♥ King and Queen :

Friday, June 6, 2014

Alhamdulillah SAH !

Assalamualaikum.

1 Syaaban bersamaan 30 Mei 2014, Sah kawan baik sepusat sepusing aku tukar status dari tunang kepada isteri. Happy for you kakcik aka Fyza. Percintaan dia orang dari form 3 sampai umur 25 akhirnya. 

#FyzaHafizNikah #1Syaaban1435H #30Mei2014 #Barakallah 

Jenis aku memang paling liat nak join sesi reunion kenduri kahwin kawan-kawan sekolah. Bukan kera sumbang, bukan sombong bodoh dan bukan pemalas! Lebih kepada segan tak bertempat (bangangkan ;D). Perangai hape pon tak tau lah. Wedding kawan-kawan baik yg jenis boleh gelak sama-sama tak payah cover cun je yang aku berani hadirkan diri kehehe. Nak jugak sebenarnya join bila dapat jemputan tapi memang jenis perangai segan yg tak bertepian -__-" 

Even kakcik agak rushing time tu, hafiz pulak terganggu emosi sebab adik lelaki dia accident masa on the way ke masjid, masa tu suasana macam sebak-sebak belah pihak lelaki sebab adik dia gagah jugak orang pimpin masuk masjid demi tengok abang long dia di ijab qabul. (pis kali kedua aku tengok kau nangis eh! di ulangi kali kedua haha. 1st time kau nangis masa tettt.. kahkahkah) tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Barakallah sahabat, semoga bahagia sampai syurga.. Amin! :') 

 Sahabat, dari sekolah rendah naik ke menengah. Sama-sama sampai beranak cucu ^_^ 


Sesi selfie. Sesi monopod. Sesi bullying Aya Sophea gedikkk! 



Alhamdulillah tiga-tiga kesayangan kita dah selamat jadi isteri. Tinggal turn si gemok gendut tu je haa. Dah lama sebenarnya tak tengok orang ijab qabul. Bila dah kena kahwin nie makin nervous tengok kakcik hari tu. Pengantin mana yg tak alami saat kelam-kabut, kalut, banyak songeh?? Pengantin mana habaq maii.. Risau majlis tak sempurna, risau makanan tak cukup, risau jemputan datang ke tak, serba serbi risau... Ya Allah permudahkanlah.. Amin~ 

 Sesi dgn ex-smart batch 2002-2006 (Bini org,tunangan org, girlfriend org..sekian)


Pengantin cantik & handsome hari tu. Kakcik paling lega belah dia dah settle. Esok (7/6/14) aku menyibuk lagi belah lelaki pulak. Al-kesah nya, Mama kakcik officemate aku, mak mertua kakcik (Mama Hafiz) pulak officemate ummie kita. Makanya tugas aku pulak bawak ummie datang majlis belah hafiz. 5 wedding weh esok kejung kau kena jadi driver esok!  T__T 

But first! Let me take a selfieee.. haha phuiee semua tak sedar diri!





Pose 'peace' zaman menggeletis dulu. Mengimbau kenangan katanya. Anak dara mak dara belaka! 


Annyeong~ ~

Friday, May 16, 2014

Simptom-simptom orang KENA kahwin.

Assalamualiakum.

4 hari lagi aku ganjak setahun lagi umur iaitu 25 tahun (motif bagitau?) Target nak kahwin nampak gayanya insha-Allah tercapai lah kut kan (takut hoi) Kalau tak ada aral dalam 7 bulan lagi tarikh keramat tu alahaiiiii. Dulu masa target nak kahwin kemain geletis, confident amboi je kau! Bila dah tunang makin dekat tarikh baru padan muka. Tapi memang perasan sejak dua tiga bulan nie baru aku macam pelik-pelik je perangai. Tiap kali renew internet data (ahkak guna prepaid je deknon tak mampo!) mesti tak sampai masanya quota habis. Bukan main galak dok browsing website kad kawen lah, blog busana pengantin lah, insta servis pelamin, hantaran, makeup bla bla bla. Otak dok kalut tiap bulan. Dah start dah simptom bakal pengantin. Scroll pelamin suka, tengok design cecomel senyom sampai telinga, lepas tu tengok quotation terbeliak bijik mata, kira-kira budget berlinang ayor mataaaa! Bapak la wei cost semua makin biadap harganya. Kesian bakal-bakal pengantin. Masuk 2015 memang menanah lah korang nak ngumpul. *sobs*

Runsing dengan diri sendiri sebab hari-hari naik train pegi kerja, mesti wajib bukak instagram Wedding Bulb. Kita suka sangat sangat sangat design pelamin dia. Banyak putih. Macam nak nangis tengok. Wishlist aku untuk tahun nie memang banyak ke arah persiapan perkahwinan lah gamaknya. Baru tadi berani email wedding bulb tanya quotation pelamin dewan dia. Tawakal je lah dengan harga yg bakal dibalasnya nanti oi. 

WISHLIST 2014  

Klik gambar atas nie untuk ke Blog Wedding Bulb 


Pelamin nombor 1 nie palingggg aku nak sebab sesuai dengan dewan yg di booking. 


Yang nie klasik kan? Cantik kan? Okay nangis!


Yang nie macam ala-ala persandingan tepi pantai. Cantekk jugak!!


Tiga nie je tiga jeeee yg kita teringin sangat. Kalau sesapa yg datang wedding aku nanti tetiba nampak pelamin lain daripada yg ini al-maklum lah itu maknanya hajat tak kesampaian. Makanya simpan angan-angan kau dalam kelambu lah moks. Engkorang doa-doakan lah tunang kita tetiba dapat durian runtoh ke, family members kita bagi kutipan dana beribu ke, kita naik gaji ke.. hehe amin! Even aku tau semua ini tergolong dalam 'keinginan' dan bukan 'keperluan' tapi kasi chance la si gemok nie pasang angan-angan kan mana la tahu Allah swt setuju Dia makbulkan pula ya dak..hehe amin ramai-ramai. 

