♥ King and Queen :

Friday, December 30, 2011

Blog @ Entri Unik Jadi Pilihan Mata.



Blog pilihan dalam tahun 2011. Blog padat dengan entri entri dan gambar gambar unik.
Kadang kala juga beri informasi yang aku tak pernah tau. Kenapa mereka? Dah cakap kan. 
Mereka unik :)


Juadah mata untuk tahun akan datang. Mungkin bakal menjadi 
blog unik buat mata ni menjelang 
tahun 2012? 

Muhasabah Diri & Azam?

Salam Ukhwah...

dan salam Jumaat terakhir dalam kalender 2011. Kadang kadang sebelum tidur saja muhasabah diri. Kenang balik apa yang pernah terjadi @ baru terjadi. Ada yang buat kita senyum, ada yang buat kita meleleh kan? Pukul 3 pagi tadi baru mata meretikan diri untuk pejam. Tiba tiba teringat yang Jumaat terakhir dah pun sampai untuk penutup tirai tahun 2011. Alhamdulillah masih diberi peluang walaupun banyak lagi perkara & tanggungjawab yang belum mampu terlaksana sepanjang tahun ni. 

SARAT. Tahun yang sarat dengan ujian. Kadang kadang jatuh. Kadang kadang bangun. Belum berpeluang untuk hayati detik usia melangkah ke alam dewasa. Ada kemampuan, cuma belum ada peluang. TAHUN ini? Insya-Allah. Siapa yang tak nak sempurna? :) #SenyumItuSadaqah kata mama. 

AZAM. Satu perkataan yang selalu terjuih tiap kali masuk tahun baru. Status facebook,twitter,blog. Merata menulis tentang azam. Si penukang komen. Mencemuh, tergelak,memerli. Kenapa? Mungkin azam mereka pun tak pernah kesampaian. #GelakBuatDiriSendiri. Persoalannya, tahun baru saja? #TundingJariPadaDiriSendiri.

  1. Kenapa cara penulisan lain?  #ItulahAzam.
  2. Kenapa tajuk bertukar ringkas? #IanyaAzam.
  3. Kenapa entri menjadi random? #SedangBerazam.

Wednesday, December 28, 2011

Kak Eyka : Masa masa masa !

Salam Ukhwah,

Rasa nak mengomel. Kerja dah takdak. Ngehngeh free! Beberapa hari je lagi nak masuk tahun baru kan? Umuq aku pun makin tua (iskhh) 23 tahun. Tua lettew! Target kahwin 23tahun tapi kelaut jugeks kuikui. Maybe dalam masa terdekat nie try 'ikat' dulu. Jeng jeng ^_^ insya-Allah ! 

Teringat al-kisah dua tiga hari nie. Act, nak masuk sebulan dah family aku duduk rumah nenek ibu (belah babah). Sebenarnya seronok. Dah lama tak rasa menghuni dekat 10orang dalam 1 rumah :) 21 Tahun hidup dengan nenek and ummie (adik babah) tetiba kena duduk sendiri dengan family sumpah kitorang sebenarnya masih kekok sampai sekarang ^_^ plus babah pun gedik sebenarnya sebab dah 46 tahun (kalau x silap) hidup bawah ketiak nenek huihui :D Ngade ! Sejak majlis kakak 9,10,11 dec 2011 hari tu kitorang masih berkampung kat rumah nenek Permai Jaya Ampang, jauh kan kampung aku ;) Pergi kerja dari sana sementara masih cuti sekolah. Dalam dua hari nie juga dok follow mama bawak adik pergi beli barang sekolah adik. Pilih punya pilih baru sedar yang adek dah nak masuk form 1? Cepatnya masa berlalu.. rasa macam baru je lagi dok mandikan dia, dodoi dia atas badan plus pukui pukui dia sebab degil ! =') Alhamdulillah abang dia pon tahun depan dah habis sekolah. Sekarang tinggal tanggung sekolah adek. Harap tahun nie terbuka lebih luas lagi pintu rezeki buat kami sekeluarga..Amin! 


