♥ King and Queen :

Thursday, March 29, 2012

Pertunangan Ini.


Terikat kini.
Aku? Hujung tahun barangkali? Doakan ya.
1st April 2012 ini. Genaplah usia perkenalan kami.
5 tahun, hampir ke peringkat matang. 
Mahukan ikatan seindah Liyana Jasmay? Harapan hanya impian (pinjam tagline Marya Hana)

LIYANA JASMAY. TAHNIAH lil' baby!  #littlelovers

Tuesday, March 27, 2012

Apa kaitan aku dengan blog? + Rindu Segmen dan Contest !

Salam Ukhwah, (Aaaa.. rindu trademark sendiri hiewhiew ;D)

Dulu selalu tengok kakak make-up blog. Tak tau pun blog tu apa? Minta kakak create satu blog sebab apa? Sebab nak sangat make-up blog sendiri, cantek! *masuk bakul angkat sendiri.  Lepas tu mula syok sendiri jadikan blog sebagai tempat luahan perasaan. Haruu betul! Kalau boleh semua kisah teladan nak di-blogkan cett! Masa tu budak lagi hee. Dalam tak sedar dah 3kali aku tukar URL. Macam-macam nama. URL pertama, superbxoxo.blogspot.com second URL superbmuks.blogspot.com dan ini ... yang terakhir kalinya. Cewahhh! Dah tak nak tukar walaupon nama blog memang tak semengah tapi takmo takmo. Biar je, sebab URL nie gak banyak kenangan terjerumus dalam dunia blogging yang separa matang. Maksudnya?? Dah takdek laa kisah cintan cintun. You prust sinun I prust sanun. You jump I buat tak tahu. Nak disenarai panjangkan memang sumpah geli ! Padahal blog sendiri haahaa. Itu dulu ! Datangnya kawan-kawan blogger yang tak jemu menegur dan bagi pendapat barulah aku tahu apa itu blog. *tumbuk dada macam gorilla. Macam? Bukan memang gorilla eh? ^_^ Terhapus jugak widget widget comel seperti dedaun turun bak hujan, Domokun joget-joget tepi sidebar, ikan koi renang-renang, cursor perpusing minta penampar, dan lagu-lagu syahdu yang boleh mendatangkan kemenyirapan yg unggul. Aduhaiii kenangan :') Tak lupa juga nama ini, TheMuks[SCC] yang secara rasminya terpaksa ditukar kepada Eyka[SCC] lebih molek katanya hee. Siapa ajar kita, siapa siapa ?? Jom skodeng dorang nie semua, jari jangan jadi pemalas nak follow eh. Hodoh kebabas pon blog seseorang tu jangan kedekut untuk explore. Nie  tak asyik nak follow blog cantek je babap kang ! Mereka adalah (poyo la kau mok)

Si Abam Gedang : Ben Ashaari.

MTT Si Miss Toink Toink.

Sunah Sakura penyejuk mata.

Lulu Pages Si penyampai berita.

KekNis Si pojaan ramai.

Yaya si becok geliga.

Blogger macam biasa la kena kasi tayang sikit header barulah hati tu nak follow ye dak? 
Tak payah nak geleng geleng lah pang kang :D Klik je kat header awesome tu then carik laa button follow

Tengok muka-muka kat atas gila rindu dengan zaman segmen + contest. Bila segmen tu berebut-rebut nak jadi yang pertama post link ke ruangan komen. Rasa puas bila dapat join. Contest pon sama, menang kalah tak pernah jadi masalah utama yg penting puas dpt join! Tang hadiah tu yg best. Menang key chain la, doodle percuma la, ceklat ferrero laa, patung domokun. Kenangan.... Mahap kali nie paling panjang rasanya. Entri rinduuu katanyaa auw >,< 


Si Darah Manes : Farrah Nufaskha.

Si Sepet Farrah Noor Ali.

# Ringankan laa tangan jugak follow dorang ya. Adik adik manes yg berjaya dijeling. Dorang tengah jinak-jinak dgn dunia blogging. Jom support ! Follow-Mellow ~

Wednesday, March 14, 2012

Nenek punya mulut, cucu kena bakar sambil semak result SPM.


Alahaii comel nya la makhluk ciptaan Allah s.w.t nie kan. Tapi sayang tak lama Arwah dipinjamkan. Tuhan ciptakan sebaik-baik manusia. Tapi malang dia dibakar dalam keadaan dah tak bernyawa. Pagi-pagi dah nangis baca kisah nie. Tak boleh bayangkan betapa kejamnya manusia berhati iblis ! Tu lah org kata, "..kerana mulut, badan binasa.." Nenek punya mulut cucu yang mati seksa. Buat semua, kita sama-sama manusia, tak lari dari sifat amarah dan dendam selagi tak dikawal. Sebab tu banyak kali pesan jaga mulut, jaga tingkah laku. Sakit hati macam mana pun diam kan je sebab percaya Allah s.w.t ada balasan-Nya pada mereka yang mengkhianati kita atau sengaja melukakan hati kita. Diam kan saja sangat mudah kan? Tak siapa duga apa akan jadi selepas nie kan? Elak kan sebelum terlambat korang, nak nyesal dah lambat sangat dah. 

