♥ King and Queen :

Wednesday, March 20, 2013

Kenapa Nescafe?

Salam Ukhwah...

Cuaca lately nie membahang tak kira siang ke malam kan? Aku anak perempuan bongsu yg terpaksa kongsi bilik dengan 2 orang adik lelaki aku sejak kakak dah kahwin. Keadaan bilik xdek lah 'sardin'. Teratur jugak lerr cuma, bila 3 tenaga duduk dalam satu bilik bahang dia memang hebat la kan. Jenis aku panas sikit memang moody plus menggelupor. Paling tak suka bila time sleep aku jadi tak selesa lagi lagi bilik sendiri. Dulu masa kakak ada tenang je tidur even selalu bertekak pasal kipas dan lampu. Selalu cakap macam nie "Tak sabar nak tunggu kakak pindah sebab boleh duduk bilik sorang.." Alih-alih Babah gatal mulut suruh adik2 tidur sebilik dengan aku. Mana boleh! Org perempuan pulak tu. Sakit hati sangat2 tiap kali balik keje. Bilik yg dulunya nampak la 'bilik perempuan' sekarang dah bertukar macam hapa entah. Seriously mood nak hias bilik tu macam dengan kakak dulu langsung xdek. Selagi sebilik dengan dua orang hantu tu!

Apa kena mengena dengan nescafe? Haha. Sukati la! So bila perkara nie terjadi aku selalu kalah dalam pertelimgkahan tu. Sebab babah akan masuk back up. Tak nak hall sepah la. Tak suka org tido kat hall la. Rumah flat kot bukan teres :'( Disebabkan aku protes, tiap kali balik keje, siap gosok baju semua, aku terus keluar amik udara luar jalan-jalan buang masa. Tak kesah kemana pon asalkan bukan perap kat rumah layan sakit hati. bengkakkkk tau! So, kesimpulannya, tiap kali masuk keje mata panda nie selalu penat tahan ngantuk dek kerana hari hari protes. Hati kita terasa... tapi Mama dengan Babah macam tak paham kita nie anak dara mesti la nak privacy. Janji nak kurangkan nescafe terus tak menjadi. Last-last nescafe je pengubat segala rasa... kbye~