♥ King and Queen :

Wednesday, September 26, 2012

Dear Hater, You keep me motivated.


  Siapa kata hater wujud dikalangan artis dan orang ternama je? Hater wujud dalam semua hubungan. Semuaa. Kenapa nak sedih bila tau wujudnya hater dalam kehidupan kita? Best tau. Hater nie banyak pekdah nya uolls. Ada yang tahu, ada juga yang langsung tak tahu bahawasanya diri dia sebenarnya mempunyai hater. Ehh baik lah macam mana pun. Lemah gemalai lah macam mana pun, hater wujud dalam pelbagai gaya, bentuk dan rupa tau! Haaa.. scary kau dah macam tagline mahkluk haloss..

  Mula-mula bila tau diri kita ada pembenci tegar. Kita sedih. Kita dah start kusut dok pikir tang mana lah yang di bencinya diri kita ni ek? Macam pakai perfume, kita selalu rasa tak cukup wangi. Tapi sebenarnya orang yang lalu lalang bau kemain selori baunya. Macam tu diri kita. Kita tak nampak kekurangan kita, kesalahan kita, yang kita rasa kita dah cukup okay. Walhal, orang sana, orang sinun, still kata kita nie macam bagus lah, kolot lah, cranky lah (cia suka cakap aku camni hiewhiew!) eh macam-macam lah yang negative. 

  Tak suka kan? Rasa geram, marah nak melenting. Tapi percayalahhh, semua tu bagus! Mula-mula je rasa aok sikit kena cop macam-macam. Lama-lama sendiri akan berubah sikit-sikit berdasarkan anasir-anasir negative dari hater tu. (Banyak nau kata ganda!) Susah nak jumpa orang yang betul-betul kenal kita and terima keburukan kita wei. Susah! Kau kawan lah, bercintan lah, doblas tahun pon still ada je bayang-bayang hater belakang kau. Nak buat acane? Itulah hidop. (memang suka guna O sebab sama dgn intonasi sewaktu menyebutnya ;p) Nanti lama-lama kan kita mesti berubah, cuma cepat dengan lambat je. 

  Macam aku sekarang, tengah cuba hidop berdasarkan kebencian si hater. Baru jugak lah aku dapat tangkap satu satu hater kat belakang aku, yang rapat yang jauh. Adaaa je tau haa. Handle with care mok! Rupanya orang dekat dengan kita tak semestinya dorang suka. So benda nie kena chill. Layankan je dengan cara buat tak tau, buat tak paham keadaan yang berlaku. Melainkan dah serious tu sila-sila lah berambos! Jangan pelik bila hari nie korang bukan main bersuka ria, bergurau senda. Tiba-tiba esok lusa korang tak bertegur sapa. Diamkan, tak payah bakar. Biar si hater layan emosi. Pastu lama-lama bila bertembung tegur je lah kan? Macam tak ada apape jadi antara korang semalam. Hikhik >,<

  Banyak boleh belajar dari hater wei. Eh aku tak kata aku cool.  Aku sendiri kaki emosi. Sekarang nie je tengah cuba tukar angin, tukar perangai. Nak layan sedih sampai mampos tak habis kan? Biar lah orang kata annoyed  pon yang penting ada usaha cari salah diri melalui kebencian si pembenci. Kbye~

No comments: