♥ King and Queen :

Wednesday, March 14, 2012

Nenek punya mulut, cucu kena bakar sambil semak result SPM.


Alahaii comel nya la makhluk ciptaan Allah s.w.t nie kan. Tapi sayang tak lama Arwah dipinjamkan. Tuhan ciptakan sebaik-baik manusia. Tapi malang dia dibakar dalam keadaan dah tak bernyawa. Pagi-pagi dah nangis baca kisah nie. Tak boleh bayangkan betapa kejamnya manusia berhati iblis ! Tu lah org kata, "..kerana mulut, badan binasa.." Nenek punya mulut cucu yang mati seksa. Buat semua, kita sama-sama manusia, tak lari dari sifat amarah dan dendam selagi tak dikawal. Sebab tu banyak kali pesan jaga mulut, jaga tingkah laku. Sakit hati macam mana pun diam kan je sebab percaya Allah s.w.t ada balasan-Nya pada mereka yang mengkhianati kita atau sengaja melukakan hati kita. Diam kan saja sangat mudah kan? Tak siapa duga apa akan jadi selepas nie kan? Elak kan sebelum terlambat korang, nak nyesal dah lambat sangat dah. 

~Al-fatihah~



Sambil tu adik adik yang tengah dup dap tunggu result SPM tu ada cara mudah jugak untuk korang. Ingat nombor giliran tak? Sure ada yg langsung tak ingat kan? Semak sendiri melalui SMS kalau nombor giliran SPM korang still tersemat indah kat kepala eh = ) Bertuah betul zaman sekarang macam-macam teknologi. Cehh. Tapi kalau aku memang tak laa aku nak semak melalui SMS nie. Tak rasa bahang berkumpul depan sekolah ramai-ramai sambil seram sejuk badan haha. Kenangan. Harap harap keputusan adik lelaki aku pun okay hendaknya. Amin.

1 comment:

Liza Razak said...

lagi best amik result kat sekolah..baru happening !! :)