♥ King and Queen :

Tuesday, February 21, 2012

Rindu dicintai kaum sejenis. Tak salah.



Kenapa kerut dahi? Kerut seribu. Macam nenek tua. Baca dulu isinya. Jangan terlalu cepat menilai. Betul kan? Tak salah andai mahu dicintai kaum sejenis. Tapi sebelum tu mesti cintakan yang SATU dulu. Barulah tenang. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. 

Dah dua bulan. Hati sayu. Kosong tanpa kaum sejenis. Dulu, kisah dulu. Hidup sentiasa di kelilingi kaum sejenis. Rindu tahu! Rindu nak dicintai lagi. Oleh kaum sejenis. Sekarang? Aku pilih untuk diam. Kurungkan diri jauh dari mereka. Bukan sebab baru tahu dosa, bukan! Tak ada dosanya aku cintakan mereka. Sebab mereka terdiri daripada kaum sejenis dengan aku. Semuanya perempuan, yang aku gelar kawan :') 

Juga sudah dua bulan. Aku jarang berpelukan dengan kaum sejenis ku. Jarang berkucup pipi macam selalu. Jarang bergurau senda. Jarang bergaduh. Sekali dapat jumpa. Aku terkam dia erat! Tak nak lepas lagi. Sebab penat rindu, juga tak nak hilang rasa cinta pada wanita sejenis aku tu. Masih tak malu mengaku yang aku kuat cintakan wanita itu. Tiap kali pejam, wanita tu aku rindu. Wanita tu juga yang berjaya buat aku menangis dalam tidur. Cinta kami hebat kan? Kepada wanita itu : I Love You Mama! :') 


#Buat kaum sejenis ku. Aku menyepi sebab perlukan ruang. (The Gundiks & Mama)

2 comments:

S.A.M said...

rindu nk terkam kaum sejenis jugak! trehehe

Jemput join...Jom Exchange Bloglist Dengan BLOG RILEK-RILEK
--> http://rilekrilek.blogspot.com/2012/02/jom-exchange-bloglist-dengan-blog-rilek.html

αяfaekα αямαɴd said...

Haha. Thanks singgah. Kejap lagi Eyka terjah awak ya :)