♥ King and Queen :

Thursday, December 1, 2011

Khamis Spontan : Baru berkahwin, Zahiril buat Shera menangis !


“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan 
agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”



Karya Asal : Zahiril.

5 comments:

MARIA LIZA said...

Wah so sweet..Touching juge...

αяfaekα αямαɴd said...

kann.. iskhh puitis sungguh zahiril ni.. bertuah shera :)

BeloG MTT said...

Sangat frusted sebab tak dapat gi wedding dorang kat Ipoh tuh sebab banyak sangat kenduri date tuh.. Belah Zahiril tak boleh pergi sebab tak dapat invitation :P

αяfaekα αямαɴd said...

Wahh maknanya eyra dpt invitation belah shera lah? Iskhh rugi nya MTT .. dorang sumpah secocok ^_^

#psst psst! MTT bila lagi ;))

soniacamili said...

wah..seronoknya kalau dpt dibacakan puisi mcm nie..;))