Semoga terlaksana majlis kami dengan sempurna.. Insha-Allah~ 


Tuesday, April 22, 2014

Mula Rasa.

Waktu hingos meleleh hebat bercinta. Kau meronta-ronta nak rasa jadik 'tunangan orang'. 6 tahun Tuhan kasik masa kau selam tenggelam timbul hati masing-masing. Sampailah ke satu fasa pertama kau 'ditanda'. Sekarang kau dah rasa kan? Kau terdiam. Kau banyak menung fikirkan last step kau utk ke fasa terakhir. Dugaan yg orang tua-tua kata kau amik remeh. Sekarang hati keras kau dah ubah jadik hati tisu. Sensitif manjang bila org cakap tentang persiapan. Tentang persediaan diri. Jawapan aku : TAKUT.

Orang yg kawen 100% duit keluarga. 100% duit bakal laki kau. Memang teruja aa. Mengelenya nak cepat nikah. Aku rasa mungkin perasaan teruja tu dtg time sehari sebelum akad la kot. Buat masa nie bila orang tanya, aku tak cool, tapi kaku. Kalau boleh elak aku sedaya upaya elak utk ditanya sebab? Sebab memang tak ada perasaan apape. Aku gurau gedik-gedik gatal depan family konon tak sabau nak kawen. Hakikatnya. Aku tak rasa apape woi. Aku kosong. Betul la sebenarnya nak bina masjid nie tersangat lah mudah.. mudah kalau ikut yg wajib sahaja. (Paham-paham la ya..) cuma nya bila masuk bab adat keluarga kedua-dua pihak, sebagai anak, sebagai tuan empunya diri yg bakal di kahwinkan, kalah.. kau memang kalah! Sisa-sisa redha je kau kena ada sekarang nie..

Perubahan aku tak ada sapa nampak kecuali tunang sendiri. Dia nampak, dia tau, dia rasa dan semestinya dia jugak mangsa bila dtg emo kita kan. Angin monsun boleh dikatakan setiap hari datang. Emo tak payah cakap aa. Betapa kebalnya telinga dia, bila sampai satu masa aku boleh menjerit kat dia kenapa pilih aku. (tau dah kat situ je dah nmpk kebodohan diri sendiri -.-) Dia punya 'matkool' jugak yg sedorkan aku. Gila! bila melalui fasa-fasa nie baru kau sedar la betapa rapuhnya hati kau wei. Tercuit sikit kau nangis. Terbangkang sikit kau hempas badan. Terperli sikit kau terus kunci diri. Entah hape hape lah perangai pelik nie.. macam dah tak jadi diri sendiri..

Tiap malam aku cakap kat diri jangan sekali-kali lupa dugaan nie. Esok lusa tulat, kalau Tuhan kasi ruang aku laki bini rasa sikit senang.. jangan pernah lupa kesusahan sekarang. Tuhan dtg kan aku bakal suami yg tak kaya, tak hensem, tapi tahap kesabaran dia dengan kerenah aku.. Allahu, cukop dah Ya Allah.. sabarkanlah dia sampai bila-bila... Yup, aku mula rasa :')


tiap apa yang mematah tegakmu
tiap yang menolak
tiap yang memijak henyak
biar dibelakangmu

jangan dikenang
moga dibuang
dendam dan sayu

tuhan jangan kau izinkan aku lupa
jangan kau biarkan aku mendepang dada
pasakkan hatiku pada kaki
paksa kan ku tunduk sehingga mati 

crdt to : #FynnJamal :') 

Thursday, January 9, 2014

Bukan Mudah.

Dulu kau jadi kanak-kanak/anak paling seronok waktu kenduri kahwin dijalankan.
Kau seronok sebab berkumpul ramai-ramai.
Kau tahu waktu keduri lah kau bebas nak merewang satu kawasan.
Mak sediakan baju ikut tema. Ada kompang. Ada baling gula-gula.
Rebut nak cabut bunga mangga. Seronoknya kau. Bukan main.
Yelah waktu tu bukan kerja kau untuk ambil tau berapa kos-
Pelamin dia eh?
Baju dia tempah ke sewa eh?
Hantaran dia..Huyaiii !
Catering berapa RM satu kepala dia amik eh?
Door gift dia letup-letup!
Yg engko tau waktu tu, makan dan main.
Buat haruk kat majlis, itu keseronokkan kau.

Sekarang, kau dah besar, anak dara dah.. dah dipinang *sobs*
Bapak tunggu masa hitung hari nak lepaskan puteri terakhir dia ke tangan bakal suami *sobs*
Tapi mak wanita paling teruja. Nak macam tu. Nak macam nie. *sobs*
Anak.. tugas kau. Memang dah jadi kewajipan zaman sekarang kena kahwin sebiji macam
apa yg mak bapak tok nenek nak.
Walaupun ramai yg tak setuju tentang kehendak melampau-lampau dlm majlis kahwin.
Tapi memang dah tak boleh dibendung.
Kau bantah, ada yg akan meneging.
Akhir sekali hati mak ayah kita sendiri yg sedih.
Sebab kena tempias kata-kata org keliling.
Makanya anak, puaskanlah hati mak bapak kita selagi mampu
Berat tapi cuba aje lah, Allah swt setuju, Dia akan bantu.
Asal niat hati, demi senyuman Mama Babah bila tiba majlis tu nanti.... *peluk*

Thursday, June 20, 2013

Blessed.

Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah dah nak dua minggu ikatan pertunangan eyka dengan khairul. Sangat bersyukur dengan segalanya yg dipermudah oleh-Nya. Tak lupa juga keluarga dan kawan-kawan yg sama-sama tolong eyka langsungkan segala persiapan majlis pertunangan eyka pada 8 Jun 2013 hari tu. Jasa baik kalian ada ganjaran di akhirat nanti, insya-Allah :') 

Mama Babah dan bakal mak mertua yg sudi merestui ikatan kami. Ummie, nenek and kakak yg dari awal tak putus asa booking itu ini, bawa eyka sana sini cari barang majlis. Kila yg sudi tambahkan manik kat baju kita, pinjamkan carpet bulu-buluan utk kita and tempahkan bunga tangan kita. Asiah yg tolong pinjamkan dulang tembaga utk hantaran kita. Jefri boss Marquesas Production yg sudi snap gambar and video utk moment pertunangan kita. Kepada makcik pakcik kesayangan eyka yg sponsor hantaran dll tu terima kasih banyak-banyak. Ya'Allah balas lah segala jasa dan kasih sayang mereka buat eyka selama ini aminnn :') Sayanggg korang semuaaaaa. 

Dalam kesederhanaan dan serba kekurangan majlis itu, eyka tetap bersyukur adanya mereka yg melengkap segalanya. Maaf semua jika ada yg kurang. Doakan ikatan kami hingga ijab dan qabul insya-Allah...

8 Jun 2013 :



Kepada En.Tunang :

Setelah hampir 6 tahun kita mengenali hati budi, akhirnya kita decide utk wujudkan ikatan ini. Walaupun dlm keadaan yg serba sederhana segalanya tetap bermakna buat kita. Semoga kita sama-sama kuat utk tempuh alam pertunangan yg semestinya banyak dugaan kelak. Sedang cuba perbaiki diri utk jadi yg terbaik, insya-Allah. "Ya'Allah terima kasih atas ikatan ini, sesungguhnya rasa cinta kami datangnya daripada takdir dan kehendak-Mu. Dekatkanlah hati kami agar tidak saling meyakiti, rahmatilah perjalanan kami hingga kami sah menjadi suami isteri.. Amin" :') 


Thursday, April 25, 2013

Korean Face Mask : Saja cuba-cuba.


Hello ! Sepatutnya #WordlessWednesday semalam ya dok? Disebabkan kemalasan melampau nak meng-update kita bawak kepada hari ini tehehe. Hati nak update tapi mata dengan kepala otak dah sepakat nak layan Family Outing Marathon. Pekejadah entah cerita dah lama lagi nak ulang. Variety show paling kita gemor FO and Running Man, Fighting ! Maka terlahir lah kegatalan jari jemari dok purchase produk korea kat atas nun. Beli online dah seminggu sampai. Malam tadi baru try. Pestime try, ringan je muka yg berlemak nie. Rasa free! Tapi tipu lah sekali try dah boleh dpt ghope putih gebu telur rebus kan??!! Memang tak lah nak sebijik rupa korea! Masih berpijak dibumi yang nyata, jangan risau! Sesaja nak cuba-cuba. Beli dua keping je face mask nie yg kecik kecik tu dpt free utk tester. Kalau okay boleh lah order lagi kan >,<

Nak try jugak? Shopping kat sini -----> cathyjoy.com 

*Credit to kawan satu sekolah kita, #BloggerPemes MARYA HANA yg membuatkan aku pon terjebak purchase produk nie cehh :D  

Tuesday, April 23, 2013

Hello ! Cat Lover. I've something for you!


Haa.. khas untuk cat lover dekat luar sana! Pernah dengar kan Henry Cats & Friends? Tak tahu? Try click nama atas tu. Boleh exercise mata tengok website dia. Macam eyka memang 100% pencinta kucing. Memang melting gila bila tahu company eyka joint venture dengan HCF nie! Dapat je catalog dia terus berkaca-kaca mata dengan hasil tangan Mr. Henry Lee nie. Just imagine dia kutip batu-batu sungai kat merata dunia then dia lukis gambar-gambar cat, dog, puppies dan macam -macam lagi. Hasil dia macam 3D! Tengok dengan mata macam hidup je lukisan tu tapi bila pegang ia cuma seketul batu cantik yg dilukis dengan hasil seni yg sumpahhhh awesome! Ada macam-macam tau, coin purse, bantal, cadar, file dll. Harga dia memang tak berapa nak murah tapi masih ada yg berpatutan. Eyka, kelip-kelip mata pressure boss nak jugak salah satu dari hasil tangan Mr. Henry nie. Akhirnya tadi boss dtg bawa paper bag dia! Tehehee dah agak memang untuk eyka ngeee >,< boss belikan kita satu beg make up dengan file HCF yaaayyy!


Ini saya punya yaay happy me! ;D
Nie design untuk bag make up. Dia lukis sendiri kat atas kain  nie. Sukaa! 
Dalam dia luas sangat + Ada pocket untuk separate make up kita.


Happy me! Tehehe.. lepas mie kena kerja kuat untuk bodek boss nak pillow and coins purse HCF pula ahaha! Berita baik jugak maybank credit card holder, korang boleh purchase benda nie melalui point credit card korang. Pilih mana nak ada discount tertentu. Seronok lah korang :( Org yg tak minat mesti nampak macam kanak-kanak ribena kan? Tapi believe me cat lover kat luar sana mesti suka gila! Macam eyka lah, tak sabar nak buat open roadshow untuk HCF boleh verangans pegang - pegang barang HCF depan boss pastu buat muka seposen ;D 

Cute! Ni sebenarnya pillow je bentuk bulat, Tapi lukisan
dia buat dia nampak 3D. Mcm betul je kepala dia tersembul kan. 
See! Arghhhh melting wehhh ! Tak sabau nak start roadshow!

~Kbai~ 

Friday, April 12, 2013

Perhatian : Blackberry User Jom Install MOLOME !


Hye! BB user sekalian alam. Jom install app nie kat BB World korang. Free je. Memandang kita nie idok ler dapat guna app instagram tu haa. Molome nie lebih kurang Instag jugak! So, tak ada ternganga sangat kita nie sebagai pengguna BB kan hehe. Nak sign up melalui desktop @ laptop pon boleh klik SINI :) 
Haa.. apps nie terbuka untuk android and iphone user jugak. Cuma kena bayar ke tak tu kita tak tau. BB user free! Try lah kbai~ 




Bermulanya Langkah Pertama Kami.

