a kami,
Bertahanlah adik.. Bertahanlah saudara seagamaku... #Do'a  #PrayFor Gaza

Sesiapa yang sibuk dok berdebat tentang macam mana dan bila bermulanya kekejaman Israel laknatullah tu boleh klik SINI utk malumat lanjut, sejarah, cara menderma dan macam-macam info tentang AMAN PALESTIN. 



Petikan dari page Aman Palestin : 

JANGAN MENYERAH PALESTINA


Sepi
tiba-tiba berdentum dan
tangisan mengalir
di celah-celah rekahan
menitis
di selitan dedaun kering
teriakan
pecah bertaburan

Menyala semangatmu
Langsung Tiada Gentar !

Walau darah merah pantas membuak
walau remuk redam hati dihimpit kebinasaan
walau letupan menerpa tak menentu
engkau tetap di situ
tiada berganjak , tiada beralih
bangkit sebagai pejuang Islam
bangkit !

Aku terlalu merinduimu wahai syabab
engkau teguh melawan rejim laknatullah
dengan hanya berbekalkan
seketul batu
lemparan itu membawa sejuta makna
kental sungguh dirimu
aku terkesima , menangis sendiri
mengenangkan syahidnya dirimu
Faris Audah
kerana keyakinanmu
menyemai benih Hasan al-Banna

Suasana dingin yang tenang
hilang keindahannya , direntap
peluru itu membunuhmu !
dari udara , tak terlihat
yang tinggal hanya kenanganmu
Essam al-Batsh , kau gagah
Sobhi al-Batsh , kau tidak menyerah
wahai dua bersaudara
dunia membunuhmu syuhada' !
tapi kau tetap hidup , mekar mewangi
dalam qalbu dan air mata
para pendamba syahid

Teruskan perjuanganmu Palestina
Jangan Pernah Mengalah ! see more >>


No comments: