Dah breakfast? Fuhh perut themuks makin maju kehadapan la kalau tiap pagi balun nasi lemak! Start esok makan sandwich yoo muks ;D (dan dan je..hampehh!)
Malam tadi melepak dengan kakak kat our room. Saja melepak ber-gossiping plus ber-tenet. Before that we all layan Astro dulu cerita pasal Kenangan Pak Nil sepamjang bersama AF. Seronok gila tengok gelagat pelajar-pelajar AF dari yang pertama sampai ke 4 tu. Nampak tau kesungguhan dorang belajar & bersaing cara sihat! Even ada gak yang gedik & manja, tapi sekurang-kurangnya dorang manfaatkan sepenuhnya ilmu & peluang yang diberi. Main-main jugak tapi tak ada macam AF zaman sekarang nie.. (ecehh, macam dah tua plak!) AF dulu walaupun dorang ada gak main-main nya tapi sampai ke konsert dorang akan bagi all out tau! Tak hambar pon...
Paling paberet AF 1&2 !! Weee... penuh dengan segalanya. Kelakar, air mata and yang penting konsert sentiasa best.. sampai rebut remote dengan adik sebab themuks and nenek asyik tengok konsert yang diulang tayang. Nampak kan betapa bersungguhnya persembahan dorang dulu. Kira tak jemu pon tengok konsert ulangan : ) Nenek themuks undi Zahid Si Mamat orange tu sampai melanbung bill HP dia tau .. HaHaHa!
Kehadiran Pak Nil pon sentiasa buat pelajar-pelajar lebih happy + bersemangat! Cayalah Pak Nil : ) (semoga Pak Nil sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia..amin)
Themuks sangat sangat lah setuju bila Astro adakan Operasi Pengguguran Pelajar yang teruk membuat persembahan. Memang lah kalau nak di ikutkan tak adil! Tapi cuba korang pikir perkara sedikit sebanyak akan memberi pengajaran kepada yang masih kekal bukan? Lagi pun Hazama & Fina terang-terang lebih ada bakat dari yang lain. Ini kan AF 9 yang terakhir, mestilah Astro nak grade kan bakal-bakal pelajar yang akan keluar dari Akademi dengan penuh bangga dan penuh ilmu di dada. Huh .. memebebel sudaaa! Jom lah kita check it out sedutan-sedutan kenangan AF 1 & 2 :
*Wahh! see tak boleh ke AF 9 semangat mcm dorang ekk??
* AF2 !!!! thumbs up semua... dorang paling best!!!
i think the lyrics totally suit her..after being dump from AF, she really show ppl, she can survive, while one by one of her colleague fall down... n the performance also very energetic n meaningful. she really have it...
*konsert nie la yang buat orang rindu sangat nak tengok AF gempark mcm dulu .. Huuu~
*sedih nya tengok Aswad ='(
So, pelajar-pelajar AF9 tolong la jadi sebagus senior-senior korang okay.. Baru lah tak sia-sia Akademi tu di tubuhkan selama hampir 9 siri kottt ... orang lain kat luar tu rebut-rebut tau nak masuk... Kredit to Pak Nil yang sentiasa cuba sedaya upaya utk menceriakan & memeriahkan konsert selama ni..
Klik SINI untuk saksikan acara pertunangan mereka : )
*Jangan lupa LIKE dulu FB CST Production tu yea ; )
Salam Ukhwah ...
Alhamdulillah .. akhirnya Ashraf Muslim kini dah jadi tunangan kepada Dayana yea. Kepada peminat-peminat dia tu tak mau lah frust menonggeng tertonggek pulak yea. Itu lah yang dinamakan bertuah badan Cik Dayana kita nie : ) Dah tengok tak rakaman dari CST Production sepanjang majlis besar-besaran pertunangan mereka tu? Kelasss gitu! Ashraf bukan saja-saja nak show off lah doink.. Ashraf kata majlis tu 2 dalam 1 okay. Pertunangan plus pembukaan Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah. Alhamdulillah tak sia-sia Ashraf belajar Ilmu perubatan cara Islam selama ini. Semoga hajat mereka untuk melangsungkan acara akad nikah pada 30 Ogos 2011semperna 1 Syawal (Hari Raya Puasa) di Mekah akan di permudahkan oleh-Nya Amin.. Sama-sama kita doakan kebahagiaan mereka okay : )
*"Andai baik budi pekerti kita,sikap kita,ilmu kita dan amalan kita...maka baik lah jodoh yang dipertemukan Oleh-Nya ... Insya-Allah.." - Ustaz Amirul.
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinanAllah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
PEMINANGAN
Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminangmerupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangansahaja.
Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang:
"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)
Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:
"Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia(membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim(Asy-Syaikhan))
Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya
Merdeka
Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya
Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali.Sekiranya syarat2 wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu.Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal2 yag wajib seperti ini.Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.
Jenis-jenis wali
Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali
Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.
Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu.
Sebab haram nikah
Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”:
Ibu
Nenek sebelah ibu mahupun bapa
Anak perempuan & keturunannya
Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu
Anak perempuan kepada adik-beradik lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak saudara perempuan
Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)
Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)
Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:
Ibu susuan
Nenek dari sebelah ibu susuan
Adik-beradik perempuan susuan
Anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan
Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan
Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:
Ibu mentua dan ke atas
Ibu tiri
Nenek tiri
Menantu perempuan
Anak tiri perempuan dan keturunannya
Adik ipar perempuan dan keturunannya
Emak saudara kepada isteri
Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya
Hikmah perkahwinan
Cara yang halal untuk menyalurkanm nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.
Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
Memelihara kesucian diri
Melaksanakan tuntutan syariat
Menjaga keturunan
Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
Ingat lagi tak Siti Musliha? seorang anak kecil yang kental jiwanya walaupun dilahirkan serba kekurangan di bumi Tuhan ini. Masa kecil dulu mama & babah yang selalu ceritakan pasal Siti Musliha. Tak sangka dah mencecah 28 tahun usia kak Siti Musliha sekarang dan masih seorang yang kental jiwanya serta sentiasa ucapakan "Alhamdulillah" dan "Syukur" ke hadrat Ilahi kerana beliau masih berpeluang untuk merasai nikmat hidup walaupun tanpa kesempurnaan yang hakiki. Sebak dengan lagu dia :
Aishh ... macam lama je tak meng-update blog nie. Hari ISNIN hari yang sangat-sangat-sangat lah malas ok! Huh .. segala benda nak buat macam penat and berat je.. Haduiii di tambah pulak dengan mood yang entah apa-apa ni aishhh!
Eh! Korang ada adik tak? Atau anak-anak jiran yang still remaja tu? Actually aku lepak dengan opismate aku and dia pun meluahkan pandangan dia pasal budak-budak sekarang nie (Iskhh, macam dah tua sangat..makk muda lagi nokk!) Dia curi-curi ambil hp adik dia yang baru umur 15 tahun tu. Dah pandai bercinta katanya. Tapi pelik sebab sepatah haram pon dia tak paham butir-butir massage tu??? Check it out :
B : Yunk nga uat pe too? Indu I ta?
Bby : ta de uat pe2.. I bawu pash amm lha.. yuu dha amm kew bie?
B : elom ageh.. B amm bat ket bub mama nga macak.. ta uar ew bby?
Bby : ta uar pown bub I anyak teje na uat.. ta uke aw teacher uhh uke ageh anyak2 teje..
B : ta pewh lha..yuu uat lu ampai beshh otee bby yunk.. t b kring2 bby ote.. i lurve yuuu!
