Semua pun dah tau kan hari nie LHDN dah start agih manual form BR1M2.0? Mana yang 24jam kerja ngadap PC/Laptop tu silalah buat permohonan secara online kat sini ya --> eBR1M2.0 Kalau tak tau macam mana nak isi sangat-sangat dialukan korang rujuk sini dulu --> Panduan Sistem Talian jangan jadi macam kita! Nyesal tak sudah =.='
Bukan main excited sebab dah jumpa website online, tangan nie kemain laju dok submit tanpa fikir panjang cehh. Rupa-rupanya salah! Dah laa mohon online cuma boleh sekali je huwaaa.
PENTING UTK PEMOHON BR1M (RM250).
- Borang sama macam pemohon RM500. So jangan keliru.
- Pemohon yang belajar tak layak memohon.
- Dah habis belajar tapi still TAK KERJA dan TIADA TANGGUNGAN sahaja yang layak.
- Juga PEKERJA yang TIADA TANGGUNGAN sahaja yang layak. *ini penting waktu isi borang online
- Dekat ruangan TANGGUNGAN kita kena letak '0' tau ingat !! Sebab kelayakan RM250 memang tak dibenarkan ada tanggungan.
- Kalau SALAH ?? Anda dipersilakan menapak ke mana-mana cawangan LHDN berhampiran utk kemas kini, online tak kan layan sebarang pembetulan. ( macam saya ! herghh T_T )
#Siapa yang salah isi tu, cawangan LHDN area lembah kelang berdekatan dengan WANGSAWALK WangsaMaju >,< Kbye ~
2 comments:
nasib baik adik ipar kila isi betul . fuh. kila tengok masa dia isi
eyka nie je yg cuai nau. excited sampai tak baca t&c T_T
Post a Comment