Waktu hingos meleleh hebat bercinta. Kau meronta-ronta nak rasa jadik 'tunangan orang'. 6 tahun Tuhan kasik masa kau selam tenggelam timbul hati masing-masing. Sampailah ke satu fasa pertama kau 'ditanda'. Sekarang kau dah rasa kan? Kau terdiam. Kau banyak menung fikirkan last step kau utk ke fasa terakhir. Dugaan yg orang tua-tua kata kau amik remeh. Sekarang hati keras kau dah ubah jadik hati tisu. Sensitif manjang bila org cakap tentang persiapan. Tentang persediaan diri. Jawapan aku : TAKUT.
Orang yg kawen 100% duit keluarga. 100% duit bakal laki kau. Memang teruja aa. Mengelenya nak cepat nikah. Aku rasa mungkin perasaan teruja tu dtg time sehari sebelum akad la kot. Buat masa nie bila orang tanya, aku tak cool, tapi kaku. Kalau boleh elak aku sedaya upaya elak utk ditanya sebab? Sebab memang tak ada perasaan apape. Aku gurau gedik-gedik gatal depan family konon tak sabau nak kawen. Hakikatnya. Aku tak rasa apape woi. Aku kosong. Betul la sebenarnya nak bina masjid nie tersangat lah mudah.. mudah kalau ikut yg wajib sahaja. (Paham-paham la ya..) cuma nya bila masuk bab adat keluarga kedua-dua pihak, sebagai anak, sebagai tuan empunya diri yg bakal di kahwinkan, kalah.. kau memang kalah! Sisa-sisa redha je kau kena ada sekarang nie..
Perubahan aku tak ada sapa nampak kecuali tunang sendiri. Dia nampak, dia tau, dia rasa dan semestinya dia jugak mangsa bila dtg emo kita kan. Angin monsun boleh dikatakan setiap hari datang. Emo tak payah cakap aa. Betapa kebalnya telinga dia, bila sampai satu masa aku boleh menjerit kat dia kenapa pilih aku. (tau dah kat situ je dah nmpk kebodohan diri sendiri -.-) Dia punya 'matkool' jugak yg sedorkan aku. Gila! bila melalui fasa-fasa nie baru kau sedar la betapa rapuhnya hati kau wei. Tercuit sikit kau nangis. Terbangkang sikit kau hempas badan. Terperli sikit kau terus kunci diri. Entah hape hape lah perangai pelik nie.. macam dah tak jadi diri sendiri..
Tiap malam aku cakap kat diri jangan sekali-kali lupa dugaan nie. Esok lusa tulat, kalau Tuhan kasi ruang aku laki bini rasa sikit senang.. jangan pernah lupa kesusahan sekarang. Tuhan dtg kan aku bakal suami yg tak kaya, tak hensem, tapi tahap kesabaran dia dengan kerenah aku.. Allahu, cukop dah Ya Allah.. sabarkanlah dia sampai bila-bila... Yup, aku mula rasa :')
tiap apa yang mematah tegakmu
tiap yang menolak
tiap yang memijak henyak
biar dibelakangmu
jangan dikenang
moga dibuang
dendam dan sayu
tuhan jangan kau izinkan aku lupa
jangan kau biarkan aku mendepang dada
pasakkan hatiku pada kaki
paksa kan ku tunduk sehingga mati
crdt to : #FynnJamal :')