♥ King and Queen :

Friday, December 30, 2011

Muhasabah Diri & Azam?

Salam Ukhwah...

dan salam Jumaat terakhir dalam kalender 2011. Kadang kadang sebelum tidur saja muhasabah diri. Kenang balik apa yang pernah terjadi @ baru terjadi. Ada yang buat kita senyum, ada yang buat kita meleleh kan? Pukul 3 pagi tadi baru mata meretikan diri untuk pejam. Tiba tiba teringat yang Jumaat terakhir dah pun sampai untuk penutup tirai tahun 2011. Alhamdulillah masih diberi peluang walaupun banyak lagi perkara & tanggungjawab yang belum mampu terlaksana sepanjang tahun ni. 

SARAT. Tahun yang sarat dengan ujian. Kadang kadang jatuh. Kadang kadang bangun. Belum berpeluang untuk hayati detik usia melangkah ke alam dewasa. Ada kemampuan, cuma belum ada peluang. TAHUN ini? Insya-Allah. Siapa yang tak nak sempurna? :) #SenyumItuSadaqah kata mama. 

AZAM. Satu perkataan yang selalu terjuih tiap kali masuk tahun baru. Status facebook,twitter,blog. Merata menulis tentang azam. Si penukang komen. Mencemuh, tergelak,memerli. Kenapa? Mungkin azam mereka pun tak pernah kesampaian. #GelakBuatDiriSendiri. Persoalannya, tahun baru saja? #TundingJariPadaDiriSendiri.

  1. Kenapa cara penulisan lain?  #ItulahAzam.
  2. Kenapa tajuk bertukar ringkas? #IanyaAzam.
  3. Kenapa entri menjadi random? #SedangBerazam.

No comments: