♥ King and Queen :

Thursday, April 25, 2013

Korean Face Mask : Saja cuba-cuba.


Hello ! Sepatutnya #WordlessWednesday semalam ya dok? Disebabkan kemalasan melampau nak meng-update kita bawak kepada hari ini tehehe. Hati nak update tapi mata dengan kepala otak dah sepakat nak layan Family Outing Marathon. Pekejadah entah cerita dah lama lagi nak ulang. Variety show paling kita gemor FO and Running Man, Fighting ! Maka terlahir lah kegatalan jari jemari dok purchase produk korea kat atas nun. Beli online dah seminggu sampai. Malam tadi baru try. Pestime try, ringan je muka yg berlemak nie. Rasa free! Tapi tipu lah sekali try dah boleh dpt ghope putih gebu telur rebus kan??!! Memang tak lah nak sebijik rupa korea! Masih berpijak dibumi yang nyata, jangan risau! Sesaja nak cuba-cuba. Beli dua keping je face mask nie yg kecik kecik tu dpt free utk tester. Kalau okay boleh lah order lagi kan >,<

Nak try jugak? Shopping kat sini -----> cathyjoy.com 

*Credit to kawan satu sekolah kita, #BloggerPemes MARYA HANA yg membuatkan aku pon terjebak purchase produk nie cehh :D  

Tuesday, April 23, 2013

Hello ! Cat Lover. I've something for you!


Haa.. khas untuk cat lover dekat luar sana! Pernah dengar kan Henry Cats & Friends? Tak tahu? Try click nama atas tu. Boleh exercise mata tengok website dia. Macam eyka memang 100% pencinta kucing. Memang melting gila bila tahu company eyka joint venture dengan HCF nie! Dapat je catalog dia terus berkaca-kaca mata dengan hasil tangan Mr. Henry Lee nie. Just imagine dia kutip batu-batu sungai kat merata dunia then dia lukis gambar-gambar cat, dog, puppies dan macam -macam lagi. Hasil dia macam 3D! Tengok dengan mata macam hidup je lukisan tu tapi bila pegang ia cuma seketul batu cantik yg dilukis dengan hasil seni yg sumpahhhh awesome! Ada macam-macam tau, coin purse, bantal, cadar, file dll. Harga dia memang tak berapa nak murah tapi masih ada yg berpatutan. Eyka, kelip-kelip mata pressure boss nak jugak salah satu dari hasil tangan Mr. Henry nie. Akhirnya tadi boss dtg bawa paper bag dia! Tehehee dah agak memang untuk eyka ngeee >,< boss belikan kita satu beg make up dengan file HCF yaaayyy!


Ini saya punya yaay happy me! ;D
Nie design untuk bag make up. Dia lukis sendiri kat atas kain  nie. Sukaa! 
Dalam dia luas sangat + Ada pocket untuk separate make up kita.


Happy me! Tehehe.. lepas mie kena kerja kuat untuk bodek boss nak pillow and coins purse HCF pula ahaha! Berita baik jugak maybank credit card holder, korang boleh purchase benda nie melalui point credit card korang. Pilih mana nak ada discount tertentu. Seronok lah korang :( Org yg tak minat mesti nampak macam kanak-kanak ribena kan? Tapi believe me cat lover kat luar sana mesti suka gila! Macam eyka lah, tak sabar nak buat open roadshow untuk HCF boleh verangans pegang - pegang barang HCF depan boss pastu buat muka seposen ;D 

Cute! Ni sebenarnya pillow je bentuk bulat, Tapi lukisan
dia buat dia nampak 3D. Mcm betul je kepala dia tersembul kan. 
See! Arghhhh melting wehhh ! Tak sabau nak start roadshow!

~Kbai~ 

Friday, April 12, 2013

Perhatian : Blackberry User Jom Install MOLOME !


Hye! BB user sekalian alam. Jom install app nie kat BB World korang. Free je. Memandang kita nie idok ler dapat guna app instagram tu haa. Molome nie lebih kurang Instag jugak! So, tak ada ternganga sangat kita nie sebagai pengguna BB kan hehe. Nak sign up melalui desktop @ laptop pon boleh klik SINI :) 
Haa.. apps nie terbuka untuk android and iphone user jugak. Cuma kena bayar ke tak tu kita tak tau. BB user free! Try lah kbai~ 




Bermulanya Langkah Pertama Kami.

"..heart beats fast, colors and promises, how to be brave?
How can I love when I'm afraid to fall?
but watching you stand alone, All of my doubt
suddenly goes away somehow.."
One Step Closer :' )

_________________________________________________________________

Salam Ukhwah,

Pagi tadi tiba-tiba Khairul tanya kita pasal kedai emas? Kita macam pelik. Dah kenapa? Ingat dia nak pakai emas, mau kita tumbok muka dia. Haram! lagipun burok ! Then lunch time dia bawak kita pegi Jusco Au2. Borak-borak sambil jalan, dia leka kan kita. Tau tau je kita dah masuk kedai Poh Kong. Kita kaku dalam 5 minit buat-buat diam. Khairul bukan main ramah tanya itu ini. Kita diam je konon-konon budak baik. Elelele! Walhal mata dah blink blink tengok showcase tu "huiiii huiiiii" tu je yang terdetik dalam hati seorang wanita nie kahkahkah. Dasar wanita hishhh :D 

Dah lepas 15minit barulah dia tanya "Nak yang mana?" Gulpppp. Eh eh pilih ya? Untuk kita ya? Tersipu-sipu si gemok nie dah macam baru kenal 5 minit tadi Kehehehe! Even kita tau lah untuk risik and tunang tapi still lah terharu sebab rupanya memang dia pun nak jadikan bakal dia hehehe. Actually dua dua pon kaku yelah tak pernah tunang kan ;) Haha! Kita pilih yang murah-murah je cukup la syarat untuk langsung niat murni kami. Tak payah la kot memahal ek. Ikut nafsu kang dua-dua binasa. Nak kawen lagi nanti haa haa. Nampak tak gatal >,< ! Kboi~ 


Kita abadikan langkah pertama kami kat sini. Biarlah 
orang nak cakap apa. :)


See, murah je kita tak demand. Kalau kita cantek 
macam korang sudah pastinya kita mintak mahal-mahal. Tehehe! 

Thursday, April 11, 2013

NENEK.

Salam Ukhwah,

**Pertama sekali minta reader atau para blogger yang terbuka entry  nie sama-sama sedekahkan Al-fatihah buat ketiga-tiga arwah datuk saudara (2org) dan nenek saudara (seorang) aku yang baru saja pulang ke rahmatullah dalam masa seminggu ini, Al-fatihah...**

Daripada hari Jumaat lepas aku ambil EL sebab berita kematian seorang datuk saudara dekat sentul. Selang 3 hari dapat pula berita kedua kematian abang kepada Arwah yang pertama tadi. Dan semalam waktu tengah kerja, berita ketiga pemergiaan nenek saudara di Flat San Peng. Dalam masa seminggu tiga kali aku apply EL untuk menghadiri pengebumian dan tahlil arwah. Allahuakar... sesungguhnya segala yg ada dekat bumi hanya pinjaman-Nya. Dah tersurat mereka bertiga pergi serentak hanya selang beberapa hari. Kata orang tua-tua kalau pemergian yang pertama cuacanya cantik mendung, kemungkinan ada yang kedua menyusul. Jika yang kedua juga cuacanya baik, ada yang ketiga bakal menyusul, dan yg ketiga ini, dilimpahi hujan rahmat yang sangat lebat sampaikan dilanda banjir. Tapi alhamdulillah atas  kehendak yang maha esa, segalanya berjalan lancar. Wallahualam... 

Setiap yang diuji itu menandakan Allah s.w.t ingat akan kita dan tahu kekuatan kita. DIA tak kan uji hamban-Nya yg tak kuat. Setiap yang hidup pasti akan mati. Ya Allah kau berikan kesihatan yang baik buat nenek kami Jamelah Binti Musah. Tak dpt bayangkan hidup nie tanpa nenek :'( dari kecik sampai besar tangan tua tu jugaklah yang suapkan aku makan. Tak jemu dia jaga kebajikan anak-anak babah. Aku nak nenek ada waktu aku di akadkan. Aku nak nenek sendiri nampak betapa besar pengorbanan nenek besarkan aku sampai masa aku mendirikan rumah tangga. Mama Babah tak pernah iri hati kenapa setiap minggu aku nak ada dengan nenek. Siapa aku tanpa nenek? Walaupun sekali-sekala aku hampir tewas dengan ragam nenek, tapi aku tak mampu jauh dari nenek. Dia tempat aku bermanja, marah, ,merajuk, bergaduh. Tak ada siapa yg aku cari melainkan nenek tiap kali jauh hati dengan mama atau babah. 

Merungutlah macam mana pun. Marah lah macam mana pun. Salah faham antara aku dengan nenek tak pernah lama. Nek... Eyka syukur nenek dikurniakan kesihatan yg kuat sampaikan ke hari ini nenek masih bekerja. Dalam usia 67 tahun nenek masih berkhidmat sebagai supervisor di sektor swasta. Ya Allah sayangnya Allah ta'ala pada nenek :') Semoga nenek terus sihat hendaknya... Amin~


JAMELAH BINTI MUSAH @ QUEEN OF MY HEART