♥ King and Queen :
Tuesday, December 6, 2011
Semua blogger kaki copy/paste cerita, tampal buat entri !!!
Copy segala gossip then tempek buat entri. Bubuh sikit title gempak tebaboom biar orang klik. Ramai gak blogger otai kasi tip tu. Pastu dalam diam mana mana blogger & pelawat misteri pon maki seranah korang dalam hati. Kalau 44 orang yang seranah korang dalam hati acane? Tak pasal pasal =.=' Tapi tip tu cool. Tau tau jea pelawat dah beribu. Tapi button comment & follow dorang buat buat tak nampak. Sakit hati tak? Aku tak ;D Haha! Sebab tu lumrah ber-blog. Kalau nak komen mencanak gila babs pegi buat vlog okaiii. (tau ada yang tak setuju ;p)
Okay okay. Ada sorang akak nie dok jadi sweet stalker kat tempat aku. Al-maklumlah opis kan? Sesi tenggek menenggek memang dah jadi sebahagian dari hidup. Malas nak cakap banyak. Time free aku sure akan pergi blog walking. Ambik ilmu and tambah info dari blogger lain. Sekali si ahkak boleh pulak melancang kan mulut beliau. Tersembur sembur air liuq dia kat lappy aku nak mengutuk punya pasal. Mambang betul!
Dia kata blogger nie semua bukan ORI. Wahhh, mana akak tau dah 'check' ke? Dasyatt! ;p Bagi dia blogger punya cerita semua kopi pasta dari pemilik asal. Sampaikan blogger yang macam Lulu Caldina pon dia nak hangin sekali? Apa kes dah kau kak? Aku sure laa keje membidas segala hangin monsun dia kan. Bila aku cuba terangkan dia tetap nak anggap cerita cerita kat blog nie saja nak show off kat 1Malaysia setiap kenangan + peristiwa yang jadi kat sekeliling. Cuma blogger yang buat contest sahaja yang dia suka singgah katanya. (tapi meja aku tak ada contest pon kau kaki singgah gak kak macam mana? hiuhiuhiu) ^_^
Blogger nie bukan nya wartawan kak oii. Wartawan tu ada agenda dan rutin dorang. Ada 'lesen' lagi untuk terjah retis sana sini then bagi info kat korang. Tak kan laa blogger pon nak pergi harung camera sana sini dok jalan jalan kat kota raya cari gossip retis? Pastu balik buat blog? Ehh baik blogger tu apply jadi wartawan kak oii. Kalau cerita pasal artis barat @ dunia belah barat sana macam mana pulak blogger kita nak dapatkan yang ORI? Akak sponsor tiket dan penginapan okay tak?! Tak nak kan?!Haishhh... Contoh lulu caldina kan, kitorang semua suka blog dia sebab dia tak jemu jadi surat khabar segera buat pembaca. Setiap blog ada cerita tersendiri. Hak mutlak rakyat malaysia untuk persembahkan blog jenis apa yang dorang nak ahkak huii. Bila dia dah banyak bangkang aku assume dia nie mesti rajin layan blog tak pun pembaca misteri. Tak apa bagus jugak kan. Walaupun tak tau siapa tapi blogger tetap hargai kan kan :) akan tetapi rupa rupanya akak nie tak pernah dan tak pandai pon nak bukak bukak blog nie weii. Dia cuma memang suka nak menyampahkan diri dengan orang orang keliling. Aduyaiiii mambang tanahhh bethol !
#kau datang lagi meja aku memang aku swingggg kau kak haishhh !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment