**Pertama sekali minta reader atau para blogger yang terbuka entry nie sama-sama sedekahkan Al-fatihah buat ketiga-tiga arwah datuk saudara (2org) dan nenek saudara (seorang) aku yang baru saja pulang ke rahmatullah dalam masa seminggu ini, Al-fatihah...**
Daripada hari Jumaat lepas aku ambil EL sebab berita kematian seorang datuk saudara dekat sentul. Selang 3 hari dapat pula berita kedua kematian abang kepada Arwah yang pertama tadi. Dan semalam waktu tengah kerja, berita ketiga pemergiaan nenek saudara di Flat San Peng. Dalam masa seminggu tiga kali aku apply EL untuk menghadiri pengebumian dan tahlil arwah. Allahuakar... sesungguhnya segala yg ada dekat bumi hanya pinjaman-Nya. Dah tersurat mereka bertiga pergi serentak hanya selang beberapa hari. Kata orang tua-tua kalau pemergian yang pertama cuacanya cantik mendung, kemungkinan ada yang kedua menyusul. Jika yang kedua juga cuacanya baik, ada yang ketiga bakal menyusul, dan yg ketiga ini, dilimpahi hujan rahmat yang sangat lebat sampaikan dilanda banjir. Tapi alhamdulillah atas kehendak yang maha esa, segalanya berjalan lancar. Wallahualam...
Setiap yang diuji itu menandakan Allah s.w.t ingat akan kita dan tahu kekuatan kita. DIA tak kan uji hamban-Nya yg tak kuat. Setiap yang hidup pasti akan mati. Ya Allah kau berikan kesihatan yang baik buat nenek kami Jamelah Binti Musah. Tak dpt bayangkan hidup nie tanpa nenek :'( dari kecik sampai besar tangan tua tu jugaklah yang suapkan aku makan. Tak jemu dia jaga kebajikan anak-anak babah. Aku nak nenek ada waktu aku di akadkan. Aku nak nenek sendiri nampak betapa besar pengorbanan nenek besarkan aku sampai masa aku mendirikan rumah tangga. Mama Babah tak pernah iri hati kenapa setiap minggu aku nak ada dengan nenek. Siapa aku tanpa nenek? Walaupun sekali-sekala aku hampir tewas dengan ragam nenek, tapi aku tak mampu jauh dari nenek. Dia tempat aku bermanja, marah, ,merajuk, bergaduh. Tak ada siapa yg aku cari melainkan nenek tiap kali jauh hati dengan mama atau babah.
Merungutlah macam mana pun. Marah lah macam mana pun. Salah faham antara aku dengan nenek tak pernah lama. Nek... Eyka syukur nenek dikurniakan kesihatan yg kuat sampaikan ke hari ini nenek masih bekerja. Dalam usia 67 tahun nenek masih berkhidmat sebagai supervisor di sektor swasta. Ya Allah sayangnya Allah ta'ala pada nenek :') Semoga nenek terus sihat hendaknya... Amin~
JAMELAH BINTI MUSAH @ QUEEN OF MY HEART |
No comments:
Post a Comment