Nie adek and mama. See dia budak lagi time nie.(Hey! rumah lama miseyu!)
Sekarang suara dah pecah, tinggi nak sama dah dengan Kak Eyka dia yang terbantot boyot nie ^_^
Keras kepala itu yang pasti herghh ! Tapi adek sakit dari kecik. Mungkin tak kronik dari luaran. Tapi bagi aku kronik bila fikirkan masa depan dia nanti ='( Adik ada Dyslexia. Daya pertuturan yang tak jelas (pelat) and tak mampu menyebut tiap perkataan tu dengan panjang. Tak ada minat dalam bidang penulisan tapi kreatif. Dia paling A+ kalau kita bagi dia apa apa gadget baru tanpa ajar macam mana nak guna. Sebaliknya dia yang akan ajar kita. Cettt! Sebenarnya kanak-kanak Dyslexia nie perlu didaftarkan kat sekolah khas. Cuma mesti ada persediaan kos yang banyak. Kalau tak,  takut sampai ke alam remaja/dewasa dorang akan kekal pelat and hyper active. Adek akak pandai.. Insya-Allah =')


Our sibling with bil. Kak Ezza dah kawin? Hehuu. Disebabkan kakak dah pun sampai seru maka aku terpaksa lajak kan sikit target nak kawin dalam 2 3 tahun nanti. Sebab adek pun baru nak masuk form 1 kan. Tak kan mama nak handle sorang sorang ye dak? Abang tak apa dia dah boleh kerja dulu dalam masa terdekat nie. Biar dia belajar erti penat cari duit, padan! :D Tengok gambar tu. Lepas kakak dah disunting. Tinggal bertiga je. Automatic laa aku jadi kakak sulung pula kan haishhh ~,~ then aku pulak disunting (ececehh) tinggal bujang berdua tu kan? Hadoiii pecah kepala mama handle 2 orang hero nanti =) Iskhh masa masa. Tak kenal penat kan? Dia tetap berjalan,berlari,merangkak, kuak lentang,gaya bebas ... dah dah ! (*o*)

#okaybai nak balik! Haiyebiu.

Pakatan Penculikkan Anak Cruise Terbongkar !


Baru keluar dekat kosmo pagi nie. Dah tersebar cerita puteri kesayangan Tom Cruise dan Katie Holmes akan diculik? Mana dapt info? Rekaan semata-mata dari  SCC ^_^ hiewhiew! Geram jea tengok si kecil nie kan. Kemain dewasa lagi permintaan. 

"Sebelum ini, Cruise dan Holmes juga dikhabarkan telah 
membelanjakan sebanyak RM410,000 untuk membeli hadiah 
Krismas yang diinginkan Suri iaitu seekor kuda poni, 
subang berlian dan gaun buat anak mereka 
yang hanya berusia lima tahun itu."

Tak cukup dengan tu apak dia booked lagi tempat khas meluncur ais dengan harga RM16,000 selama sebulan. Tempat tu akan ditutup dari kunjungan orang ramai. Maknot nya disitu, anak dia sahaja yang boleh dok luncur sorang sorang sampai tergolek dog pun takpaa ~,~' Tu la dia anak mat saleh dengan mek saleh nie kan. Kalau boleh gigi anak dorang tu dari kecik lagi nak salut emas kan. Hambik kau silau kemilau tak payah suluh ^_^ 


#Oh mama! Saya mahu kahwin, kahwin dengan siapa, kahwin dengan Tom Cruise :D

Tuesday, December 27, 2011

Segmen Kiz Garden : Bloglist X-change and Review Ur Blog.


Salam Ukhwah,

Lama tak join segmen blogger kan =) pasang surut lah mood and komitmen. Okay Kiz ajak xchange bloglist, jom! Korang asyik stay dengan bloglist yang dah berhabuk kan? Jom bertukar ! 


Haa.. segmen kedua! Cool kan dua segmen sekali gus mudah ^_^ Korang nak tak blog kena review? Klik link Kiz kat bawah nie untuk Join okay. Follow beliau dulu INI PAKSAAN dari SCC ! Kalau tak tikam dengan pencukil gigi ^_^ Kidding ! 


Follow Kiz disini : KIZ GARDEN

Thursday, December 22, 2011

9,10,11 December 2011 : Hari Keramat !

Salam Ukhwah,

Patutnya hari ni entri Khamis yang spontan kan? Sorry yerr mood nak membebel terlebih-lebih pulak pagi ni. 1st time rasa kahwin. Herkk.. tak! 1st time rasa kakak sendiri kahwin. Humak haihhh, tak sempat panas laa montot nie duduk dah kehulu hilir balik. Nasib baik rumah nenek tingkat 1 je kalau tingkat 5 memang kuross haku. (gila menipu ;p) Hey hey.. tapi kita kurang 2 kg tahu kakak kahwin punya pasal kehkeh. Kerja partime pon sampai laa ni tak pi .. adoyaiii ! Masih bermastautin kat rumah nenek & pergi kerja dari sini tahu?! Gara-gara rumah sendiri dah macam kapal pecah, tak lalu nak balik ^_^ Puan pengantin sila pulang ke rumah mama & babah join haku mengemassss ! Jom layan gambar :



 #Time nie laa aku rasa macam satu kehilangan huwaa :(


 #Purplelicious + Pinky !