"..heart beats fast, colors and promises, how to be brave?
How can I love when I'm afraid to fall?
but watching you stand alone, All of my doubt
suddenly goes away somehow.."
One Step Closer :' )

_________________________________________________________________

Salam Ukhwah,

Pagi tadi tiba-tiba Khairul tanya kita pasal kedai emas? Kita macam pelik. Dah kenapa? Ingat dia nak pakai emas, mau kita tumbok muka dia. Haram! lagipun burok ! Then lunch time dia bawak kita pegi Jusco Au2. Borak-borak sambil jalan, dia leka kan kita. Tau tau je kita dah masuk kedai Poh Kong. Kita kaku dalam 5 minit buat-buat diam. Khairul bukan main ramah tanya itu ini. Kita diam je konon-konon budak baik. Elelele! Walhal mata dah blink blink tengok showcase tu "huiiii huiiiii" tu je yang terdetik dalam hati seorang wanita nie kahkahkah. Dasar wanita hishhh :D 

Dah lepas 15minit barulah dia tanya "Nak yang mana?" Gulpppp. Eh eh pilih ya? Untuk kita ya? Tersipu-sipu si gemok nie dah macam baru kenal 5 minit tadi Kehehehe! Even kita tau lah untuk risik and tunang tapi still lah terharu sebab rupanya memang dia pun nak jadikan bakal dia hehehe. Actually dua dua pon kaku yelah tak pernah tunang kan ;) Haha! Kita pilih yang murah-murah je cukup la syarat untuk langsung niat murni kami. Tak payah la kot memahal ek. Ikut nafsu kang dua-dua binasa. Nak kawen lagi nanti haa haa. Nampak tak gatal >,< ! Kboi~ 


Kita abadikan langkah pertama kami kat sini. Biarlah 
orang nak cakap apa. :)


See, murah je kita tak demand. Kalau kita cantek 
macam korang sudah pastinya kita mintak mahal-mahal. Tehehe! 

Thursday, April 11, 2013

NENEK.

Salam Ukhwah,

**Pertama sekali minta reader atau para blogger yang terbuka entry  nie sama-sama sedekahkan Al-fatihah buat ketiga-tiga arwah datuk saudara (2org) dan nenek saudara (seorang) aku yang baru saja pulang ke rahmatullah dalam masa seminggu ini, Al-fatihah...**

Daripada hari Jumaat lepas aku ambil EL sebab berita kematian seorang datuk saudara dekat sentul. Selang 3 hari dapat pula berita kedua kematian abang kepada Arwah yang pertama tadi. Dan semalam waktu tengah kerja, berita ketiga pemergiaan nenek saudara di Flat San Peng. Dalam masa seminggu tiga kali aku apply EL untuk menghadiri pengebumian dan tahlil arwah. Allahuakar... sesungguhnya segala yg ada dekat bumi hanya pinjaman-Nya. Dah tersurat mereka bertiga pergi serentak hanya selang beberapa hari. Kata orang tua-tua kalau pemergian yang pertama cuacanya cantik mendung, kemungkinan ada yang kedua menyusul. Jika yang kedua juga cuacanya baik, ada yang ketiga bakal menyusul, dan yg ketiga ini, dilimpahi hujan rahmat yang sangat lebat sampaikan dilanda banjir. Tapi alhamdulillah atas  kehendak yang maha esa, segalanya berjalan lancar. Wallahualam... 

Setiap yang diuji itu menandakan Allah s.w.t ingat akan kita dan tahu kekuatan kita. DIA tak kan uji hamban-Nya yg tak kuat. Setiap yang hidup pasti akan mati. Ya Allah kau berikan kesihatan yang baik buat nenek kami Jamelah Binti Musah. Tak dpt bayangkan hidup nie tanpa nenek :'( dari kecik sampai besar tangan tua tu jugaklah yang suapkan aku makan. Tak jemu dia jaga kebajikan anak-anak babah. Aku nak nenek ada waktu aku di akadkan. Aku nak nenek sendiri nampak betapa besar pengorbanan nenek besarkan aku sampai masa aku mendirikan rumah tangga. Mama Babah tak pernah iri hati kenapa setiap minggu aku nak ada dengan nenek. Siapa aku tanpa nenek? Walaupun sekali-sekala aku hampir tewas dengan ragam nenek, tapi aku tak mampu jauh dari nenek. Dia tempat aku bermanja, marah, ,merajuk, bergaduh. Tak ada siapa yg aku cari melainkan nenek tiap kali jauh hati dengan mama atau babah. 

Merungutlah macam mana pun. Marah lah macam mana pun. Salah faham antara aku dengan nenek tak pernah lama. Nek... Eyka syukur nenek dikurniakan kesihatan yg kuat sampaikan ke hari ini nenek masih bekerja. Dalam usia 67 tahun nenek masih berkhidmat sebagai supervisor di sektor swasta. Ya Allah sayangnya Allah ta'ala pada nenek :') Semoga nenek terus sihat hendaknya... Amin~


JAMELAH BINTI MUSAH @ QUEEN OF MY HEART 

Wednesday, March 20, 2013

Kenapa Nescafe?

Salam Ukhwah...

Cuaca lately nie membahang tak kira siang ke malam kan? Aku anak perempuan bongsu yg terpaksa kongsi bilik dengan 2 orang adik lelaki aku sejak kakak dah kahwin. Keadaan bilik xdek lah 'sardin'. Teratur jugak lerr cuma, bila 3 tenaga duduk dalam satu bilik bahang dia memang hebat la kan. Jenis aku panas sikit memang moody plus menggelupor. Paling tak suka bila time sleep aku jadi tak selesa lagi lagi bilik sendiri. Dulu masa kakak ada tenang je tidur even selalu bertekak pasal kipas dan lampu. Selalu cakap macam nie "Tak sabar nak tunggu kakak pindah sebab boleh duduk bilik sorang.." Alih-alih Babah gatal mulut suruh adik2 tidur sebilik dengan aku. Mana boleh! Org perempuan pulak tu. Sakit hati sangat2 tiap kali balik keje. Bilik yg dulunya nampak la 'bilik perempuan' sekarang dah bertukar macam hapa entah. Seriously mood nak hias bilik tu macam dengan kakak dulu langsung xdek. Selagi sebilik dengan dua orang hantu tu!

Apa kena mengena dengan nescafe? Haha. Sukati la! So bila perkara nie terjadi aku selalu kalah dalam pertelimgkahan tu. Sebab babah akan masuk back up. Tak nak hall sepah la. Tak suka org tido kat hall la. Rumah flat kot bukan teres :'( Disebabkan aku protes, tiap kali balik keje, siap gosok baju semua, aku terus keluar amik udara luar jalan-jalan buang masa. Tak kesah kemana pon asalkan bukan perap kat rumah layan sakit hati. bengkakkkk tau! So, kesimpulannya, tiap kali masuk keje mata panda nie selalu penat tahan ngantuk dek kerana hari hari protes. Hati kita terasa... tapi Mama dengan Babah macam tak paham kita nie anak dara mesti la nak privacy. Janji nak kurangkan nescafe terus tak menjadi. Last-last nescafe je pengubat segala rasa... kbye~

Wednesday, January 23, 2013

Random. Random. Random.

Salam Ukhwah ...

Huhuuuiiiiii ! Blog nie dah terbiar lebih dari 44 hari. Org tua-tua kata kalau rumah kosong kita tinggal lebih dari 44 hari dah ada 'penunggu' dah. So, blog ada tak? HiewHiew >,<

Gemok update blog oiiii. Haa kejot org kampong !! Internet opis sekarang terhad penggunaannya, ditambah pula perangai pemalas nak pikul laptop bawa balik after office hour sangat lah hebat menular kat dalam diri nie. Kehendak hati meronta-ronta nak update itu ini. (Dah ghope PM gamaknya) even kengkawan palinggg palingg rapat pon kaki bahan gara-gara aku minat blogging. Tapi itu bukan punca nya. Ala biasa lah mana-mana blogger separa tegar pon kadang-kadang memang akan timbul simptom-simptom malas tu. MTM 'Mahu Tapi Malas' :D Ahahaha...

Bayangkan dulu kala ada je isu nak di type and kongsi dengan kawan-kawan kat alam maya nie. Sekarang makin tua makin hampeh! Sampai kawan-kawan kahwin pon gilaaa malas nak masuk blog. Teruk! Sebab tu lah tertubuhkan entri RANDOM ini hihi hihi !

Sekitar Hujung Tahun 2012 & Awal Tahun 2013 : 

1) Holiday dengan #CkCkE before sorang dari kami bergelar Puan :')

Penang Bebeh !

Hopping Island @ Tasik Dayang Bunting Langkawi.

Hopping Island 2 @ Pantai Cenang Langkawi.


 2) Sesi kahwin sana-sini :D

Wedding best friend yg lama terpisah. Puan Ainie & Suami 

Last ! Our Shaky Wedding ! 

3) Habis entri random. Kbye ~ 

Friday, November 23, 2012

Tak Perlu Dipersoalkan. Tak Perlu Berdebat.



Salam Ukhwah & Salam Jumaat Blogger,

Isu terkini. Semua pun tahu. Semua pun baca, tatap, tonton dan dengar tentang keganasan itu. Kesedihan itu. Rintihan itu. Sebagai saudara seagama. Kita paham apa itu jihad, apa itu syurga, apa itu pengorbanan. Jiwa islam, ke arah barat mana pun pemakaian, cara hidup dan tingkah laku. Tak kan lari dari sejenis perasaan yang satu tu. Perasaan belas kasihan umat Muhammad s.a.w tak kan mampu ditandingi kaum lain. Akuilah.. utk apa hidup dengan cara barat kalau hati kita masih penuh dengan kasih sayang sesama kita?

Ada yg menentang segelintir kawan-kawan mereka yg asyik bercakap tentang kesedihan mereka berkenaan GAZA. Tak kurang juga yang perlekeh sesama sendiri bila berbicara mengenai keprihatinan mereka tentang anak-anak Palestin. Ya, kami salah kerana masih tidak bertudung. Tapi tak layak ke utk mereka meluahkan rasa belas kasihan tu? Siapa kamu utk menghukum?!! Berdo'a lah... sememangnya hanya itu yg mampu kita sedeqahkan dalam setiap rakaat kita. Tak perlu dipersoal tak perlu berdebat. Pandanglah langit, mata-mata anak kecil tu amat menharapkan do'a kita.. do'a kalian..

Adik, 
Sesungguh sakit yang adik tanggung terlalu sakit utk di tatap,
Air mata adik jadi kekuatan kami disini utk perkukuhkan lagi do'a kami,
Bertahanlah adik.. Bertahanlah saudara seagamaku... #Do'a  #PrayFor Gaza

Sesiapa yang sibuk dok berdebat tentang macam mana dan bila bermulanya kekejaman Israel laknatullah tu boleh klik SINI utk malumat lanjut, sejarah, cara menderma dan macam-macam info tentang AMAN PALESTIN. 



Petikan dari page Aman Palestin : 

JANGAN MENYERAH PALESTINA


Sepi
tiba-tiba berdentum dan
tangisan mengalir
di celah-celah rekahan
menitis
di selitan dedaun kering
teriakan
pecah bertaburan

Menyala semangatmu
Langsung Tiada Gentar !

Walau darah merah pantas membuak
walau remuk redam hati dihimpit kebinasaan
walau letupan menerpa tak menentu
engkau tetap di situ
tiada berganjak , tiada beralih
bangkit sebagai pejuang Islam
bangkit !