HaHaHaHaHaHa ;DDD komen member aku lak :
S (bukan nama sebenar) : Macam harammm adik aku nie !!! Meluat lak aku konon2 pelat.. nak kate tak sekolah rasanya mak aku elok je sekolahkan semua.. Haishhh~
TheMuks menaip lagi. Akibat tragedi semalam. Mood kerja yang langsung tak mampu utk di seimbangkan dengan senyuman! Senyum yg kelat + entah apa-apa. Gile tak ikhlas! Sebab memang tak nak senyum pun..
Sis kata nak start pindah keluar dalam bulan Jun ni (-__-) dia terpaksa pindah dulu before kahwin. Mula-mula dengar tentu-tentulah aku dah terasa sikit-sikit kesedihan nya kan! Memang lah always gaduh + tak sependapat. Tapi air kan ... cincang pakai pisau rembo pon tak kan putus! Kau try lah kerat 18 sekali pun huh.. mak dah confirm awal-awal lah memang tak kan putus! (apa pun tak boley ;p) Haa.. gitu la dia rasa nya sekarang nie! Hadoii .. cek kak oii aku belum ready kau tau tak ??? Perkara kedua yang amat-amat menyedihkan daku!!! Woowoowoo ='( Kakak kata nak bawak COCO sekali ???? I'm begging you sis .. dun take him away from me... Memang lah nak ikutkan awak yang ambil dia dari kawan awak. Tapi kan kita pon jaga dia jugak?? Kita dah jarang lepak pon sebab kita seronok dengan dia. Kita dah sayang dia (T_T)
- Tiap pagi before pergi kerja, ada dia ...
- Tiap petang after work, mesti panggil dia ...
- Tiap 2 minggu sekali mandikan dia ...
- Tiap kali hujung minggu bersihkan cage dia ...
- Lepaskan dia, ajar dia berani even adik & babah selalu marah-marah dia ..
* boleh bayangkan tak kalau kita dah sayang .. tiba-tiba kita dipisahkan ...
Macam manusia biasa, aku pon ada habit buruk aku jugak. Jangan lah salahkan aku sebab aku tak pernah minta di jadikan ketagih sebegini rupa ='( memang ramai dah yg nasihatkan aku. Aku tahu tu, tapi aku tak mampu berdiri tanpa GANJA!
Setiap pagi aku bangun, mandi, bersiap.. macam manusia biasa. Rutin orang-orang Malaysia nak pergi kerja. Sama je aku dan mereka. Dijemput oleh Mr.Bie untuk dihantar ke kantorr. Lesu..lemah tak bermaya! Setiap pagi sampai je office Bie akan drop aku and chow kejap untuk belikan aku GANJA! Pernah sekali tu Bie lupa bawak wallet and tak dapat belikan 'bahan' aku tu. Aku dah macam orang gila yang langsung tak bermaya utk bekerja. Berdiri pun sebelah kaki. Kejap-kejap tukar kaki tau! Pendek kata, tak larat langsung lah nak stand dua-dua belah kaki nie! Sepanjang 8 jam tu muka aku macam tempoyak basi berkulat busokk nak mampos..fuhh! Hodoh bebenorr! Sejak pada tu aku dah warning Bie supaya jangan pernah tinggal wallet lagi! Sebab aku memang tak kan pakai dit aku utk beli 'bahan' aku tu. Membazirrr! (Citt! tau membazir!)
Tiba-tiba satu pagi aku terbaca 1 artikal tentang bahaya ketagih 'bahan' tersebut!! Oh Maiii ... macam mana nak stop nie?!! Sumpah aku takut sebenarnya. Hari yg sama gak habis semua info kat internet aku korek,gali,cangkul dan pahat!! (Pinjam ayat kak ogy jap!) Danggg! So sekarang seriously aku tengah takut =,=' Bahan tersebut dah sebati plus dah jadi darah daging taik kencing dh pongggg??? Bie kata 1 cara je, kurangkan.. Adohh, lagi mau suruh kurangkan ke? Org dah cakap org ketagih nie tau tak?!!! Terpaksa lah aku paksa tekak aku nie tiap-tiap pagi minum air mineral office nie haa .. Waaa, rasa macam kena clash jea taw!!
