♥ King and Queen :

Friday, June 6, 2014

Alhamdulillah SAH !

Assalamualaikum.

1 Syaaban bersamaan 30 Mei 2014, Sah kawan baik sepusat sepusing aku tukar status dari tunang kepada isteri. Happy for you kakcik aka Fyza. Percintaan dia orang dari form 3 sampai umur 25 akhirnya. 

#FyzaHafizNikah #1Syaaban1435H #30Mei2014 #Barakallah 

Jenis aku memang paling liat nak join sesi reunion kenduri kahwin kawan-kawan sekolah. Bukan kera sumbang, bukan sombong bodoh dan bukan pemalas! Lebih kepada segan tak bertempat (bangangkan ;D). Perangai hape pon tak tau lah. Wedding kawan-kawan baik yg jenis boleh gelak sama-sama tak payah cover cun je yang aku berani hadirkan diri kehehe. Nak jugak sebenarnya join bila dapat jemputan tapi memang jenis perangai segan yg tak bertepian -__-" 

Even kakcik agak rushing time tu, hafiz pulak terganggu emosi sebab adik lelaki dia accident masa on the way ke masjid, masa tu suasana macam sebak-sebak belah pihak lelaki sebab adik dia gagah jugak orang pimpin masuk masjid demi tengok abang long dia di ijab qabul. (pis kali kedua aku tengok kau nangis eh! di ulangi kali kedua haha. 1st time kau nangis masa tettt.. kahkahkah) tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Barakallah sahabat, semoga bahagia sampai syurga.. Amin! :') 

 Sahabat, dari sekolah rendah naik ke menengah. Sama-sama sampai beranak cucu ^_^ 


Sesi selfie. Sesi monopod. Sesi bullying Aya Sophea gedikkk! 



Alhamdulillah tiga-tiga kesayangan kita dah selamat jadi isteri. Tinggal turn si gemok gendut tu je haa. Dah lama sebenarnya tak tengok orang ijab qabul. Bila dah kena kahwin nie makin nervous tengok kakcik hari tu. Pengantin mana yg tak alami saat kelam-kabut, kalut, banyak songeh?? Pengantin mana habaq maii.. Risau majlis tak sempurna, risau makanan tak cukup, risau jemputan datang ke tak, serba serbi risau... Ya Allah permudahkanlah.. Amin~ 

 Sesi dgn ex-smart batch 2002-2006 (Bini org,tunangan org, girlfriend org..sekian)


Pengantin cantik & handsome hari tu. Kakcik paling lega belah dia dah settle. Esok (7/6/14) aku menyibuk lagi belah lelaki pulak. Al-kesah nya, Mama kakcik officemate aku, mak mertua kakcik (Mama Hafiz) pulak officemate ummie kita. Makanya tugas aku pulak bawak ummie datang majlis belah hafiz. 5 wedding weh esok kejung kau kena jadi driver esok!  T__T 

But first! Let me take a selfieee.. haha phuiee semua tak sedar diri!





Pose 'peace' zaman menggeletis dulu. Mengimbau kenangan katanya. Anak dara mak dara belaka! 


Annyeong~ ~

Friday, May 16, 2014

Simptom-simptom orang KENA kahwin.

Assalamualiakum.

4 hari lagi aku ganjak setahun lagi umur iaitu 25 tahun (motif bagitau?) Target nak kahwin nampak gayanya insha-Allah tercapai lah kut kan (takut hoi) Kalau tak ada aral dalam 7 bulan lagi tarikh keramat tu alahaiiiii. Dulu masa target nak kahwin kemain geletis, confident amboi je kau! Bila dah tunang makin dekat tarikh baru padan muka. Tapi memang perasan sejak dua tiga bulan nie baru aku macam pelik-pelik je perangai. Tiap kali renew internet data (ahkak guna prepaid je deknon tak mampo!) mesti tak sampai masanya quota habis. Bukan main galak dok browsing website kad kawen lah, blog busana pengantin lah, insta servis pelamin, hantaran, makeup bla bla bla. Otak dok kalut tiap bulan. Dah start dah simptom bakal pengantin. Scroll pelamin suka, tengok design cecomel senyom sampai telinga, lepas tu tengok quotation terbeliak bijik mata, kira-kira budget berlinang ayor mataaaa! Bapak la wei cost semua makin biadap harganya. Kesian bakal-bakal pengantin. Masuk 2015 memang menanah lah korang nak ngumpul. *sobs*

Runsing dengan diri sendiri sebab hari-hari naik train pegi kerja, mesti wajib bukak instagram Wedding Bulb. Kita suka sangat sangat sangat design pelamin dia. Banyak putih. Macam nak nangis tengok. Wishlist aku untuk tahun nie memang banyak ke arah persiapan perkahwinan lah gamaknya. Baru tadi berani email wedding bulb tanya quotation pelamin dewan dia. Tawakal je lah dengan harga yg bakal dibalasnya nanti oi. 

WISHLIST 2014  

Klik gambar atas nie untuk ke Blog Wedding Bulb 


Pelamin nombor 1 nie palingggg aku nak sebab sesuai dengan dewan yg di booking. 


Yang nie klasik kan? Cantik kan? Okay nangis!


Yang nie macam ala-ala persandingan tepi pantai. Cantekk jugak!!


Tiga nie je tiga jeeee yg kita teringin sangat. Kalau sesapa yg datang wedding aku nanti tetiba nampak pelamin lain daripada yg ini al-maklum lah itu maknanya hajat tak kesampaian. Makanya simpan angan-angan kau dalam kelambu lah moks. Engkorang doa-doakan lah tunang kita tetiba dapat durian runtoh ke, family members kita bagi kutipan dana beribu ke, kita naik gaji ke.. hehe amin! Even aku tau semua ini tergolong dalam 'keinginan' dan bukan 'keperluan' tapi kasi chance la si gemok nie pasang angan-angan kan mana la tahu Allah swt setuju Dia makbulkan pula ya dak..hehe amin ramai-ramai. 