Aku terlalu merinduimu wahai syabab
engkau teguh melawan rejim laknatullah
dengan hanya berbekalkan
seketul batu
lemparan itu membawa sejuta makna
kental sungguh dirimu
aku terkesima , menangis sendiri
mengenangkan syahidnya dirimu
Faris Audah
kerana keyakinanmu
menyemai benih Hasan al-Banna

Suasana dingin yang tenang
hilang keindahannya , direntap
peluru itu membunuhmu !
dari udara , tak terlihat
yang tinggal hanya kenanganmu
Essam al-Batsh , kau gagah
Sobhi al-Batsh , kau tidak menyerah
wahai dua bersaudara
dunia membunuhmu syuhada' !
tapi kau tetap hidup , mekar mewangi
dalam qalbu dan air mata
para pendamba syahid

Teruskan perjuanganmu Palestina
Jangan Pernah Mengalah ! see more >>


Thursday, November 8, 2012

eBR1M2.0 : Pemohon 21 tahun ke atas sila ambil perhatian. [PENTING]

Salam Ukhwah Blogger,

Semua pun dah tau kan hari nie LHDN dah start agih manual form BR1M2.0? Mana yang 24jam kerja ngadap PC/Laptop tu silalah buat permohonan secara online kat sini ya --> eBR1M2.0 Kalau tak tau macam mana nak isi sangat-sangat dialukan korang rujuk sini dulu --> Panduan Sistem Talian jangan jadi macam kita! Nyesal tak sudah =.='

Bukan main excited sebab dah jumpa website online, tangan nie kemain laju dok submit tanpa fikir panjang cehh. Rupa-rupanya salah! Dah laa mohon online cuma boleh sekali je huwaaa.

PENTING UTK PEMOHON BR1M (RM250).

  •  Borang sama macam pemohon RM500. So jangan keliru. 
  • Pemohon yang belajar  tak layak memohon.
  • Dah habis belajar tapi still TAK KERJA dan TIADA TANGGUNGAN sahaja yang layak.
  • Juga PEKERJA yang TIADA TANGGUNGAN sahaja yang layak. *ini penting waktu isi borang online
  • Dekat ruangan TANGGUNGAN kita kena letak '0' tau ingat !! Sebab kelayakan RM250 memang tak dibenarkan ada tanggungan.
  • Kalau SALAH ?? Anda dipersilakan menapak ke mana-mana cawangan LHDN berhampiran utk kemas kini, online tak kan layan sebarang pembetulan. ( macam saya ! herghh T_T )

#Siapa yang salah isi tu, cawangan LHDN area lembah kelang berdekatan dengan WANGSAWALK WangsaMaju >,< Kbye ~


Monday, November 5, 2012

Malay Baked Chili Cheese Fries | Thank You Hanis Zalikha.

Salam Ukhwah Blogger !

Gila lama tak update blog. Weekend hari tu spend time with Ummie and Nenda. Packing baju bawak diri pi rumah nenek. Layan nenek tengok astro record dia. Bukan main terror lagi Kak Jem dok record sana sini. Habis semua sinetron dia record and to be honest aku sendiri pon haram jadah tak reti nak tekan remote tu utk belajar record drama tau cehh. Banyak nya perkataan 'record' =.='

Lepas setengah hari teman Ummie cari kain area KL, semua jadi pening nak masak apa utk tedarah. Mata dah juleng dok belek kain sampai nak makan pon hilang idea. Tetiba tekak macam teringin nak try resepi Hanis Zalikha jejengggg >,< !

(click title atas nie utk original resepi)

BEFORE

AFTER

*Hanis pinjam gambar kejap yerr >,<


Malay Baked Chili Cheese Fries versi EYKA

BEFORE
AFTER

Serious sedappp! Yang sambal tengah tu kalau korang pakar tumis-tumis nie lagi lah ohsem. Eyka tak berapa pakar nak menumis takut cili tak masak. So, cara mudah Eyka cuma letak Spaghetti Sos haha. Pemalas punya gemok :D Hidangan nie kalau utk breakfast macam berat sangat kot tak? So sesuai jugak utk minum petang sambil borak-borak gosip-gosip dengan family and friend kat laman kosong yg disertai dengan deruan air terjun buatan serta.... dah mok dah nampak nau menipu! Tapi best la memang best. Fyi, cousin dengan auntie kita ngapp sampai licinnnn. Kbye~ 

Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday. #Danbo






Credit to : Ariff Lee  (Owner Si Danbo)
Location : Putrajaya. 

*Thanks Arep pinjamkan aku Mr. Donbo kau. #JatuhChenta ~,~' 

Tuesday, October 16, 2012

Yang Kita Harapkan.




Yang Kita Harapkan : 
Agar langit Tuhan ini akan sentiasa cerah. Walaupun kita tahu, ada kala cerahnya langit itu tak akan sampai ke petang atau tidak kah kita tahu bahawa turunnya hujan itu menandakan Rahmat Tuhan?

Yang Kita Harapkan :
Kehidupan yang penuh dengan imaginasi kita yang dari  kecil kita corakkan. Limpah dengan kemewahan. Kasih sayang dan kebahagiaan. Hinggakan kita lupa apa pula harapan bagi mereka yang daif diluar sana? Apa imaginasi mereka? Apa misi kehidupan yang mereka kehendaki?

Yang Kita Harapkan :
Kekasih sejati, yang boleh menjadi halal untuk kita sentuh. Imam dalam setiap sujud kita pada-Nya. Ketua untuk kita bina sebuah keluarga bahagia. Ya Tuhan.. nikmatnya setiap susunan kehidupan yang kau cipta.

Yang Kita Harapkan :
Penghijarahan seorang wanita biasa yang cetek iman nya untuk berubah menjadi seorang muslimah. HIJRAH! Saban hari. Perkataan itu bermain diruang minda. Kadang-kadang, dalam sujud mata menangis tanpa tahu kenapa? Kenapa menangis wahai mata?

Yang AKU Harapkan :
Agar terkumpul 1000 kekuatan diri untuk aku terus sahut permintaan nurani. Bayangkan, setiap malam. Aku bergelut resah untuk lena. Dingin malam, masih tak mampu keringkan peluh yang resah. Kenapa? Puas berpusing, fikiran ligat melayang, apa yang tak kena? Tak semena-mena yang terpandang hanya lah sehelai tikar suci itu. Ya Allah... apa sedang kau cuba tunjuk kan. Andai ini permulaan bagi ku laksanakan permintaan hati. Berilah aku kekuatan untuk terus sahut seruan Mu Ya Tuhan. Dalam resah, dalam takut. Aku ingin terus dekat. Hapuskan yang silam dan serahkan segalanya pada-Mu pencipta ku. Beri aku masa.

