♥ King and Queen :

Tuesday, January 31, 2012

Things we do during the school year. LADIES !

Sekolah Menengah Taman Keramat (SMART) 2002 - 2006
-korang sekolah mana? 

1 Harmoni. 2 Ehsan. 3 Ehsan. 4 Fikrah. 5 Fikrah.
-Ingat tak kelas korang?

Ting.4 & 5 Kos : Kelas MPV (Mata Pelajaran Vokasional)
-Korang kos apa? Sure gempak kan?


Haa. Mula la dok kais-kais ingatan yang dah berkerak tu kan. Pernah dulu seorang Cikgu tegur aku kat shopping complex. Sumpah aku lupa gila cikgu tu. Selalunya guru yg lupa anak murid? Herkk! Bila dengar dia refresh balik zaman dia mengajar aku dulu. Ding Dong! Ter-majal* kejap. Sebab yang dia dok ingatkan tu sure la perkara-perkara negatif yg telah haku lakukan dulu. Kalau tak masakan cikgu tu tak boleh lupa sampai ke sudah muka donut aku ~,~' teringat cikgu tu cakap. Murid-murid rajin/baik jarang ingat apa yg mereka lalui masa sekolah. Tapi murid-murid nakal nie memang tak kan pernah lupa apa yg mereka lakukan. Termasuk dok bagi kenangan pahit hempedu, bagi Cikgu kenang sampai bila-bila muka sorang-sorang :D Macam biasa bila Cikgu sebut satu-satu tatasusila yang tak berapa best tentang diri kita dulu sure kita rasa terharu kan :') Tapi jawapan retis yang terpacul dari mulut aku : "Eh..err yeke cikgu. Saya buat mcm tu eh.." - blushing + cover line depan boyfie! Halahhh... 

*Majal/Malu - ayat zaman sekolah. Asal dari mana perkataan nie. Sumpah aku tak tau! 

Okay jom refresh balik kenangan kita ladies! Zaman form 1 tudung still labuh. Tutup bahu giteww. Mama tengok sujud syukur tahu. Form 2 konon ikut peredaran zaman. Tudung dah singkat sikit. Kain pon macam sekolah dilanda banjir. Nauzubillah malu bila ingat ~,~' Jahiliah! Dari kasut Pallas up ke North Star. Ikat tali kasut lilit kat batang kaki. Macam apa? Macam suku kaum sakaiii. Adoyaiii. Naik Form 3 dah berani teging-teging suara bila berborak. Kiranya saja nak kasi satu sekolah tahu. Arahan sekolah suruh pakai tudung tutup dada. Ini tak tudung kemahin pendek sampai tersembol leher belakang. Jahiliah lagi! Undang-undang mesti pakai simis (lama tak sebut simis hiewhiew) sebab baju putih kan takut nampak tettt tott tutt! Tapi langsung tak pakai. Lagi pakai bra colour-colour ada la. Bila budak laki usik. Main tali gitar. Nangis naik bilik Ustaz/disiplin. Ngadu kena ngorat! Cehhh. Tampo nak? (Haa, yang tang bra colour-colour tu bukan hamba!) After assembly confirm ada spot-check. Biasanya kuku panjang, tudung, anak tudung, telefon bimbit  & stokin jadi sasaran. Tapi hamba bijak. Hamba dengan geng geng pergi beratur kat barisan yang geng sendiri jaga (pengawas berkomplot haha!) so lepas! Yeahhh. Time rehat suka kelepet hujung tudung belah atas. Tak pun tiup-tiup tudung bagi tegak sebab panas. Tabiat paling aku suka buat, kemana saja pergi dok selit pensil tekan pilot shake kat tepi tudung. Buat macam mic. Motif apa pun aku tak pasti?? Bila dah penat tawaf satu sekolah muka naik minyak. Ambil helaian belakang tudung lap muka kasi gebu balik haha, yang nie pon kegemaran. Pernah dulu aku salahkan mama bila perangai tak serupa orang. Marah gila kenapa mama dgn babah tak masukan sekolah private @ swasta. Hahahahaa kau ingat kau anak Raja ! Swasta ke kerajaan ke kalau kepala hotak tak asah kasi geliga tak guna juga kan? 

#Tiap kali koko mesti dok lepak kedai Hunter yang mulut jahat tu. Sekolah korang takdek kan Kedai Hunter? Hahaha :D 

Monday, January 30, 2012

Official Facebook [NO] Official Page [YES] Jom Tolong !


