♥ King and Queen :

Friday, November 23, 2012

Tak Perlu Dipersoalkan. Tak Perlu Berdebat.



Salam Ukhwah & Salam Jumaat Blogger,

Isu terkini. Semua pun tahu. Semua pun baca, tatap, tonton dan dengar tentang keganasan itu. Kesedihan itu. Rintihan itu. Sebagai saudara seagama. Kita paham apa itu jihad, apa itu syurga, apa itu pengorbanan. Jiwa islam, ke arah barat mana pun pemakaian, cara hidup dan tingkah laku. Tak kan lari dari sejenis perasaan yang satu tu. Perasaan belas kasihan umat Muhammad s.a.w tak kan mampu ditandingi kaum lain. Akuilah.. utk apa hidup dengan cara barat kalau hati kita masih penuh dengan kasih sayang sesama kita?

Ada yg menentang segelintir kawan-kawan mereka yg asyik bercakap tentang kesedihan mereka berkenaan GAZA. Tak kurang juga yang perlekeh sesama sendiri bila berbicara mengenai keprihatinan mereka tentang anak-anak Palestin. Ya, kami salah kerana masih tidak bertudung. Tapi tak layak ke utk mereka meluahkan rasa belas kasihan tu? Siapa kamu utk menghukum?!! Berdo'a lah... sememangnya hanya itu yg mampu kita sedeqahkan dalam setiap rakaat kita. Tak perlu dipersoal tak perlu berdebat. Pandanglah langit, mata-mata anak kecil tu amat menharapkan do'a kita.. do'a kalian..

Adik, 
Sesungguh sakit yang adik tanggung terlalu sakit utk di tatap,
Air mata adik jadi kekuatan kami disini utk perkukuhkan lagi do'a kami,
Bertahanlah adik.. Bertahanlah saudara seagamaku... #Do'a  #PrayFor Gaza

Sesiapa yang sibuk dok berdebat tentang macam mana dan bila bermulanya kekejaman Israel laknatullah tu boleh klik SINI utk malumat lanjut, sejarah, cara menderma dan macam-macam info tentang AMAN PALESTIN. 



Petikan dari page Aman Palestin : 

JANGAN MENYERAH PALESTINA


Sepi
tiba-tiba berdentum dan
tangisan mengalir
di celah-celah rekahan
menitis
di selitan dedaun kering
teriakan
pecah bertaburan

Menyala semangatmu
Langsung Tiada Gentar !

Walau darah merah pantas membuak
walau remuk redam hati dihimpit kebinasaan
walau letupan menerpa tak menentu
engkau tetap di situ
tiada berganjak , tiada beralih
bangkit sebagai pejuang Islam
bangkit !

Aku terlalu merinduimu wahai syabab
engkau teguh melawan rejim laknatullah
dengan hanya berbekalkan
seketul batu
lemparan itu membawa sejuta makna
kental sungguh dirimu
aku terkesima , menangis sendiri
mengenangkan syahidnya dirimu
Faris Audah
kerana keyakinanmu
menyemai benih Hasan al-Banna

Suasana dingin yang tenang
hilang keindahannya , direntap
peluru itu membunuhmu !
dari udara , tak terlihat
yang tinggal hanya kenanganmu
Essam al-Batsh , kau gagah
Sobhi al-Batsh , kau tidak menyerah
wahai dua bersaudara
dunia membunuhmu syuhada' !
tapi kau tetap hidup , mekar mewangi
dalam qalbu dan air mata
para pendamba syahid

Teruskan perjuanganmu Palestina
Jangan Pernah Mengalah ! see more >>


Thursday, November 8, 2012

eBR1M2.0 : Pemohon 21 tahun ke atas sila ambil perhatian. [PENTING]

Salam Ukhwah Blogger,

Semua pun dah tau kan hari nie LHDN dah start agih manual form BR1M2.0? Mana yang 24jam kerja ngadap PC/Laptop tu silalah buat permohonan secara online kat sini ya --> eBR1M2.0 Kalau tak tau macam mana nak isi sangat-sangat dialukan korang rujuk sini dulu --> Panduan Sistem Talian jangan jadi macam kita! Nyesal tak sudah =.='

Bukan main excited sebab dah jumpa website online, tangan nie kemain laju dok submit tanpa fikir panjang cehh. Rupa-rupanya salah! Dah laa mohon online cuma boleh sekali je huwaaa.

PENTING UTK PEMOHON BR1M (RM250).

  •  Borang sama macam pemohon RM500. So jangan keliru. 
  • Pemohon yang belajar  tak layak memohon.
  • Dah habis belajar tapi still TAK KERJA dan TIADA TANGGUNGAN sahaja yang layak.
  • Juga PEKERJA yang TIADA TANGGUNGAN sahaja yang layak. *ini penting waktu isi borang online
  • Dekat ruangan TANGGUNGAN kita kena letak '0' tau ingat !! Sebab kelayakan RM250 memang tak dibenarkan ada tanggungan.
  • Kalau SALAH ?? Anda dipersilakan menapak ke mana-mana cawangan LHDN berhampiran utk kemas kini, online tak kan layan sebarang pembetulan. ( macam saya ! herghh T_T )

#Siapa yang salah isi tu, cawangan LHDN area lembah kelang berdekatan dengan WANGSAWALK WangsaMaju >,< Kbye ~


Monday, November 5, 2012

Malay Baked Chili Cheese Fries | Thank You Hanis Zalikha.

Salam Ukhwah Blogger !

Gila lama tak update blog. Weekend hari tu spend time with Ummie and Nenda. Packing baju bawak diri pi rumah nenek. Layan nenek tengok astro record dia. Bukan main terror lagi Kak Jem dok record sana sini. Habis semua sinetron dia record and to be honest aku sendiri pon haram jadah tak reti nak tekan remote tu utk belajar record drama tau cehh. Banyak nya perkataan 'record' =.='

Lepas setengah hari teman Ummie cari kain area KL, semua jadi pening nak masak apa utk tedarah. Mata dah juleng dok belek kain sampai nak makan pon hilang idea. Tetiba tekak macam teringin nak try resepi Hanis Zalikha jejengggg >,< !

(click title atas nie utk original resepi)

BEFORE

AFTER

*Hanis pinjam gambar kejap yerr >,<


Malay Baked Chili Cheese Fries versi EYKA

BEFORE
AFTER

Serious sedappp! Yang sambal tengah tu kalau korang pakar tumis-tumis nie lagi lah ohsem. Eyka tak berapa pakar nak menumis takut cili tak masak. So, cara mudah Eyka cuma letak Spaghetti Sos haha. Pemalas punya gemok :D Hidangan nie kalau utk breakfast macam berat sangat kot tak? So sesuai jugak utk minum petang sambil borak-borak gosip-gosip dengan family and friend kat laman kosong yg disertai dengan deruan air terjun buatan serta.... dah mok dah nampak nau menipu! Tapi best la memang best. Fyi, cousin dengan auntie kita ngapp sampai licinnnn. Kbye~