Salam Ukhwah. Gambar atas suasana sepanjang Kursus Pra Perkahwinan berlangsung. Macam biasa package selama dua hari. Tempat yang aku ambil betul-betul berhadapan dengan Wangsa Walk. Satu building dengan Tutti frutti, atau korang boleh search facebook dorang ASTANA MUKMIN.
Alhamdulillah selesai jugak tempoh kursus nie. Mula-mula bukan main nak berdebar dah macam nak akad nikah pulak kan. Bila dah jejak sana dan tahu isi kandungan modul barulah hilang nervous hehe. Perkara pertama yang berlegar dalam kepala, MENGANTUK. Sebab biasanya benda-benda yang berhubung kait dengan ceramah orang akan kata mengantuk. Tapi alhamdulillah sepanjang 2hari kursus Ustaz, Ustazah dan Penceramah yang hadir sangat best sampai nak lelap pun rasa sayang. Setengah orang mugkin berdaftar dengan tempat kursus yang kurang ceria @ suram. Nasib baik tak salah pilih tempat.
JengJeng! Target aku nak habis mentelaah buku nie sampai hari aku di nikahkan. Alololo. Gerbang perkahwinan. Seriau je kan? Macam-macam benda main dalam kepala. Lagi-lagi bab duit dan apa akan jadi lepas nikah. Sebab tulah kursus pra perkahwinan nie diawujudkan. Lepas dengar segalanya baru laa paham macam mana nak faham sikap pasangan, apa perlu buat, macam mana nak tangani dan apa itu kebahagiaan. Tipulah kalau tak terbuka hati sorang perempuan untuk cepat dijadikan isteri bila dah dengar Modul Pra Perkahwinan nie kan. Harap-harap segala yang dirancang terlaksana hendaknya Insya-Allah.
Eheee. Semangat catat kan. Haha. Persediaan laa iskhh. Memandangkan EncikBie dah 6 tahun lepas pergi Kursus Nikah Kahwin (KNK) nie sebab kena teman abang dia maka hampa laa harapan aku kan. Nasib baik ummie (aunty) akan datang nie pun memang nak kahwin so ada la kawan. Nota kecil harus dicatit sebab cek abang tu confirm ingat-ingat lupa kursus yang dia ikut dulu. Potensi lelaki lebih mudah lupa daripada perempuan adalah sangat tinggi ya kaum Adam haa. Macam-macam ragam pasangan pun ada kan.
Korang even ada yang lambat lagi nak dirikan masjid tu better pergi je ambil kursus awal-awal. Sebab rasanya menjelang tahun baru nie Modul baru akan dikenalkan. Tempoh kursus pun makin lama la gamaknya. Yang penting sempurnakan dua hari kursus dengan kedatangan yang cantik barulah dorang akan sign sijil kursus untuk korang. Kalau attitude zero, kedatangan teruk dorang ada hak untuk takmo sign sijil korang tahu? Selamat Bertunang & Selamat Pengantin Baru kepada sesiapa yang baru nak mulakan hidup baru ya :) Rasulullah s.a.w bersabda : "nikahlah kamu kerana itu adalah Sunnah ku.."