♥ King and Queen :

Thursday, December 1, 2011

Khamis Spontan : Baru berkahwin, Zahiril buat Shera menangis !


“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan 
agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”



Karya Asal : Zahiril.

Kenapa Majoriti tak suka layan cerita MELAYU kat panggung??


Twilight : Breaking Dawn

Ombak Rindu

Salam Ukhwah,

Selamat datang DISEMBER !!! Please be nice to me sayang sebab bulan nie jugak paling banyak panca roba. (kemahin!) Tahu tak sepanjang bulan Januari sampai Disember 2011 nie merupakan tahun dimana kaki nie boleh dikira beberapa kali je jejak panggung :( sadiss ! Walhal kemain peberat tengok wayang tau! Banyak gila cerita yang ketinggalan huwaa! Macam aku, aku jenis yang suka rasa kehangatan saat saat pertama kali movie tersebut ditayangkan. Baru laa bestt! Lepas nak repeat sejuta kali pon lantak kau lah labuu. Apa cerita pon tak kesah asalkan dapat jadi salah satu daripada penonton pertama yang layan movie tu wewewe ^_^ 

Okay movie yang tengah hangat kat panggung sekarang nie sure lah Twilight : Breaking Dawn kann ;D sana sini dok nanah telinga dengar orang bercerita! Hati nie macam kena cocok jarum tahu cehh! Still tak dapat lagi tengok :( hari nie pulak Ombak Rindu mula menemui penonton dipawagam wohooo! Jugakkk tak dapat tengok! :( memang laa boleh tengok hari lain, tapi aku tak sukaaa tengok lambat-lambat -__- ! 

Kenapa orang melayu tak suka cerita melayu?

Tidak, mereka bukan tak suka. Tak kan lah sadis sangat kepala hotak dorang tu sampai tak support langsung cerita sendiri kan? Cuma ada segelintir orang yang berpendapat. Sakit hati dengan cerita melayu, bukan sebab jalan cerita tapi sebab masa tayangan nya. Kalau hari nie keluar panggung, esok lusa dah keluar tv puleks. Tak pun raya sure akan ditayangan. So, dorang rasa membazir dorang tengok sedangkan harga tiket sama je dengan cerita omputeh yang ditayang di negara kita nie. Nak pulak sejak Astro First dah ada nie. Ada jugak segelintir penggiat seni yang boikot dengan astro sebab adakan channel tu. Contoh artis pertama yang bantah : Erma Fatima. 

Ada jugak yang cakap filem melayu nie karut marut lah. Tiru cerita luar la. Banyak adaptasi la. Bukan senang nak puaskan hati semua orang kan? Lumrah hidup, selagi wujudnya kotak suara & kotak fikiran maka tak kan putuskan pelbagai komen dan cemuhan. Nampak Taylor and Robert semua menjerit bagai nak gila. (termasuk haku letew! kacak kan mereka ;p) Ce tetiba terserempak Rosnah Mat Aris ngan Jaafar Onn tu korang jerit gak mcm orang kena histeria mampu?? hiuhiuhiu ^_^ Jahat la kau mokk ! Aku tak kesah apa cerita pon, melayu ke, omputeh ke, thailand ke .. aku sebatt je ;p cuma cerita tamil dengan cina selama 22tahun nie nie belom penah laa tengok kat wayangg yaa.. Mahapp Rajagopal & Ong Kim Swee ^_^ 



#Masa tolonglah jgn mencemburui saya :( nak tengok dua cerita kat atas nun !!!!