♥ King and Queen :

Showing posts with label Klik Sini.. Show all posts
Showing posts with label Klik Sini.. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

eBR1M2.0 : Pemohon 21 tahun ke atas sila ambil perhatian. [PENTING]

Salam Ukhwah Blogger,

Semua pun dah tau kan hari nie LHDN dah start agih manual form BR1M2.0? Mana yang 24jam kerja ngadap PC/Laptop tu silalah buat permohonan secara online kat sini ya --> eBR1M2.0 Kalau tak tau macam mana nak isi sangat-sangat dialukan korang rujuk sini dulu --> Panduan Sistem Talian jangan jadi macam kita! Nyesal tak sudah =.='

Bukan main excited sebab dah jumpa website online, tangan nie kemain laju dok submit tanpa fikir panjang cehh. Rupa-rupanya salah! Dah laa mohon online cuma boleh sekali je huwaaa.

PENTING UTK PEMOHON BR1M (RM250).

  •  Borang sama macam pemohon RM500. So jangan keliru. 
  • Pemohon yang belajar  tak layak memohon.
  • Dah habis belajar tapi still TAK KERJA dan TIADA TANGGUNGAN sahaja yang layak.
  • Juga PEKERJA yang TIADA TANGGUNGAN sahaja yang layak. *ini penting waktu isi borang online
  • Dekat ruangan TANGGUNGAN kita kena letak '0' tau ingat !! Sebab kelayakan RM250 memang tak dibenarkan ada tanggungan.
  • Kalau SALAH ?? Anda dipersilakan menapak ke mana-mana cawangan LHDN berhampiran utk kemas kini, online tak kan layan sebarang pembetulan. ( macam saya ! herghh T_T )

#Siapa yang salah isi tu, cawangan LHDN area lembah kelang berdekatan dengan WANGSAWALK WangsaMaju >,< Kbye ~