Wahai Nescafe ku sayang!! Kau buat hidup aku merana tau tak!!
Orang amik ganja pon tak ketagih macam nie tahu (+_+)
Hunga! hunga! Entah apesal lah lately ni aku macam
seorang yang anti-sosial?? Why duu? Gf ajak lepaking pon keikhlasan nie dah tak macam dolu-dolu kala. Terperap dalam bilik, ngadap lappy tak kelip-kelip (tipu r tu!) sampai dah tak tau nak buat apa lagi dengan lappy & tenet nie =,=' Apesal lah kurang aktif sangat ni haa?!! Sampaikan makan pon dalam bilik? What the hell muks! Kau dah macam orang kena trauma tahu?!!! Adoyaiii .. Korang tau, hari ni baru aku sedar yang aku nie dh macam anti-sosial dan automatik menjadi makhluk yg sangat membosankan!
Bukan apa, kewangan lately nie langsung tak mengizinkan aku utk keluar bersosial larhhh! Lololooo... bayangkan lah dah berbulan weyh aku nie tak bershopping, tak merayap tiap-tiap minggu dengan gf macma dulu.. Woaaaa! Rindunya nak bersosial (T_T) Gf (bestie aku ya! Sy bkn lesbo) aku cakap tak semestinya keluar mesti bawak cash??? What the fishh babes, cash itu HARUS lah darling weyhh.. kan tak lengkap bila keluar bawak perot sahaja. Aku lama gile tak usha movie tau ='( orang kat opis tu sebok dok plan nak pegi usha movie baru-baru weekend nie.. yg aku nie dok pekak kan telinga jea! Picnic juga amat dirinduiii!!! Aduii..takpe-takpe dalam sebulan dua nie insya-Allah kewangan akan kukuh kembali.. jeng jeng jeng! Ang saba no.. check balunn habess nanti >,< ngeh ngeh! What to do ... sabau je larhhh ~,~
Entri kali ni tak ada sebarang gambar rajah. Hehehe! Impian aku nak jugak jadi seorang blogger yang tegar macam blogger-blogger yang aku minat nieBEN ASHAARI , MELL AZIZ , BANGKU KOSONG .
Tersangatlah suka menerjah blog dorang : ) Kadang-kadang tu timbul la jugak rasa jeles bila tengok followers dorang yang setia tu hehehee! Tapi tak apa sebab ada orang tu dah hampir bertahun blogging tapi baru tahun nie blog dia naik dengan jayanya! (Syabas!!) Iya.. follower aku memang sikit la kan. Tentu-tentulah seciput je pong. Kesah pula aku orang nak kata apa kan kan? Sekurang-kurangnya ada lah jugak follower daripada telor ayam!
Taraaa!!! Lihatlah dunia (dushh..dushh!) 43 je kotttt ; ) Tapi tak apa saya bersyukur okay sebab mereka sudi follow. Sama ada yang terpaksa atau dipaksa? Korang nilailah sendiri yoo ;D Mak tak kesahh pong! Bak kata sorang blogger tu, kadang-kadang yg tak best tu lama-lama akan jadi best ; ) Geram gak aku bila baca entri separa berlagak sesetengah blogger tu. mentang-mentanglah follower dia ramai plus entri dia sentiasa akan di comment.. dia pun mula lah nak kondem blogger-blogger lain.. huh! Kalau ya pon nak nasihat atau bagi tips tu biarlah kena dengan skema ayat yang indah. Hurmmm ~
Salam Ukhwah : )
Comel kan monkey sebelah ni? Dia malu seyhhh ;D
Hehekk.. Monkey pun tahu malu tahu ...
