♥ King and Queen :

Friday, May 16, 2014

Simptom-simptom orang KENA kahwin.

Assalamualiakum.

4 hari lagi aku ganjak setahun lagi umur iaitu 25 tahun (motif bagitau?) Target nak kahwin nampak gayanya insha-Allah tercapai lah kut kan (takut hoi) Kalau tak ada aral dalam 7 bulan lagi tarikh keramat tu alahaiiiii. Dulu masa target nak kahwin kemain geletis, confident amboi je kau! Bila dah tunang makin dekat tarikh baru padan muka. Tapi memang perasan sejak dua tiga bulan nie baru aku macam pelik-pelik je perangai. Tiap kali renew internet data (ahkak guna prepaid je deknon tak mampo!) mesti tak sampai masanya quota habis. Bukan main galak dok browsing website kad kawen lah, blog busana pengantin lah, insta servis pelamin, hantaran, makeup bla bla bla. Otak dok kalut tiap bulan. Dah start dah simptom bakal pengantin. Scroll pelamin suka, tengok design cecomel senyom sampai telinga, lepas tu tengok quotation terbeliak bijik mata, kira-kira budget berlinang ayor mataaaa! Bapak la wei cost semua makin biadap harganya. Kesian bakal-bakal pengantin. Masuk 2015 memang menanah lah korang nak ngumpul. *sobs*

Runsing dengan diri sendiri sebab hari-hari naik train pegi kerja, mesti wajib bukak instagram Wedding Bulb. Kita suka sangat sangat sangat design pelamin dia. Banyak putih. Macam nak nangis tengok. Wishlist aku untuk tahun nie memang banyak ke arah persiapan perkahwinan lah gamaknya. Baru tadi berani email wedding bulb tanya quotation pelamin dewan dia. Tawakal je lah dengan harga yg bakal dibalasnya nanti oi. 

WISHLIST 2014  

Klik gambar atas nie untuk ke Blog Wedding Bulb 


Pelamin nombor 1 nie palingggg aku nak sebab sesuai dengan dewan yg di booking. 


Yang nie klasik kan? Cantik kan? Okay nangis!


Yang nie macam ala-ala persandingan tepi pantai. Cantekk jugak!!


Tiga nie je tiga jeeee yg kita teringin sangat. Kalau sesapa yg datang wedding aku nanti tetiba nampak pelamin lain daripada yg ini al-maklum lah itu maknanya hajat tak kesampaian. Makanya simpan angan-angan kau dalam kelambu lah moks. Engkorang doa-doakan lah tunang kita tetiba dapat durian runtoh ke, family members kita bagi kutipan dana beribu ke, kita naik gaji ke.. hehe amin! Even aku tau semua ini tergolong dalam 'keinginan' dan bukan 'keperluan' tapi kasi chance la si gemok nie pasang angan-angan kan mana la tahu Allah swt setuju Dia makbulkan pula ya dak..hehe amin ramai-ramai. 

Semoga terlaksana majlis kami dengan sempurna.. Insha-Allah~ 


2 comments:

Hafizin Jamil said...

moga semuanya berjalan lancar dalam meniti hari menuju alam rumah tangga. :)

αяfaekα αямαɴd said...

@Hafizin Jamil Thanks.. insha-Allah doakan ya.. Amin :)