♥ King and Queen :

Friday, June 6, 2014

Alhamdulillah SAH !

Assalamualaikum.

1 Syaaban bersamaan 30 Mei 2014, Sah kawan baik sepusat sepusing aku tukar status dari tunang kepada isteri. Happy for you kakcik aka Fyza. Percintaan dia orang dari form 3 sampai umur 25 akhirnya. 

#FyzaHafizNikah #1Syaaban1435H #30Mei2014 #Barakallah 

Jenis aku memang paling liat nak join sesi reunion kenduri kahwin kawan-kawan sekolah. Bukan kera sumbang, bukan sombong bodoh dan bukan pemalas! Lebih kepada segan tak bertempat (bangangkan ;D). Perangai hape pon tak tau lah. Wedding kawan-kawan baik yg jenis boleh gelak sama-sama tak payah cover cun je yang aku berani hadirkan diri kehehe. Nak jugak sebenarnya join bila dapat jemputan tapi memang jenis perangai segan yg tak bertepian -__-" 

Even kakcik agak rushing time tu, hafiz pulak terganggu emosi sebab adik lelaki dia accident masa on the way ke masjid, masa tu suasana macam sebak-sebak belah pihak lelaki sebab adik dia gagah jugak orang pimpin masuk masjid demi tengok abang long dia di ijab qabul. (pis kali kedua aku tengok kau nangis eh! di ulangi kali kedua haha. 1st time kau nangis masa tettt.. kahkahkah) tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Barakallah sahabat, semoga bahagia sampai syurga.. Amin! :') 

 Sahabat, dari sekolah rendah naik ke menengah. Sama-sama sampai beranak cucu ^_^ 


Sesi selfie. Sesi monopod. Sesi bullying Aya Sophea gedikkk! 



Alhamdulillah tiga-tiga kesayangan kita dah selamat jadi isteri. Tinggal turn si gemok gendut tu je haa. Dah lama sebenarnya tak tengok orang ijab qabul. Bila dah kena kahwin nie makin nervous tengok kakcik hari tu. Pengantin mana yg tak alami saat kelam-kabut, kalut, banyak songeh?? Pengantin mana habaq maii.. Risau majlis tak sempurna, risau makanan tak cukup, risau jemputan datang ke tak, serba serbi risau... Ya Allah permudahkanlah.. Amin~ 

 Sesi dgn ex-smart batch 2002-2006 (Bini org,tunangan org, girlfriend org..sekian)


Pengantin cantik & handsome hari tu. Kakcik paling lega belah dia dah settle. Esok (7/6/14) aku menyibuk lagi belah lelaki pulak. Al-kesah nya, Mama kakcik officemate aku, mak mertua kakcik (Mama Hafiz) pulak officemate ummie kita. Makanya tugas aku pulak bawak ummie datang majlis belah hafiz. 5 wedding weh esok kejung kau kena jadi driver esok!  T__T 

But first! Let me take a selfieee.. haha phuiee semua tak sedar diri!





Pose 'peace' zaman menggeletis dulu. Mengimbau kenangan katanya. Anak dara mak dara belaka! 


Annyeong~ ~

Friday, May 16, 2014

Simptom-simptom orang KENA kahwin.

Assalamualiakum.

4 hari lagi aku ganjak setahun lagi umur iaitu 25 tahun (motif bagitau?) Target nak kahwin nampak gayanya insha-Allah tercapai lah kut kan (takut hoi) Kalau tak ada aral dalam 7 bulan lagi tarikh keramat tu alahaiiiii. Dulu masa target nak kahwin kemain geletis, confident amboi je kau! Bila dah tunang makin dekat tarikh baru padan muka. Tapi memang perasan sejak dua tiga bulan nie baru aku macam pelik-pelik je perangai. Tiap kali renew internet data (ahkak guna prepaid je deknon tak mampo!) mesti tak sampai masanya quota habis. Bukan main galak dok browsing website kad kawen lah, blog busana pengantin lah, insta servis pelamin, hantaran, makeup bla bla bla. Otak dok kalut tiap bulan. Dah start dah simptom bakal pengantin. Scroll pelamin suka, tengok design cecomel senyom sampai telinga, lepas tu tengok quotation terbeliak bijik mata, kira-kira budget berlinang ayor mataaaa! Bapak la wei cost semua makin biadap harganya. Kesian bakal-bakal pengantin. Masuk 2015 memang menanah lah korang nak ngumpul. *sobs*

Runsing dengan diri sendiri sebab hari-hari naik train pegi kerja, mesti wajib bukak instagram Wedding Bulb. Kita suka sangat sangat sangat design pelamin dia. Banyak putih. Macam nak nangis tengok. Wishlist aku untuk tahun nie memang banyak ke arah persiapan perkahwinan lah gamaknya. Baru tadi berani email wedding bulb tanya quotation pelamin dewan dia. Tawakal je lah dengan harga yg bakal dibalasnya nanti oi. 

WISHLIST 2014  

Klik gambar atas nie untuk ke Blog Wedding Bulb 


Pelamin nombor 1 nie palingggg aku nak sebab sesuai dengan dewan yg di booking. 


Yang nie klasik kan? Cantik kan? Okay nangis!


Yang nie macam ala-ala persandingan tepi pantai. Cantekk jugak!!


Tiga nie je tiga jeeee yg kita teringin sangat. Kalau sesapa yg datang wedding aku nanti tetiba nampak pelamin lain daripada yg ini al-maklum lah itu maknanya hajat tak kesampaian. Makanya simpan angan-angan kau dalam kelambu lah moks. Engkorang doa-doakan lah tunang kita tetiba dapat durian runtoh ke, family members kita bagi kutipan dana beribu ke, kita naik gaji ke.. hehe amin! Even aku tau semua ini tergolong dalam 'keinginan' dan bukan 'keperluan' tapi kasi chance la si gemok nie pasang angan-angan kan mana la tahu Allah swt setuju Dia makbulkan pula ya dak..hehe amin ramai-ramai. 

Semoga terlaksana majlis kami dengan sempurna.. Insha-Allah~