Okay dulu memang dah lama ada page sendiri untuk blog kudus nie. Tapi terfikir macam nak hapuskan acc facebook yang sedia ada. Maksudnya disitu, dah tak ada personal acc fb SCC. Cukup sekadar page la kot ek? Kenapa? Terlalu banyak propaganda hiewhiew ~,~' ! Maybe kalau ada pun private untuk family. (Dush!) Ada gaya tokoh yang disegani tak? Rasa nak lempang kan :D Tapi serius laa, memang malas dah. Cukup dengan twitter ek? Insya-Allah :) Maka terciptalah page baru utk su kudus nie yerr. Nampak tak kotak merah nun? Sila-sila la LIKE ya kat side bar sebelah nun. Tak jauh pun kan. Jeling belah kanan tu sikit pastu klik! Kalau rasa nak tambah pahala klik la tiga-tiga botton (wehuuu ~,~) Bagi peluang utk SCC tumpukan perhatian dalam blogging tak salah kan? 1 LIKE tanda sokongan korang, especially blogger :)  

Friday, January 27, 2012

Blog Kemas. Widget Kurang dan Tidak Berat? Join Contest nie Jom!


Pemilik Contest : Cerita Aimi 

Blog korang berat tak? Senang buka kan? Tak loading kan? KEMAS tak?
Cukup syarat diatas? Jom klik SINI. Contest cool! Hadiah terlebih cool!
Jom skodeng hadiah dia kat SINI pulak (0,o) 
Best kan? Join la reramai kasi pecahhh contest tu ^_^

#Eh eh feeling feeling blog KEMAS puleks demok nie ~,~"

Thursday, January 26, 2012

Ringkas.

Selipar. Langkah. Hati-hati.
Mulut. Bercakap. Hati-hati.


Tengahari itu. Penghawa dingin kurang sejuk. Tambah bahang panas dengan pengkritik bermulut lancang. Kenapa? Manusia bercakap tanpa sempadan? Pernah susah? Bagus. Bukan senjata untuk kondem cara kehidupan yang lain dengan pengalaman susah yang dilalui. Ingat, tak salah ambil berat. Kau dihargai. Tapi mulut? Jangan terlalu lancang bercakap. Orang tak suka. Orang mudah terasa. Mesti ingat hati orang bukan hati sendiri sahaja. Biar otak pandai, jangan mulut terlebih pandai. Ingat lagi, bukan diri kita saja yang betul. Jangan terlalu taksub menjadi BETUL hingga yang salah juga dianggap betul. Maaf. Aku bukan mereka yang angguk saja dengan segala bebelan itu. Kau lancang, aku bidas. BERSEBAB. Dunia kau. Tak mampu aku ikut. Jangan diajak sebab aku tak akan turut. Kau pergi kejar segalanya. Aku tengok kan saja. 

#Jangan cakap tentang USAHA. Tolong faham. Aku tak suka! 

Wednesday, January 25, 2012

Quality time with Quality person.

Katherine Heigl
(Ya,saya bersedia dikeji dgn caption ini ;D)

Herkk! Abaikan baby dugong kat atas tu. (baby kau!) Saja show off ke-gemuk-kan yang semakin erghhh. Posing ala-ala Katherine Heigl tak nak kalah. 4hari cuti kepala bingai tak tau nak pi mana. Sebab apa? sebab tak gaji lagi. Company bagi chinese je. Malay Hindu tarak. Ciss! Plan bersama saudara-saudara kandung nak melepak tengah malam pun tak menjadi sebab masing-masing poket tengah kontang plus adik adik bawah umur yang berderet. Time duit tarak memang rumah Mama Eda (our maktam) laa jadi sasaran. Berkubanggg yea adik adik. Agak-agak dah kecut semua bahagian sila naik upss ^_^ 


Yup! kami keluarga pelbagai size. So? =)

Dua-dua period! So tak mandi. Maka terlantiklah photographer
tak boleh pakai. Camera Si kakak dipersalahkan cett! Walhal tangan dua-dua kayu.


Adik lelaki bawah saya. Muka sebijik Squidward kan? 
Dulu perasan Bieber. Now terasa diri hebat. Konon rapper macam Altimet ?
Euww. Tolonglah abang! 


#1: Sakit hati sebab gambar banyak tapi super buruks. Tak reti snap bethol budak period tu!
#2: Masa dengan kawan tak kan sama masanya dengan keluarga sendiri :)

Saturday, January 21, 2012

Sosial Network : Pernah tak rasa meluat ?

Salam Ukhwah...

Wohoo SCC update blog time weekend seyhh ! Mimpi apa? Haha. Act, hari nie sesaja jadi stalker jadian kat facebook and twitter. Bukak twitter timeline penuh dengan retis. Bukak fb home page penuh dengan BBNU. Iskkhh. Just nak share korang pernah tak rasa meluat dengan kawan kawan yang dok update pasal diri sendiri & love story mereka? Jom kupas!