#Disini aku pilih untuk suarakan resah ini. Terlerai rasa takut. Lega untuk beberapa ketika. Bimbinglah.

Wednesday, September 26, 2012

Dear Hater, You keep me motivated.


  Siapa kata hater wujud dikalangan artis dan orang ternama je? Hater wujud dalam semua hubungan. Semuaa. Kenapa nak sedih bila tau wujudnya hater dalam kehidupan kita? Best tau. Hater nie banyak pekdah nya uolls. Ada yang tahu, ada juga yang langsung tak tahu bahawasanya diri dia sebenarnya mempunyai hater. Ehh baik lah macam mana pun. Lemah gemalai lah macam mana pun, hater wujud dalam pelbagai gaya, bentuk dan rupa tau! Haaa.. scary kau dah macam tagline mahkluk haloss..

  Mula-mula bila tau diri kita ada pembenci tegar. Kita sedih. Kita dah start kusut dok pikir tang mana lah yang di bencinya diri kita ni ek? Macam pakai perfume, kita selalu rasa tak cukup wangi. Tapi sebenarnya orang yang lalu lalang bau kemain selori baunya. Macam tu diri kita. Kita tak nampak kekurangan kita, kesalahan kita, yang kita rasa kita dah cukup okay. Walhal, orang sana, orang sinun, still kata kita nie macam bagus lah, kolot lah, cranky lah (cia suka cakap aku camni hiewhiew!) eh macam-macam lah yang negative. 

  Tak suka kan? Rasa geram, marah nak melenting. Tapi percayalahhh, semua tu bagus! Mula-mula je rasa aok sikit kena cop macam-macam. Lama-lama sendiri akan berubah sikit-sikit berdasarkan anasir-anasir negative dari hater tu. (Banyak nau kata ganda!) Susah nak jumpa orang yang betul-betul kenal kita and terima keburukan kita wei. Susah! Kau kawan lah, bercintan lah, doblas tahun pon still ada je bayang-bayang hater belakang kau. Nak buat acane? Itulah hidop. (memang suka guna O sebab sama dgn intonasi sewaktu menyebutnya ;p) Nanti lama-lama kan kita mesti berubah, cuma cepat dengan lambat je. 

  Macam aku sekarang, tengah cuba hidop berdasarkan kebencian si hater. Baru jugak lah aku dapat tangkap satu satu hater kat belakang aku, yang rapat yang jauh. Adaaa je tau haa. Handle with care mok! Rupanya orang dekat dengan kita tak semestinya dorang suka. So benda nie kena chill. Layankan je dengan cara buat tak tau, buat tak paham keadaan yang berlaku. Melainkan dah serious tu sila-sila lah berambos! Jangan pelik bila hari nie korang bukan main bersuka ria, bergurau senda. Tiba-tiba esok lusa korang tak bertegur sapa. Diamkan, tak payah bakar. Biar si hater layan emosi. Pastu lama-lama bila bertembung tegur je lah kan? Macam tak ada apape jadi antara korang semalam. Hikhik >,<

  Banyak boleh belajar dari hater wei. Eh aku tak kata aku cool.  Aku sendiri kaki emosi. Sekarang nie je tengah cuba tukar angin, tukar perangai. Nak layan sedih sampai mampos tak habis kan? Biar lah orang kata annoyed  pon yang penting ada usaha cari salah diri melalui kebencian si pembenci. Kbye~

Tuesday, September 25, 2012

Otot punggung hilang digigit anjing. Lumpuh serta merta dan mati.

Pukul 9.00 pagi, 20 Disember 2011. Saya tidak akan lupa tarikh dan masa itu.  Ketika menyidai baju diampaian, terdengar perbualan dua jiran.  

  Salah seorang memberitahu ada seekor kucing ditepi jalan, didepan rumah besar. Menurut perbualan kucing yang dimaksudkan mungkin digigit anjing. (pembela kucing sesungguhnya kita tahu apa rasanya)
Mendengar perbualan jiran tentu kucing yang dimaksudkan sudah menjadi mangsa. Saya bergegas menuju ke tempat yang dimaksudkan dengan motor. Sebuah beg kertas turut saya bawa. 

  Saya mengelilingi kawasan perumahan sebanyak dua kali. Pandangan saya tertancap seekor kucing berbulu kelabu asap dipinggir jalan yang berlumpur hitam. Saya tidak dapat lupa pandangan kucing itu. Dia mengiau apabila saya hampiri. Saya hanya melihat luka pada bahagian kemaluan itu. Ada najis disisinya. 

   Tentu semalaman dia disitu. Tentu perit sekali digigit anjing dan terbiar kedinginan sepanjang malam dipinggir jalan itu. Saya segera memasukan kucing berbulu tebal itu ke dalam beg kertas dan membawanya pulang. Botol minyak gamat, kapas dan air saya ambil segera. Saya percaya pada keajaiban minyak gamat. Kucing saya bernama Adik Ceri, juga seekor kucing jalanan yang saya ambil, mengalami luka besar hingga menampakkan tulang dan daging dibelakang badan. Syukur dengan sapu minyak gamat secara tekal pada bagaian luka selama sebulan, luka adik Ceri hilang tanpa sebarang parut. 

  Perlahan-lahan saya menyapu minyak gamat pada bahagian luka kucing tersebut. Dia mengiau lemah, tentu kerana sakit. Saya memakai plastik sebagai alas tangan kerana takut kuman air liur yang tersisa ditubuh kucing itu merebak. Picagari saya ambil didapur, air saya masukkan ke dalam mulut kucing itu melalui sisi mulut agar tidak masuk ke paru-paru. 