~Al-fatihah~



Sambil tu adik adik yang tengah dup dap tunggu result SPM tu ada cara mudah jugak untuk korang. Ingat nombor giliran tak? Sure ada yg langsung tak ingat kan? Semak sendiri melalui SMS kalau nombor giliran SPM korang still tersemat indah kat kepala eh = ) Bertuah betul zaman sekarang macam-macam teknologi. Cehh. Tapi kalau aku memang tak laa aku nak semak melalui SMS nie. Tak rasa bahang berkumpul depan sekolah ramai-ramai sambil seram sejuk badan haha. Kenangan. Harap harap keputusan adik lelaki aku pun okay hendaknya. Amin.

Monday, March 12, 2012

Follower I omputeh sahaja okay.

Lama tak update. Sebuk vacum blog beberapa minggu nie. Berhabuk macam rumah kena tinggal. Cehh! Si kaki tweet juga dah jarang ber-tweet sebab kaki sebelah dah hilang hoho. Minggu nie start tweet balik, habis hura hara status status twitter I dengan ke-emo-an yg ntah datang dari mana haishh. Tak bagus betul! Terlajak kata tak boleh undur nek nyang cakap. Tapi terlajak tweet boleh delete an an an >,<  Follower omputeh celah mana yg sudi follow I habaq sat? Yang pasti bukan blogger la. 


See. Tersirap je bila dapat followers macam nie kan. Bukan lah tak hargai cuma untuk apa? Kalau carutkan dorang pon belum tentu dorang paham ye dak. Mana datang followers nie? Gara-gara sebok dok follow quotes best best, haa nie makan dia. Berselerak TL dengan dorang-dorang. Mesej berantai tu yg tak tahan tu.

"Kalau uolls follow si polan nie. i olls akan follow uolls balik."

Tak pun,

"Perlukan sejuta followers? Jom follow I uolls. Sure akan mencanak follower uolls. Gitew."

Haaa. Mampu? Tak kan ^_^ Rupanya kalau tak private tweet pun boleh juga dijadikan punca omputeh omputeh nie follow korang sesuka suki eh? Ohh jenab baru tahu. Jenab buta twitter al-kisahnya :D Before this I dok private kan twitter. So insan insan terpilih jela yang nampak ke-merapu-an I kenn. Tiba-tiba hati getis nak unmark private tu. Sebab? sebab nak show off amarah laa apa lagi haha. Teruk kan medium medium cenggini org jadikan tempat lemparkan kemarahan a.k.a diary hidup. Termasuk haku ihiks >,< 
Tu lah susah weii nak bendong. Gila! Kalau dah berjuta lemon pengguna twitter/fb acane pulak nya korang nak bendong supaya stop gunakan medium ini sebagai pelempias perasaan? Adakan ceramah motivasi dari rumah ke rumah mungkin? Search sorang sorang user sampai mampuss oik oik =.=' 

#Yang kau kenapa ber-I bagai ? Getisss tau ! ~,~'

Thursday, March 1, 2012

1 Entry tentang Bieber?? Hamaigadd ! *mati*


Okay. 10 saat yang lalu. Kering kotang. Otak tak ada air. Kena potong barngkali? Tangan gatal nak buat entry. Tapi mata jealous minta pejam. What the****. Tengok apa jadi bila tangan melawan kehendak mata. Nak juga di taip nya entry ini. Dalam keadaan mata lip-lap-lip-lap macam bilah air-cond melambai. Sayuppp je rasa. Macam nak taip entri pasal orang mati pon ada. Jari bergerak seiring nadi tapi otak melayang ingat katil empuk. Apa nak taip? yang paling ringkas melintas kat otak. Aku nak wish budak nie : 




Eh! Entry dalam entry. Wohoo idea kanak-kanak melintas jugak dikala mengantuk. Layan kan saja. 
Aku suka bdak ni. Kagum dengan dia bukan sebab rupa. *Hakikatnya memang dia kacak laa*
Dia berbakat paham tak? Dari segi apa? Pegi google juga youtube. Paling paling paling
disukai. Dia abang. Abang yang sangat penyayang. *Untunglah kau Selena oii, penyayang buah hati kau nie* Juga abang untuk semua adik-adik orang lain. Dia gembira untuk menderma sebab dia ada rasa simpati. Lelaki kalau ada adik kecik kompem penyayang! Dia rasa budak-budak kecik tu macam adik dia Si Jazzy & Jaxon. Comel macam abang dia gak. Sabar jap tengok nie :


Si birthday boy !


Jaxon Bieber & Jazmine Bieber (Jazzy)


*Lovely*


Jelena - Dorang bahagia korang lak yang heartbreak apesal?  

#Okay aku dah segar. Konon tatap Bieber teros segar. Chaippp >,<