Kita bukan nak sentuh pasal aurat atau pun keagamaan,
kita cuma nak menulis tentang etika. Agak-agak korang
lah kan.. kemana hilangnya sikap & semangat kerjasama diantara kita orang Melayu ya?? Themuks bukan nak menjatuhkan martabat orang Melayu okay! Cuma rasa macam perlu utk buka satu entri kudusan tentang mereka. Itu pun berdasarkan pengalaman sendiri yup!
Korang ... persaingan tu perlu kan dalam sesi pembelajaran/pekerjaan. Tapi biarlah persaingan yang sehat. Hey! dikalangan blogger-blogger pun wujud juga persaingan tau. Contohnya, berebut-rebut nak mencantikan blog masing-masing. Berlumba gak nak join macam-macam contest menarik. Tak kurang juga yang sebuk dok mencapap kat dalam blog demi menaikkan traffic blog mereka. (aku pon pernah gak mcm tu dulu ;D) Semua tu pon di panggil persaingan bukan? Persaingan sehat ke tak sehat, korang nilai lah sendiri ; ) Themuks juga merupakan seorang pekerja. Heehehee. Iskhh.. sedih plus sakit hati yang tak boleh nak diluah! sebab persaingan yang aku dapat ni kira kategori yang agak menyirap lah jugak! Baru genap 1 tahun aku jadi warga dotdotdot nie :) for sure lah aku memerlukan tunjuk ajar & teguran kalau aku buat silap.. betul tak?? Aku juga jalankan tugas aku berpandukan etika-etika kerja yang telah pun aku tandatangan. Kiranya aku ni straight girder lah. (haha,ngaku pong!) So bub-bub nak menyeleweng a.k.a hentam kebaboom nie sememangnya aku liat.. aiyakkk! Sampaikan aku dipijak & ditindas oleh bangsa sendiri tahu?? (Woowoowoo,sampai hati!) keluar dah madah pujangga.. Dah lah kedekut ilmu, penindas tegar pula tu :'( kalau macam ni macam mana bangsa kita nak naik makcik pakcik sekalian??? Stop lah pandang negatif dan tindas menindas bangsa kita sendiri. Malu tau sebab yang kritik sikap mereka tu merupakan bangsa yang bukan beragama islam, atau lebih tepat bukan 'orang' kita. Aku yang menghadap kritikan dorang tu tebalkan muka je ='( Ada la juga rasa nak tampar sekor-sekor. Tapi apa yang dorang kritik tu adalah fakta dan bukan auta! Kerja mestilah nak seronok bukan sedih. Padahal aku nie kemain lah bangga kebabeng menjadi anak Melayu tau.. Tapi .... Huuu ~
Boleh tak kalau istilah 3 line tu di simpul-simpulkan macam gambar rajah di atas tu?? Der der & Ter ter sila jangan nak emo lebih yea sbb entri nie bukan lah utk ngutuk korang okay ; ) So, PEACE NO WAR ! Lu tenanggg setenang itik berenang okay .. Wa nak bebel nie ;D (Erkkk bapak poyo !!!)
Seperti yang disedia maklum lah kan.. mereka mereka yang terlibat dalam group tu amat memerlukan kerjasama dan attitute yang bertanggungjawab sesama mereka rite?? Sampaikan ada satu masa tu mereka terpaksa dulu kan 'adik-beradik' mereka terlebih dahulu.. Lihat! betapa setia nya mereka : ) Memang lah bagus semua tu lebih lebih lagi yang betul betul mengikut arah dan landasan yang betul kan.. Tapi ada jugak di antara nya yang agak menyakitkan hati tahu?!! Contohnya :
- Family dah planing lama dah nie utk vacation, tapi bila tiba hari dan waktu nya .. mereka terpaksa terkecuali sebab terikat dengan 'perjumpaan kecemasan' @ komitmen yang datang secara tidak langsung ~
- Husband call set date dengan wife, konon nak bawak wife pegi dating & makan makan ... yang cek wife pon melompat riang lah berdandan bagai .. tiba tiba .... perjumpaan?? Dangggg ~
Hello!! Saya menulis tanpa sempadan.. Saya juga menulis berdasarkan pengalaman si polan dan si polan okay! Saya bukan hentam kebaboom sesuka suki.. So, tak payah nak meng-negatif-kan fikiran dan melenting tak tentu pasal yea braderrr ; ) Senyum ...