#My bil & sister. Semoga bahagia ke akhir hayat kakak =')


 #Rahmati lah kehidupan mereka sebagai sepasang suami isteri Ya'Allah..Amin!

#Me & cousin yang menjadi 'orang kuat' hehehe ! Haiyebiu kakak :')


#Lepas ni turn mereka pula Si Darah Manes : Kak Girl & her fiance Abg Joe ^_^

Tuesday, December 20, 2011

Singgah Blog Gades nie. Korang akan dapat something. Hurry Up !


Klik header atas nie then follow. Korang akan dapat sesuatu yang nikmat!



Salam Ukhwah..

Wohoo! Lama SCC tak conteng blog kan? Ada pembaca ke? Herkk ^_^ Lama juga tak promote blog kan kan. Tak nak follow? Sokay, menziarahi sesama kita pun boleh tehehe. Sila sila lah cuci mata kat blog gades nie. Barangan dia cool ! Barangan apa? Meh klik SINI. Minat ? Comel kan rasa nak kunyah kunyah jea ^_^ Ambil laa satu buat koleksi. Setuju? Jom isi form kat SINI then bank in. DONE =)



#kepada yg dah follow, dapat tak 'something' tu? Pejam mata and rasa (-__-) Tahniah!! korang dpt PAHALA yaayyy ! 

Tuesday, December 6, 2011

Semua blogger kaki copy/paste cerita, tampal buat entri !!!



Copy segala gossip then tempek buat entri. Bubuh sikit title gempak tebaboom biar orang klik. Ramai gak blogger otai kasi tip tu. Pastu dalam diam mana mana blogger & pelawat misteri pon maki seranah korang dalam hati. Kalau 44 orang yang seranah korang dalam hati acane? Tak pasal pasal =.=' Tapi tip tu cool. Tau tau jea pelawat dah beribu. Tapi button comment & follow dorang buat buat tak nampak. Sakit hati tak? Aku tak ;D Haha!  Sebab tu lumrah ber-blog. Kalau nak komen mencanak gila babs pegi buat vlog okaiii. (tau ada yang tak setuju ;p)

Okay okay. Ada sorang akak nie dok jadi sweet stalker kat tempat aku. Al-maklumlah opis kan? Sesi tenggek menenggek memang dah jadi sebahagian dari hidup. Malas nak cakap banyak. Time free aku sure akan pergi blog walking. Ambik ilmu and tambah info dari blogger lain. Sekali si ahkak boleh pulak melancang kan mulut beliau. Tersembur sembur air liuq dia kat lappy aku nak mengutuk punya pasal. Mambang betul!

Dia kata blogger nie semua bukan ORI. Wahhh, mana akak tau dah 'check' ke? Dasyatt! ;p Bagi dia blogger punya cerita semua kopi pasta dari pemilik asal. Sampaikan blogger yang macam Lulu Caldina pon dia nak hangin sekali? Apa kes dah kau kak? Aku sure laa keje membidas segala hangin monsun dia kan. Bila aku cuba terangkan dia tetap nak anggap cerita cerita kat blog nie saja nak show off kat 1Malaysia setiap kenangan + peristiwa yang jadi kat sekeliling. Cuma blogger yang buat contest sahaja yang dia suka singgah katanya. (tapi meja aku tak ada contest pon kau kaki singgah gak kak macam mana? hiuhiuhiu) ^_^

Blogger nie bukan nya wartawan kak oii. Wartawan tu ada agenda dan rutin dorang. Ada 'lesen' lagi untuk terjah retis sana sini then bagi info kat korang. Tak kan laa blogger pon nak pergi harung camera sana sini dok jalan jalan kat kota raya cari gossip retis? Pastu balik buat blog? Ehh baik blogger tu apply jadi wartawan kak oii. Kalau cerita pasal artis barat @ dunia belah barat sana macam mana pulak blogger kita nak dapatkan yang ORI? Akak sponsor tiket dan penginapan okay tak?! Tak nak kan?!Haishhh... Contoh lulu caldina kan, kitorang semua suka blog dia sebab dia tak jemu jadi surat khabar segera buat pembaca. Setiap blog ada cerita tersendiri. Hak mutlak rakyat malaysia untuk persembahkan blog jenis apa yang dorang nak ahkak huii. Bila dia dah banyak bangkang aku assume dia nie mesti rajin layan blog tak pun pembaca misteri. Tak apa bagus jugak kan. Walaupun tak tau siapa tapi blogger tetap hargai kan kan :) akan tetapi rupa rupanya akak nie tak pernah dan tak pandai pon nak bukak bukak blog nie weii. Dia cuma memang suka nak menyampahkan diri dengan orang orang keliling. Aduyaiiii mambang tanahhh bethol !


