♥ King and Queen :

Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday. #Danbo






Credit to : Ariff Lee  (Owner Si Danbo)
Location : Putrajaya. 

*Thanks Arep pinjamkan aku Mr. Donbo kau. #JatuhChenta ~,~' 

Tuesday, October 16, 2012

Yang Kita Harapkan.




Yang Kita Harapkan : 
Agar langit Tuhan ini akan sentiasa cerah. Walaupun kita tahu, ada kala cerahnya langit itu tak akan sampai ke petang atau tidak kah kita tahu bahawa turunnya hujan itu menandakan Rahmat Tuhan?

Yang Kita Harapkan :
Kehidupan yang penuh dengan imaginasi kita yang dari  kecil kita corakkan. Limpah dengan kemewahan. Kasih sayang dan kebahagiaan. Hinggakan kita lupa apa pula harapan bagi mereka yang daif diluar sana? Apa imaginasi mereka? Apa misi kehidupan yang mereka kehendaki?

Yang Kita Harapkan :
Kekasih sejati, yang boleh menjadi halal untuk kita sentuh. Imam dalam setiap sujud kita pada-Nya. Ketua untuk kita bina sebuah keluarga bahagia. Ya Tuhan.. nikmatnya setiap susunan kehidupan yang kau cipta.

Yang Kita Harapkan :
Penghijarahan seorang wanita biasa yang cetek iman nya untuk berubah menjadi seorang muslimah. HIJRAH! Saban hari. Perkataan itu bermain diruang minda. Kadang-kadang, dalam sujud mata menangis tanpa tahu kenapa? Kenapa menangis wahai mata?

Yang AKU Harapkan :
Agar terkumpul 1000 kekuatan diri untuk aku terus sahut permintaan nurani. Bayangkan, setiap malam. Aku bergelut resah untuk lena. Dingin malam, masih tak mampu keringkan peluh yang resah. Kenapa? Puas berpusing, fikiran ligat melayang, apa yang tak kena? Tak semena-mena yang terpandang hanya lah sehelai tikar suci itu. Ya Allah... apa sedang kau cuba tunjuk kan. Andai ini permulaan bagi ku laksanakan permintaan hati. Berilah aku kekuatan untuk terus sahut seruan Mu Ya Tuhan. Dalam resah, dalam takut. Aku ingin terus dekat. Hapuskan yang silam dan serahkan segalanya pada-Mu pencipta ku. Beri aku masa.

#Disini aku pilih untuk suarakan resah ini. Terlerai rasa takut. Lega untuk beberapa ketika. Bimbinglah.