♥ King and Queen :

Thursday, January 12, 2012

Gangster ? Nak kemana?



AMARAN : Bahasa yang digunakan agak ter-gangster yea sebab nak amik mood nie kehkeh :D
(Tak buleh belah!)


Rangggg ! Apa tu? Tu je perasaan yang dapat digambarkan sebelum entri diteruskan. Motip gambar? Contoh lah hishh! Tak kan nak pergi snap gambar orang tengah gaduh then tempek kat entri halah. Amenda 'bahasa ter-gangster' ?? Nampak cikgu BM kena piat telinga. Tergerak nak buat entri pasal gejala nie. 

Pajak Nama : Apa DOE (boboi ajar) abang kawasan? Kalau ikut kefahaman aku. Abang kawasan tu pak guard yang jaga keselamatan kat kawasan perumahan. Tu kefahaman aku laa. Kefahaman korang kalau nak terpesong ke terherong ke lantak pi laa. Bukan apa, aku ada dengar budak budak belasan tahun bila gaduh suka nau dok pajak nama tu. Dah macam keramat pulak bila nama tu diseru, dengar dek abang-abang tu tak ke naya korang dek. Korang suka suka jea gertak orang dengan nama-nama aneh tu kan? Disebabkan gelaran-gelaran aneh tu laa wujudnya macam-macam gejala. Kalau yg ikut landasan yang betul sokay la, alhamdulillah. Tapi yang budak budak tu, mana ada yang betul kan?! Dunia dunia... 

Gangster : Setting muka ala-ala bengis macam kobis. Rantai and gelang gedabak dok gantung sana sini. Tatto penuh dah macam lukisan kat balai seni lukis :D nak nak yang parut bersepah tu. Ayooo abam manyak horror la muka kasi senyum sikit? Haa Hensem pon! ^_^ setting muka bengis then buat suara ala-ala buragas? Nak pegi mana lagak macam tu? Boleh jamin masuk syurga tak? Trololo hiewhiew ~,~ Sampaikan dengan orang tua pun kau dok guna bahasa kurang ajar kau tu apesal bang? Nak gangster lantak laa tapi bila dengan org tua (tak kira siapa) tu buat la muka kiut, suara kiut macam Justin Bieber :D (Choiiii) 

Ilmu pertahankan diri : Daddy hantar pegi kelas silat,tae kwan do, tomoi untuk apa? Supaya dah besar boleh join gangster eh? Guna ilmu yang ada utk belasah org suka suka macam Malaysia tak ada law? Macam tu? Dengar dek daddy korang mampos kena sumbat masuk peti ais! Tak payah DOE gangster bagai. Bentak-bentak bila bercakap, macam masa sekolah cikgu tak ajar bab nilai murni kan? Takmo macam tu okay! Boboi budak baik kan? >,< 

Kesimpulan : Cuba pergi selongkar album lama korang. Carik sekeping gambar korang masa baby ke umur setahun dua ke. Tenung gambar tu jap. Focus kat mata yg bulat bersinar tu, jari jemari kecik molek yg bersih tu, senyum leret dengan bibir mungil tu. Comel kan baby tu.. itu kan kita =') Yang tengah suci bersih lagi, kalau ditakdirkan mati pun jaminan kita Syurga Allah s.w.t masa tu kan? Subhanallah.. Pernah tak terpikir baby comel yang dalam gambar tu akan membesar macam apa yang kita jadi sekarang? #ditujukanuntukdirisendirijugak. Aku pun sayu jea bila tengok muka sendiri masa kecit-kecit dulu tau :'D Jom kita sama-sama berubah.. Insya-Allah :) 

1 comment:

harith said...

pelik ke klau ak tak suke kl gangster -.-