Ermm, just imagine kalau lah aku kat tempat mereka?? Meletop sajee lah mak nokk!! Sebab aku tersangat lah benci bila perancangan murni Qu terhenti di tengah jalan!! (woahh!) rasanya kebanyakan perempuan pun tak suka rite?? Tak salah selagi korang berada di landasan yang suci murni derr .. tapi sekali sekala tu biarlah perjumpaan korang dirancang dengan teratur.. bila wife/couple dah terlalu touching lama lama meletop gak kan? Pastu mula lah si jejaka kata si gadis nie tak memahami lah apa lah?? Semua tu mendatangkan pergaduhan bukan?? Aduyaiiii ~
Fuhh!! Masuk nie tak tau la dah berapa kali Entri pasal phone yg telah ku post kan =,=' Dulu elok2 pakai E72 gatal pegi tukar Sony Eric. Sekarang tak pasal2 kekal bersama smart phone tercanggih dari zaman ke zaman .. Danggg!!! Shantek tak pinky phone kite??? Ngeee tu je lah tinggal harta yang masih tidak
berwaris -__-! Huuu ... lambat lagi la gamaknya nak tukar yea .. sebab banyak lagi benda yg harus & wajib.. Phone2 nie consider perkara sunat hehehehe ;DD Tapi dlm hati meronta gak tu nak tukar!! Waaa ... I want a new phone!!! My God..showthy servantwiththylightandguidance.. Amin ~
berapa nak kempis! pastu boleh pulak bantai buat hal pukul 3pagi.. Tak pasal2 masuk emergency kat HKL plus kena masuk air and tidur wad selama 2 jam!
Episode 2 :
Hey! Minggu nie should be the most spirit week for me ok! Just because the symptoms hit me, it was a bleak week for me taw ='( Waa.. sebab sekarang nie pun I was attacked by a bad tooth pain pulak weyhh!! Dugaann ~
Episode 3 :
Si Jantung hati boleh pulak buat aku tamper bagai nak gile! Yes .. life is full of trials!! Rasa macam dah kena tendang masuk goal pon ya gak nie -__- Huuu! Time2 aku sakit time tu
gak lah kau nak berdebat pasal terasa hati lah hape lah! Hoishhh doinkk! are you blind??
Episode 4 :
The week of temper !! Yeahhh .. abes semua aku marah termasuk la kucing Qu Coco'Jelly!
Shian makhluk tu.. kecut telinga dia kena marah sajee.. Sorry sayanggg : ( Kakak mu
tidak sehat T_T ! Harap maklom ~
Last Episode :
Aku dah sebijik macam insomnia disease sufferershuwaaa!!! Sakit yang
melanda membuatkan aku payah untuk beraduuuu !!! Ku turutkan sajee dugaan ini ...
I hopenext weekis moremeaningfulthan everrrrr .... Amin ~
p/s : betul lah! aku dinoda what?!! aku telah dinodai oleh dugaan pelbagai
Woah.. lama gila tak update blog kudus ini yaww! Ermm .. yeke?? (berpandukan gambar rajah di atas) tak kot?? Bila orang lain sebok berbaik-baik. Aku lah pulak yang bergaduh-gaduhan... Aduyaiiii! Dulu kata biadap? Lepas tu suruh open minded pulak tu?? Lepas tu sekarang dah lain pulak?? Lahanatttt tahu ... huh kambeng betol la kau neh lelaki ... Tah hape2 tah perangai tu ... Jangan sampai dari cuma rasa SAKIT HATI terus bertukar jadi MELUAT okay !!!
In love with you, just like I'm in love with the stupid haruan ..