  Saya nekad untuk membawa kucing itu ke klinik haiwan di Bandar Baru Selayang. Saya tawakal dengan membawa si comel ke klinik menaiki motor. Saya tahu kucing itu sakit dan temtunya tidak selesa di dalam beg kertas sepanjang perjalanan selama 15 minit itu. Tiba di klinik doktor terus mengangkat bendera putih. Menurut doktor, luka si comel terlalu serius dan memerlukan rawatan rapi. Kata doktor juga, Si Comel tiada harapan lagi. Setelah bulu dibahagian pinggul dicukur, barulah saya dapat melihat betapa besar luka kucing tanpa nama itu. Seluruh tisu (kulit) pinggul sudah tiada malah salur usus juga sudah kelihatan.

  Saya bawa perlu Si Comel ke Hospital Veterinar Gasing, di Petaling Jaya. Sebelum itu doktor memberi suntikan sedatif, suntikan separuh diberi agar si comel dapat bertahan daripada sakit. Ketika saya mahu membuat pembayaran, seorang wanita berambut perang masuk bersama anak kecil. Dia terkejut melihat keadaan si comel. Wanita itu murah hati membayarkan kos perubatan si comel, syukur Alhamdulillah, rasa kasihan kita pada makhluk lain dapat dirasai bersama. 

  Sepanjang perjalanan hampir 40minit dari Selayang ke Petaling Jaya, Si Comel terus diam. Dia yang saya letak didalam beg sandang tergantung baik dibahagian depan tubuh. Air mata saya mengalir sepanjang perjalanan. Sesekali berhenti dilampu isyarat merah, saya mengusap lembut kepala Si Comel yang memandang saya. Sayu pandangannya. Wajah dan pandangan Si Comel tidak akan saya lupakan. Pandangan yang sarat rasa sakit dan lemah. Luluh hati mendengar Si comel megiau sakit, seakan-akan sedang menangis seperti anak kecil. Kalau manusia pun sakit menanggung derita, apatah lagi Si Comel yang tidak tahu apa-apa. Dalam hati saya berdoa agar Allah swt ringankan sakit Si Comel. 

  Di Hospital Gasing, Si Comel mendapat perhatian Dr. Prem dengan segera. Doktor memeriksa nadi Si Comel dari wajahnya saya tahu Si Comel benar-benar kritikal. "Oh he's so critical." keluh Doktor Prem. Ekor Si Comel diangkat, Tiada reaksi. Dr. Prem mengetuk kaki Si Comel dengan tukul, juga tiada reaksi. 

  "Awak lihat disini, semua muscle nya sudah tiada. His colon is okay but dia punya muscle semua dah tak ada. Kalau dia sedar dan masih tidak boleh gerakan kaki itu tandanya dia sudah lumpuh sebab sudah hilang muscle.." Saya bersandar pada dinding, terasa pitam. Dr. Prem segera memegang tangan saya. Doktor Prem mecukur bulu ditangan kanan dan memasukan air ke dalam badan Si Comel.. "Tak apa doktor rawat dia" tegas saya. Kata doktor kalau Si Comel hidup pun dia tak kan mampu uruskan dirinya. Najis nya juga akan keluar sepanjang masa tanpa dapat dikawal tubuh. Kos rawatan hayatnya juga sangat tinggi. Kucing yang kena gigit anjing selalunya akan mati, kerana enzim dalam air liur anjing yang masuk ke dalam saraf akan menyebabkan kucing mati dalam masa dua atau tiga hari. Waktu itu kami hanya berserah.

  Satu malam Doktor Prem sms saya memberitahu keadaan Si Comel yang semakin lemah. Suntikan telah diberi dan Si Comel menemui ajal dalam keadaan yang menderita sakit. Selasa 21.12.2011, saya tiba di hospital gasing untuk mengambil jasad Si Comel. "Do you want to take back the cat or just let us handle?" tanya Dr. Prem. "Kalau disini dia akan ditanam?" tanya saya. "No. Kami bakar." "Oh! tak apalah saya bawa balik dia dan tanam." 

  Seorang pekerja membawa saya ke belakang.Si Comel sudah di dalam peti beku. Hati saya runtun. Rasa sangat pilu saya gagal bantu dia! Saya tekenang detik pertama melihat dia, wajahnya yang comel suara yang penuh rasa sakit. Bercucuran air mata saat saya sendiri yang menggali pusaranya. 

  Jujur, saya tak akan melupakan Si Comel tanpa nama. Saya sayang padanya. Saya mohon maaf kerana tidak dapat membantu dirinya yang sakit. Namun dia sudah menjadi sebahagian daripada pengalaman saya. Semoga Si Comel aman disisi-Nya. Sungguh, saya terlalu menyayangi kucing itu walaupun hanya seketika pertemuan kami. Semoga Si Comel tahu saya benar-benar mengasihinya.. :'( 

Penulisan : Wardah Munirah (MASTIKA)

Bulatan merah : Separuh kemaluan dan punggungnya
digigit anjing :'(
Bulatan merah : Sayu wajah Si Comel menahan sakit.

Thursday, September 20, 2012

Tahniah : Shila Amzah at Asian Wave.

声动亚洲 Asian Wave 20120913 - Forever Love - 茜拉 Shila Amzah

Set Fire To The Rain - Adele (Shila Amzah perfomes on stage Asian Wave)

Wan Ying - 声动亚洲 20120905 - 刘婉滢 (Bukan Cinta Biasa).mp4

Tak kisah lah menang ke tak yang penting Shila Amzah dah berjaya buat juri meremang bulu roma time dia balun lagu chinese Forever Love tu. Nampak tak betapa terujanya bangsa mereka bila kita yang bangsa lain boleh perform lagu bahasa mereka dengan lunaknya. Cewahhh! Dah usha dua performance  Shila tu? Jangn lupa play jugak Bukan Cinta Biasa by Wan Ying iaitu pserta dari China. Aku pon jadi terpegun jugak bila dengar bangsa China yang pior  tu dok syahdu balun lagu Dato' Siti tu. Mantapp even sebutan dia berdegung hikhik. Go Shila !!!