Secara jujurnya, aku sendiri pon pernah je terikut perasaan/emosi dok update pasal benda yang sememangnya akan buat orang rasa nak boom muka aku depan depan haha! Bila kena perli / sound dengan kawan-kawan. Barulah macam sedar pasal khilaf tu. Tapi tak boleh nak jangka jugak laa korang. Kalau diri dah dikuasai emosi, cuma segelintir jea manusia yang mampu kawal diri dorang, dan aku tak tergolong dikalangan mereka hiewhiew. Sebabnya aku memang minah emosi, memang paling gagal laa kalau disuruh kawal perasaan tu. Cuba tunjuk kat aku facebook users mana yang tak pernah beremosi dalam berstatus? Even retis pun 90% dari mereka kaki emosi kot kat twitter haha. So topik nie memang tak boleh dibendung kan? Kadang-kadang rasa salah jugak bila aku sendiri pernah ada rasa 'erghhh' (sambil herot mulut geli) bila terbaca post-post kengkawan yang tergedik-gedok kat fb/twitter tu. Tapi bila fikir balik. Maybe tu cara dorang show off diri dorang kat umum. Kita mungkin pernah buat, cuma terlepas pandang kan? Atau kawan-kawan tak nak tegur sebab takut sentap. Atau kawan kawan memang dah malas nak amik port bila dah terlalu kerap sangat perkara jengkel tu terjadi. Atau... dah dah ^_^ ! Pokoknya, maybe kita pon kena tahan diri kita dari terus bercakap tentang mereka-mereka kot? Takut esok lusa akhirnya benda tu balik kat kita ek. Wallahualam.

Bukan berlagak alim. Bukan macam bagus. Blog kita kan? Suka hati laa nak buat entri apa! See, nie pun salah satu emosi. Haha! Tak laa, takdek niat pun nak sok alim gitu lorhh. Share sesuatu yang kita tiba-tiba tersedar tak salah kan? Kadang-kadang sebab tegur, kawan pun boleh jadi musuh ek? Hurmm.. terpulanglah hak korang nak diri korang dinilai kat sosial network tu. Jangan melenting bila kena perli sebenarnya. Sebab, sepatutnya sebelum korang decide nak post status tu, korang dah prepare awal-awal apa yang mata korang akan hadap dan apa yang halwa telinga korang akan dengar tentang komen orang terdekat. Okay? Pengajaran jugak utk aku :) Mudah kan?

#Ibu masak tomyam seafood + sup daging. Bau dah buat nafsu bergelodak. Got to go nak melantak kbai!

Tuesday, January 17, 2012

Ikat ! Ikat ketat-ketat !

Salam Ukhwah,

Tiap kali nak update blog mesti kena ambil mood setenang itik berenang. Makin lama makin karat kepala. (makan kau tak karat kan mok mok) tapi entri kali nie sure tak karat. Pagi pagi naik LRT Star selalu jea terlentok. Tau tau dah nak sampai. So, peluang untuk berfikir memang takdek la kan. Kalau dah keje nak buat tahik mata mananya nak pikir haihh!

Maka hari nie baru sedar yang tiap tiap hari aku tertidur tu sebenarnya agak lama. Sebab ada 13 station yg harus ditempuh sebelum sampai ke destinasi aku? Mak aiii kau, betul betul manfaatkan masa. Tu bukan lentok tu membuta! Eyka Eyka ... (-__-) Ehh kenapa cerita pasal train??

Tapi sebab train laa aku start fikir pasal ikatan. Gila terbabas! Langsung takdek kena mengena kan? Tu laa dia otak, bila dah start berfikir langsung tak kena tajuk & tempat. Kalau masuk toilet tiba-tiba otak terfikir nak masak tempoyak balik karang? Acane? Haruuu ;) Haha!

Tiap kali berkumpul dengan keluarga. Aku jeling kiri kanan. Masing-masing dah berpunya. Maksudnya sudah diikat dan diberi tanda. Dah sah di ijab qabul kan pon ada. Iskhh haruu hati pikir bila nak ikat. Tahun nie naik 23 tahun, cek abam 25 tahun ! Tua hoii . Bila mau ikat? Nenek dah 80kali bising suruh ikat. Dah 2012 katanya. Alahaiii suka tau bagi gegirl kakot ^_^ Hati nak.. tapi hakikatnya belum bersedia. Acane? Berdasarkan pengalaman kawan-kawan & orang keliling. Serius aku malas nak ikat lama-lama. Kalau boleh nak sekali kan jea risik-tunang-nikah. Jeng jeng.. gelojoh tak gegirl #kelipkelipmata geget jari auww ! Cut cost laa ngeng! Kang dah kawen makan pasir ngan laki aku mampuss +,+' !

Thursday, January 12, 2012

Gangster ? Nak kemana?



AMARAN : Bahasa yang digunakan agak ter-gangster yea sebab nak amik mood nie kehkeh :D
(Tak buleh belah!)