#kau datang lagi meja aku memang aku swingggg kau kak haishhh !

Friday, December 2, 2011

"..Yang penting saya ngak berzina sama orang, Saya berzina sama ANAK SENDIRI.."


Play dan dengar betul betul setiap butir bicara dua beranak dalam vid nie ... Subhanallah !


Salam Ukhwah & Salam Jumaat ...

Buka fb terus ter-view link nie dari status kawan. Paling malas nak play link video kalau kat fb tu. Tapi tadi rasa macam menarik. Sekali klik play....GULPPP (+_+) Kau MAK ke MANGKUK??? Tak tak bukan nak ajak mengutuk @ mengkeji. Cuma pemberitahuan, tak salah kan sharing?? Nak fikirkan dua beranak tu terang-terang lah dah salah. Tapi program tu macam mana pula? Kenapa tak terus rujuk je dorang kat jabatan agama islam indonesia ek? Mak dia ada sebut 'alhamdulillah' kan. Maknanya dorang muslim. Tak rasa jijik ke? Dunia... Dunia... ='(


#berpandukan statement anak dia macam paksa rela kan? Entahlah ... vid tu pon tahun 2009 hurmm.

Thursday, December 1, 2011

Khamis Spontan : Baru berkahwin, Zahiril buat Shera menangis !


“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan 
agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”



Karya Asal : Zahiril.

Kenapa Majoriti tak suka layan cerita MELAYU kat panggung??


Twilight : Breaking Dawn

Ombak Rindu

Salam Ukhwah,

Selamat datang DISEMBER !!! Please be nice to me sayang sebab bulan nie jugak paling banyak panca roba. (kemahin!) Tahu tak sepanjang bulan Januari sampai Disember 2011 nie merupakan tahun dimana kaki nie boleh dikira beberapa kali je jejak panggung :( sadiss ! Walhal kemain peberat tengok wayang tau! Banyak gila cerita yang ketinggalan huwaa! Macam aku, aku jenis yang suka rasa kehangatan saat saat pertama kali movie tersebut ditayangkan. Baru laa bestt! Lepas nak repeat sejuta kali pon lantak kau lah labuu. Apa cerita pon tak kesah asalkan dapat jadi salah satu daripada penonton pertama yang layan movie tu wewewe ^_^ 

Okay movie yang tengah hangat kat panggung sekarang nie sure lah Twilight : Breaking Dawn kann ;D sana sini dok nanah telinga dengar orang bercerita! Hati nie macam kena cocok jarum tahu cehh! Still tak dapat lagi tengok :( hari nie pulak Ombak Rindu mula menemui penonton dipawagam wohooo! Jugakkk tak dapat tengok! :( memang laa boleh tengok hari lain, tapi aku tak sukaaa tengok lambat-lambat -__- ! 

Kenapa orang melayu tak suka cerita melayu?

Tidak, mereka bukan tak suka. Tak kan lah sadis sangat kepala hotak dorang tu sampai tak support langsung cerita sendiri kan? Cuma ada segelintir orang yang berpendapat. Sakit hati dengan cerita melayu, bukan sebab jalan cerita tapi sebab masa tayangan nya. Kalau hari nie keluar panggung, esok lusa dah keluar tv puleks. Tak pun raya sure akan ditayangan. So, dorang rasa membazir dorang tengok sedangkan harga tiket sama je dengan cerita omputeh yang ditayang di negara kita nie. Nak pulak sejak Astro First dah ada nie. Ada jugak segelintir penggiat seni yang boikot dengan astro sebab adakan channel tu. Contoh artis pertama yang bantah : Erma Fatima. 

Ada jugak yang cakap filem melayu nie karut marut lah. Tiru cerita luar la. Banyak adaptasi la. Bukan senang nak puaskan hati semua orang kan? Lumrah hidup, selagi wujudnya kotak suara & kotak fikiran maka tak kan putuskan pelbagai komen dan cemuhan. Nampak Taylor and Robert semua menjerit bagai nak gila. (termasuk haku letew! kacak kan mereka ;p) Ce tetiba terserempak Rosnah Mat Aris ngan Jaafar Onn tu korang jerit gak mcm orang kena histeria mampu?? hiuhiuhiu ^_^ Jahat la kau mokk ! Aku tak kesah apa cerita pon, melayu ke, omputeh ke, thailand ke .. aku sebatt je ;p cuma cerita tamil dengan cina selama 22tahun nie nie belom penah laa tengok kat wayangg yaa.. Mahapp Rajagopal & Ong Kim Swee ^_^ 



#Masa tolonglah jgn mencemburui saya :( nak tengok dua cerita kat atas nun !!!!