Semoga terlaksana majlis kami dengan sempurna.. Insha-Allah~ 


Tuesday, April 22, 2014

Mula Rasa.

Waktu hingos meleleh hebat bercinta. Kau meronta-ronta nak rasa jadik 'tunangan orang'. 6 tahun Tuhan kasik masa kau selam tenggelam timbul hati masing-masing. Sampailah ke satu fasa pertama kau 'ditanda'. Sekarang kau dah rasa kan? Kau terdiam. Kau banyak menung fikirkan last step kau utk ke fasa terakhir. Dugaan yg orang tua-tua kata kau amik remeh. Sekarang hati keras kau dah ubah jadik hati tisu. Sensitif manjang bila org cakap tentang persiapan. Tentang persediaan diri. Jawapan aku : TAKUT.

Orang yg kawen 100% duit keluarga. 100% duit bakal laki kau. Memang teruja aa. Mengelenya nak cepat nikah. Aku rasa mungkin perasaan teruja tu dtg time sehari sebelum akad la kot. Buat masa nie bila orang tanya, aku tak cool, tapi kaku. Kalau boleh elak aku sedaya upaya elak utk ditanya sebab? Sebab memang tak ada perasaan apape. Aku gurau gedik-gedik gatal depan family konon tak sabau nak kawen. Hakikatnya. Aku tak rasa apape woi. Aku kosong. Betul la sebenarnya nak bina masjid nie tersangat lah mudah.. mudah kalau ikut yg wajib sahaja. (Paham-paham la ya..) cuma nya bila masuk bab adat keluarga kedua-dua pihak, sebagai anak, sebagai tuan empunya diri yg bakal di kahwinkan, kalah.. kau memang kalah! Sisa-sisa redha je kau kena ada sekarang nie..

Perubahan aku tak ada sapa nampak kecuali tunang sendiri. Dia nampak, dia tau, dia rasa dan semestinya dia jugak mangsa bila dtg emo kita kan. Angin monsun boleh dikatakan setiap hari datang. Emo tak payah cakap aa. Betapa kebalnya telinga dia, bila sampai satu masa aku boleh menjerit kat dia kenapa pilih aku. (tau dah kat situ je dah nmpk kebodohan diri sendiri -.-) Dia punya 'matkool' jugak yg sedorkan aku. Gila! bila melalui fasa-fasa nie baru kau sedar la betapa rapuhnya hati kau wei. Tercuit sikit kau nangis. Terbangkang sikit kau hempas badan. Terperli sikit kau terus kunci diri. Entah hape hape lah perangai pelik nie.. macam dah tak jadi diri sendiri..

Tiap malam aku cakap kat diri jangan sekali-kali lupa dugaan nie. Esok lusa tulat, kalau Tuhan kasi ruang aku laki bini rasa sikit senang.. jangan pernah lupa kesusahan sekarang. Tuhan dtg kan aku bakal suami yg tak kaya, tak hensem, tapi tahap kesabaran dia dengan kerenah aku.. Allahu, cukop dah Ya Allah.. sabarkanlah dia sampai bila-bila... Yup, aku mula rasa :')


tiap apa yang mematah tegakmu
tiap yang menolak
tiap yang memijak henyak
biar dibelakangmu

jangan dikenang
moga dibuang
dendam dan sayu

tuhan jangan kau izinkan aku lupa
jangan kau biarkan aku mendepang dada
pasakkan hatiku pada kaki
paksa kan ku tunduk sehingga mati 

crdt to : #FynnJamal :') 

Thursday, January 9, 2014

Bukan Mudah.

Dulu kau jadi kanak-kanak/anak paling seronok waktu kenduri kahwin dijalankan.
Kau seronok sebab berkumpul ramai-ramai.
Kau tahu waktu keduri lah kau bebas nak merewang satu kawasan.
Mak sediakan baju ikut tema. Ada kompang. Ada baling gula-gula.
Rebut nak cabut bunga mangga. Seronoknya kau. Bukan main.
Yelah waktu tu bukan kerja kau untuk ambil tau berapa kos-
Pelamin dia eh?
Baju dia tempah ke sewa eh?
Hantaran dia..Huyaiii !
Catering berapa RM satu kepala dia amik eh?
Door gift dia letup-letup!
Yg engko tau waktu tu, makan dan main.
Buat haruk kat majlis, itu keseronokkan kau.

Sekarang, kau dah besar, anak dara dah.. dah dipinang *sobs*
Bapak tunggu masa hitung hari nak lepaskan puteri terakhir dia ke tangan bakal suami *sobs*
Tapi mak wanita paling teruja. Nak macam tu. Nak macam nie. *sobs*
Anak.. tugas kau. Memang dah jadi kewajipan zaman sekarang kena kahwin sebiji macam
apa yg mak bapak tok nenek nak.
Walaupun ramai yg tak setuju tentang kehendak melampau-lampau dlm majlis kahwin.
Tapi memang dah tak boleh dibendung.
Kau bantah, ada yg akan meneging.
Akhir sekali hati mak ayah kita sendiri yg sedih.
Sebab kena tempias kata-kata org keliling.
Makanya anak, puaskanlah hati mak bapak kita selagi mampu
Berat tapi cuba aje lah, Allah swt setuju, Dia akan bantu.
Asal niat hati, demi senyuman Mama Babah bila tiba majlis tu nanti.... *peluk*