Rangggg ! Apa tu? Tu je perasaan yang dapat digambarkan sebelum entri diteruskan. Motip gambar? Contoh lah hishh! Tak kan nak pergi snap gambar orang tengah gaduh then tempek kat entri halah. Amenda 'bahasa ter-gangster' ?? Nampak cikgu BM kena piat telinga. Tergerak nak buat entri pasal gejala nie. 

Pajak Nama : Apa DOE (boboi ajar) abang kawasan? Kalau ikut kefahaman aku. Abang kawasan tu pak guard yang jaga keselamatan kat kawasan perumahan. Tu kefahaman aku laa. Kefahaman korang kalau nak terpesong ke terherong ke lantak pi laa. Bukan apa, aku ada dengar budak budak belasan tahun bila gaduh suka nau dok pajak nama tu. Dah macam keramat pulak bila nama tu diseru, dengar dek abang-abang tu tak ke naya korang dek. Korang suka suka jea gertak orang dengan nama-nama aneh tu kan? Disebabkan gelaran-gelaran aneh tu laa wujudnya macam-macam gejala. Kalau yg ikut landasan yang betul sokay la, alhamdulillah. Tapi yang budak budak tu, mana ada yang betul kan?! Dunia dunia... 

Gangster : Setting muka ala-ala bengis macam kobis. Rantai and gelang gedabak dok gantung sana sini. Tatto penuh dah macam lukisan kat balai seni lukis :D nak nak yang parut bersepah tu. Ayooo abam manyak horror la muka kasi senyum sikit? Haa Hensem pon! ^_^ setting muka bengis then buat suara ala-ala buragas? Nak pegi mana lagak macam tu? Boleh jamin masuk syurga tak? Trololo hiewhiew ~,~ Sampaikan dengan orang tua pun kau dok guna bahasa kurang ajar kau tu apesal bang? Nak gangster lantak laa tapi bila dengan org tua (tak kira siapa) tu buat la muka kiut, suara kiut macam Justin Bieber :D (Choiiii) 

Ilmu pertahankan diri : Daddy hantar pegi kelas silat,tae kwan do, tomoi untuk apa? Supaya dah besar boleh join gangster eh? Guna ilmu yang ada utk belasah org suka suka macam Malaysia tak ada law? Macam tu? Dengar dek daddy korang mampos kena sumbat masuk peti ais! Tak payah DOE gangster bagai. Bentak-bentak bila bercakap, macam masa sekolah cikgu tak ajar bab nilai murni kan? Takmo macam tu okay! Boboi budak baik kan? >,< 

Kesimpulan : Cuba pergi selongkar album lama korang. Carik sekeping gambar korang masa baby ke umur setahun dua ke. Tenung gambar tu jap. Focus kat mata yg bulat bersinar tu, jari jemari kecik molek yg bersih tu, senyum leret dengan bibir mungil tu. Comel kan baby tu.. itu kan kita =') Yang tengah suci bersih lagi, kalau ditakdirkan mati pun jaminan kita Syurga Allah s.w.t masa tu kan? Subhanallah.. Pernah tak terpikir baby comel yang dalam gambar tu akan membesar macam apa yang kita jadi sekarang? #ditujukanuntukdirisendirijugak. Aku pun sayu jea bila tengok muka sendiri masa kecit-kecit dulu tau :'D Jom kita sama-sama berubah.. Insya-Allah :) 

Tuesday, January 3, 2012

Entri Pertama Untuk Tahun 2012 !

Salam Ukhwah...

Ramai yang tekad nak buat transformasi kan? Tak kira dari segi mental @ fizikal. Siapa yang tak nak 'tutup buku lama' ye dak? Takmo tanya lagi pasal azam. Sebab setiap tahun benda yang sama. Jangan mengeluh, cuba lagi! #cakapkatdirisendirisebenarnya :D Apa yang aku nak sangat untuk tahun nie :

Jgn terlalu cepat melenting - #cuba sabar sedaya yg boleh.
Jgn judge orang lain - #lebih baik judge diri sendiri.
Jgn mudah marah lagi - #lebihkan senyum & belajar menerima.
Jgn terlalu mengalah - #tak nak pisang berbuah dua kali.
Jgn selalu memendam - #luahkan jgn sampai makan diri.
Control emosi - #supaya lebih bersedia utk dugaan yg lain.

yang terakhir .....

#OH MAMA! Saya mahu kahwinnn ! 

*Pesanan :
Kepada insan insan yang suka nau 'menyakiti' tu. Sudah sudah la tu. Satu masa nanti kena jugak kat batang hidung korang kan. Tak payah balas semua tu datang sendiri. Tuhan bayar CASH tahu ! Salam Tahun Baru~